Thursday, December 31, 2009

31122009

Last day of 2009.Aku kerja cam biasa. Jalan tak jem, so ok.

Sampai ofis aku terus buat gerakan membersihkan ofis. Aku kuli so apa nak heran.
Semua pc yang dah barai aku angkut seketul2 dan masukkan dalam 'store'.
Kertas-2 A4 yang tepi photostat machine aku susun kemas-kemas. Lepas ni siapa main tarik je aku jentik tangan korang satu-2.

Now aku nak kemas bilik aku ni. Cermin yang aku buat cam white board aku kena lap elok-elok. Tu semua nota/checklist tahun 2009. Aku kena readykan utk tahun 2010. Fuh....

2010....i foresee a lot of things gonna happen. Hopefully suma turns out good, and better for all. There are few plans utk tahun depan, satunya hopefully aku dapat mengerjakan umrah with my dear Hubby and my best friend, Ms SS. Insya Allah.

So as i sit here writing this piece, i have nothing to say to myself then just GOOD LUCK Noorin ! C u in 2010. :)

Monday, December 28, 2009

I have nothing on my mind

letih arh lately ni. see i have nothing to type, i stared blankly to the screen. wow. this is something really disturbing. hmmm.


GILA

serious i have nothing on my mind


this is crazy......

Tuesday, December 01, 2009

So Syiok or Shocked

Aiya.....i dunno what to say; syiok or shocked ?
but i am more comfortable to be in shocked state of mind.
let it just be that way for the time being.
hmmmm

Wednesday, November 11, 2009

Di Situ Aku Belajar.....

Pagi tadi went to Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) for a meeting. Aku bukanlah penulis or sasterawan negara :P, tapi kat DBP ni lah aku mula mengenal erti kehidupan, cewah (feeling2 writer jap). Way back in 1996, i was assigned to DBP to develop depa punya HR and Payroll System, and it was my first big project selepas graduated from ITM (altho sebelum tu aku kerja kat UH as programmer tu tak kira sangat la..sebab aku develop inhouse system for clinic..so cabaran dia kurang sangat).

Aku ketaq gak fes time develop sistem yang akan digunakan nanti..selama ni suma projek hanya suka2..asal boleh pass exam..idok le aku ni bersungguh sangat kan....Masa tu aku under one Project Manager, a lady yang sukar aku nak describe personality dia (aku belajar banyak ngan dia ni....tq Kak !). I was involved in the requierement study right to the programming, and my user mostly kakak-kakak yang sangatla baik hatinya. Tapi the HR manager, pulak sangat detail orangnya, sampaikan dia pernah amik ruler, mengukur betapa margin aku lari, dan dia mahu setiap field tu ada certain coordinate, and aku remembered that i cried in front of him...at that time aku ni tak kisah sangat akan nak mencantikkan report, to me ada je data kira dah ok la kan....mana taknya HRMS tu aku kena buat sorang je...dah la banyak modules...report pulak bukan satu dua, berpuluh2....menangis hiba le aku depan dia sampai dia terkedu. Terpaksa le dia mujuk aku plak...ahahhaha...and lepas tu dia tak pernah komplen dah pasal report aku tu and aku pulak cuba sebaik mungkin to produce presentable report (bertitik tolak dari hari tu, report aku sekarang sudah sangatlah cantik...)

HR tu ok lagi la sbb tak de la susah sangat nak buat coding nya...tapi bila aku pun kena buat Payroll aku ada susah hati skit. Ye la mau tidak, di buatnya aku kira salah gaji depa, ada yang kena lambung keluar tingkap (sib baik masa tu bangunan DBP yang buruk tu, kalau la ni, mampus aku kena baling dari tingkat 27...). Aku pun hentam le buat coding Payroll, masa tu nak tanya ngan senior2 takut, garang oo senior2 aku (tapi now they are all my best buddy and sorang tu my CEO dah...ihihi). Satu hari project manager aku ni bukak la program aku ni, konon nak tengok aku buat betul ke idok kan...tapi last-2 dia ckp dia pening kepala tengok ahahaha...eleh pening konon, yang ye nya dia malas ihihi propa jek ...

So hari utk implement Payroll akhirnya tiba. Aku pun buat-2 la muka confident tapi dalam hati, Allah je tahu betapa aku takut. User check reports and ada la skit salah, aku betulkan...akhirnya ok la..tapi ntah camna, income tax plak boleh terlepas nak check dan sistem tak calculate, sampai bising la kat Management Meeting hujung bulan tu....apa nak buat aku pun bagi assurance yang takan terjadi lagi....

Looking back, i really thanked all my users who were very very very patient with me...ye la aku budak baru belajo kan, so kadang (most of the time aahaha) aku buat mistake tapi depa tetap layan aku baik2 dan tak banyak songeh. Bukan setakat ngan user je aku baik, hatta ngan Pak Guard pun , mana tak, aku selalu balik lambat dan aku pulak agak ramah tamah ngan pak guard ni suma, senang aku nak kluar masuk kan, sabtu pun aku datang kerja..kira aku ni pekerja yang rajin la taim tu kan..eheheheh....sampaikan ke Mamak kat tepi Mirama Building tu pun sangat2 kamceng.

So tadi, bila aku ke sana, it felt like coming back home to all the warm and friendly faces, dan aku sempat mengimbau la saat-2 manis kat sana...kat DBP tu la aku mula main Alamak , IRC dan jugak ICQ. ish rasa tua beno aku kan...Alamak tu ntah ada ke idok lagi....

:)

Tuesday, November 10, 2009

Kena Tahan

Cerita pasal kena tahan ngan polis, aku ada banyak kes-kes yang bodo-bodo.

First incident (tak ingat bila tapi masa tu aku masih sangat muda) masa aku pi amik adik aku kat Pudu. Pagi-pagi buta aku and ayah pi la membelah kota, sampai kat satu tempat yang tak boleh u-turn, aku di arahkan untuk u-turn juga.
"Tapi sini mana buleh U-turn"
"Tak pa..polis suma dok tidok lagi" selamba ayah ku membalas.

Aku pun apa lagi, kang membantah di caj anak derhaka kan...elok je aku u-turn polis sudah baik punya tahan...
"Alamak, camna ni Ayah ?" aku panik sebab aku memang tak dak Lesen. muahahah..kira pemandu haram le time tu.
"Relax, ayah tau la nak settle..." so ayah sudah ayat baik punya aku dok sengap ja....polis tu pun gamaknya kesian dia lepaskan aku...selamat.

So aku pun terus gak memandu tanpa lesen ke sana ke mari dari selatan ke utara..dan selama tu aku tak pernah kena tahan. Tapi last-last aku gi gak amik lesen.

Incident kedua , sekitar 1998, aku kena tahan masa buat u-turn gak. Aku seriously tak nampak no u-turn sign and bukannya fes time aku buat gitu, dah bertime-time so aku kira halal la kan.
"Awak tak nampak ke tak leh u-turn ?"
"Baru letak ke Encik ?" serious aku tanya aku tak gurau senda masa tu ok...
"Dah lama dah..."
"Ye ke..saya selalu buat ok je..."
"Aaaa hari ni awak buat tak ok.." ek ene kerek plak, "Bak lesen" sambung dia.
Lesen aku dah mati lama tapi bab-bab nak renew lesen amatlah malasnya, aku biarkan je...bila dia tanya aku terus buat-buat bukak purse aku...
"Alamak...mana pulak lesen saya ni..." polis tu dah muka cuak...
"Ni nak kena saman ni..."
"Ala jangan la...tolong la saya...saya tak buat dah..ni lesen saya mesti tinggal kat mana2 ni Encik." aku buat muka sedih...polis tu gamaknya malas nak layan aku, dia lepas aku.

Incident ke-3 setahun dua yang lepas.
Aku tak pakai seat belt. Kena tahan. Lesen pun tak renew.
"Lesen"
Aku selamba hulur MyKad.
"Saya nak Lesen."
"Semua dalam tu Encik." Polis tu renung aku. "Kerja mana ?"
"Saya meniaga kecil2 je kat Pasar Malam."
"Suami ?"
"Pun sama Encik" aku buat muka sedih dan tidak berduit.
"Jalanlah....tapi jangan lupa pakai seat belt"

Heheheheh lepas lagi....

Incident ke 4 (bawah jambatan - aku U-turn salah lagi)
Aku nampak road block, tapi aku dah termasuk jalan tu..so buat selamba je la kan.
"Lesen" aku tengok polis yang tak tahan tak pakai badge, name tag pun tak de.
Aku bagi MyKad lagi...as usual masa aku kena tahan masa tu la aku tak renew lesen lagi.
"Ok saya check , kalau lesen awak tak de or mati saya antar saman ..."
"Tak kisah la encik, check la....lagipun encik ni main2 tahan orang siap bukak badge and name tag pun tak pakai...kot nanti saya buat aduan pulak..." polis tu terkejut akan keceluparan mulut aku.
"Jalan..." hahahah dia terus suruh aku blah tanpa buat apa2.

Incident terakhir (baru2 ni kat Putrajaya)
Tak pakai seat belt and talking on the phone (lesen mati gak). Masa ni patrol car siap bukak siren suruh aku berenti.....
"Assalamualaikum Encik."
"Waalaikumsalam."
"Saya tau saya salah Encik. Saya minta maaf sangat."
Polis tu tengok aku.
"Saya terpaksa jawab sebab orang Kementerian Pertanian telefon saya..." aku tipu..ahahhaha
"Emm...lain kali jangan buat lagi ye. Nak cakap telefon berenti kat tepi jalan. Dan pakai seat belt tu"
Aku lepas lagi, kali ni tak payah tunjuk lesen ahahahahha.....

Setakat ni aku bernasib baik la.....esok lusa aku tak tau...makanya aku kena renew lesen sebab dah mati lagi...emm dah setahun lebih....aduh.....malasnya.....

Nota : kalau anda seorang Polis dan membaca post ni...jangan tahan saya ok....esok saya gi renew !

Monday, November 09, 2009

Macam-Macam Le.....

Menyampah betul aku kalau pergi majlis kenduri kena tunggu pengantin berjam-jam. Kami sampai kol 8 malam, sebabkan hujan, walaupun jalan agak clear dari Sungai Buloh ke Ampang, tapi ada gak tempat-tempat yang sangkut. Majlis nampak grand lah, ngan pelaminnya yang glamor, silap lak aku tak amik gambo. Kol 8.30 pengantin tak nampak bayang lagi...tunggu-tunggu kat kol 8.40 masuk plak tetamu kehormat, ntah sapa lah aku pun tak heran nak tau....pengantin tetap tak turun....nak kata mereka dari tempat lain mustahil sbb depa buat kat Hotel...dah nama buat kat Hotel mestile ada bilik di beri khas kan...ater apa yang buat lama....aku kesian tengok tetatmu-tetamu yang datang, sure lapor la kan...aku pun lapo gak sbb dah pass dinner time tu weh....

Last-last turun la si pengantin, berjalan beriringan kat kapet merah...sbb aku dah angin aku pun tak amik pot le mereka jalan dari pintu masuk sampai la ke pelamin. Dah dok atas pelamin, pengacara pun start la pot pet pot pet, baru aku tau yang pompuan tu kengkononnya pelakon, berlakon baru satu felem, Antu Fighter...ntah aku tak pernah tengok pun jadi aku tak kenal, so kategori suam-suam kuku le....tu le antara faktor depa lambat turun kot...kengkonon feeling Siti Nurhaliza ..kah kah kah...so ok la since dah pengantin turun aku ingat sekejap lagi leh makan la kan, mandang jam pun dah kol 9 lebih....tapi tak juga...pengacara keep on membebel sampai satu part membuat aku geli nak dengo...chissss kadang dik klu waktu mengacara benda-2 yang sayang sayang antara dua pengantin tu tak payah le ko heboh, semua orang tau pengantin baru mesti loving each a other...tak payah ko nak bercerita yang buat makcik-pakcik yang ada nampak tersipu2 malu.....

Merenjis dah siap dengan mak pak tok nek, mak penakan pak penakan suma...tapi nasi tak mai-2 lagi. Bila MC announce acara makan,aku rasa suma lega kot...tapi buat aku bengkek, amik masa 5 minit gak nak membawa nasi tu, nak beratur bagai, kendian masuk le kengkonon hulubalang mempersembahkan kat dua ekor yang feeling anak raja tu...ihihi...last2 kol 9.30 baru leh makan.....sib baik la food pun sedap....

Aku tak kisah ko nak buat acara 3-4 jam pun nak bercerita detik2 pertemuan tapi klu dah tahu nak cerita panjang berjela, korang turun le awal2 skit..ini idok....tau la kome raja sehari tapi tetamu kena hormat la juga dik oi....

Malam tu gak geng NS ngan Kelantan tengah kejo sebijik bola kat padang bukit jalil. NS menang Kelantan kalah, abis di bakonya kerusi, apa lak di bako nya kerusi baik ko lempang je team Kelantan yang main cam hapa tu kan...terajang sekor-2, baru la pueh hati kan...ni nak ngamuk pegi baling botol ke cameraman RTM...dia bukan player la bahlul, dia cameraman jek....apa la....hahahahhaha.....

Wednesday, November 04, 2009

Tuesday, November 03, 2009

Apa dah Jadi ?

Apa dah jadi ye ngan Malaysia sekarang nih.

Ulama bagi ceramah kena tangkap.
Belacan tak cukup kandungan protein (skit sangat % yang dikurangkan) kena siasat secara sangat teliti.
Nak sebat sbb minum arak , umat Islam sendiri menghalang dan mencemuh...

tapi

TAK tangkap2 lagi penjenayah yang culik dan rogol budak
TAK tau siapa kontraktor buat jambatan gantung mengorbankan budak sekolah
TAK cuba nak bangunkan sahsiah diri remaja2 sekarang, masalah sosial makin meningkat,
budak2 mengandung luar nikah pun dah jadi cam benda biasa,
TAK cuba nak kumpulkan Mat-Mat Rempit utk di beri basic pengetahuan tentang ajaran agama
Islam. Kalau ada iman Insya Allah tak de ramai nak jadi Mat Rempit, Bohsia dan Bohjan.
TAK buat tau pasal rasuah di kalangan kakitangan kerajaan. Nak dapat projek je mesti mau
hulur. Pak Haji pun nak kena bawak gi goyang2 kat dangdut,...tu la pasal klu ada ceramah
pergi dengar, bukan tangkap penceramah...
TAK teruskan siasatan kes2 yang melibatkan orang2 penting.
TAK ambil tahu pasal banyak benda yang patut mereka TAHU.

Kalaulah betul2 nak mengutamakan rakyat buatlah sesuatu yang memberi kesejahteraan pada rakyat, bukan buat sesuatu untuk kepentingan sekelompak individu saja..sorry la Pak Najib, u dah cam bukan PM tapi kepala gangster..huhuhuhu...kalau kena tangkap pasal tulisan ni..lu orang TAK rock la..kah kah kah....

Saturday, October 31, 2009

John Mcdermott -my old man

Found this in Serenity Now blog.

Aku rindu Ayah. Rindu masa2 dengan dia.

Ya Allah, ampunilah dosa2 Ayah. Tempatkanlah ayah ku bersama orang-2 yang Kau kasihi.
Amin.

Monday, October 26, 2009

Atap Bocor....RTM Bodo

Last weekend di abiskan dengan swimming @ Suffiah's new apartment pool. Best sbb tak ramai orang, so by 12 noon, the few residents done with their swimming and left the pool for us alone to enjoy yeay !..setelah berbulan tak berenang..agak penat gak nak mengabiskan one lap. Thankful hari Sabtu tu tak panas sangat so we spent another hour or so teaching Zafira few basics..like how to bubble, the breathing technique and the hand movement....she picked up quite fast , as opposed to me yang masa awal2 dulu fail bila cikgu mengajar eheheheh...

So lepas 2 jam berendam kami pun naik semula and get ready to go back, me to SU and Suffiah with Fira to PJ. Since my DH kerja on Saturday (dah start banyak kerja la tu) aku pun sorang2 melayan astro, tak dak cerita menarik i decided to go to Pasar Malam, bought satay for dinner. Since gaji belum lagi, and my wallet dah semakin nazak aku tak de le beli apa2...so pusing 2 round, and it was drizling at that time...went back home dah dekat nak senja. Prepare dinner - just a simple ayam goreng and lepak tunggu DH balik.

After dinner i was a bit exhausted from the day activities , hence i settle down early..tapi round 12 camtu DH masuk and gempur i....'Atap bilik bocor....' , 'Hujan la tu..', 'Nope, its not raining..'
Earlier (before i tido) i told him that there's a patch of yellowish color kat siling bedroom kami and he just nod and say ok, i will get someone to fix........Makna kata bukan le atap bocor, tapi mesti ada paip bocor kat atas tu...aduhai..mula la scene2 dalam Dark Water muncul satu persatu, and i dok imagaine ada one body of a girl floating dalam tangki atas..duhhhhhhh..tapi being me..i managed gak tido sampai pagi eheheheheh....

Next morning, water still dripping, and the tapping sound just so annoying. Since DH dah plan for us to go and watch Papadom, rasanya takde lah dia nak call Plumber kan. So aku biar kan aje....and continue with my chores...mop the floor and laundry.

Ard 10 kami keluar and had a good time at the cinema. Papadom best ! Habis je cerita, pegi makan lepas tu tak de la kami nak berpoya-poya terus je balik rumah sbb Konsert Jamal Kembara Seniman will be aired ard 3. Since we went to the concert, we (lebih pada I) were eager to catch it on the telly...berebut la DH bawak kereta lelaju (ye lah sian kat bini dia nak tengok Jamal ihihi)..sampai2..aku terus ke bilik tv, ...and betapa frustnya aku bila concert sudah tukar jadi concert lain...dan sempat la aku memaki RTM berbakul2...ahahah....tapi apa nak heran RTM selalu buat kerja bodoh camni....and tu pasal la ramai tak mo tengok RTM...bodo punya RTM...aku masih bengkek lagi duhhhhhhh...kikiki....dengan rasa kekecewaan yang sarat, aku end the day dengan tidak membuat apa2....bosan dowh.....

Note to En Bob...ingat call plumber.....i takut ceiling roboh, ehehehehe......

Monday, September 21, 2009

Raya = Food ?

Nasi Beriani


Sambal Goreng


Rendang Tok


Rendang Ayam Nogori


Ketupat Palas, Nasi Impit, Lemang


Rendang Daging


Wednesday, September 16, 2009

Farmville



Tetiba je aku layan Farmville...ahahahaha....tak pe tak pe

Pertama Ramadan Ini........

Hmm...lately ni i dont have the passion to write...idea tak ada although there are so many things happened to me. So now i am trying to express whatever inside my mind.

I am in my second week of MC. Ya Allah, Ramadhan kali ini aku di uji dengan kesihatan yang tidak baik. After 6 days of agony akhirnya aku surrender...at last aku pegi hospital gak. So last Sunday (6/9/2009) , Bob drove me to Damansara Hospital. Sampai sana the attendant datang with wheel chair but politely i cakap it's better for me to walk...i can't sit !!! hihihi...

So after filling up the registration form, a nurse rushed me to the room.. pagi tu sangatlah sakit in fact the whole of previous night aku tak leh tido, berdenyut eventho aku dah telan all the painkillers..sesungguhnya Allah yang maha penyembuh .... finally doktor ER datang and when aku cakap sakit aku terus dia respond "Potong buang la....", emm, dalam kesakitan yg teramat sangat aku sempat tanya "Is there any other option" i was wondering kot depa leh kasi jab kat situ ka ahahahahhaa....doc geleng..."Kita buat hari ni pun boleh...OT clear today..." wahh that was fast...emm considering its a Sunday and i'm paying the bill myself...(now dah arrange for medical insurance !) aku rela menahan sakit satu hari lagi....apalah satu hari klu aku dah boleh tanggung siksa 6 hari !!!!!...."Ok then...buat esok and you will save few thousands.." chec riban2 ke..duh...so doktor blah and tak tertahan aku panggil nurse suruh jab...after a while that feels like forever..baru nurse mari...cucuk voltaren...slowly the pain hilang...

I was then push to ward 405...so hajat aku tak mo pergi kerja masa Nuzul Quran (aku project site di KL altho office di Puchong, so kami ikut client's waktu kerja) tercapai lah juga ihihihi...Petang tu Dr. Sebastian datang, check and dia cakap akan buat Hemoroid Stapling...wah mau kasi stapler kat situ la ihihih...sbb Doktor ni very nice, aku terus confident....

Malam tu sakit balik...gila2 punya sakit sampai aku tido meniarap kepala terjuntai dari katil...ahahahah...aku minta jab, nurse kasi painkiller...tak mo jalan aku minta di jab..akhirnya kena gak...fuh lega skit...

Next day 7.9.2009 jam 9.00 aku di tolak ke OT...seram gila...my first time ever. Masuk dalam OT aku lagi la seriau..altho my case ni considered small ..tapi for me apa2 yang kena masuk dlam OT sangat menakutkan...aku ditolak masuk satu bilik....semua alat yang selama ni aku tengok dalam TV je betul2 dok depan mata...nurses ada keliling suma muka covered ngan mask...then Dr. Hilmi the anesthetist, dia start cucuk satu ubat, sbb dia terror, masa cucuk jarum tu aku tak rasa sakit pun. Siap je dia masuk satu ubat, tangan aku rasa bisa, aku tanya dia...dia cakap biasa la....then sekejap tu aku tanya lagi sempat aa buse ni tahan till abis procedure..dia cakap tahan..ok..aku pun mengucap, dan berserah ... lepas tu aku dah rasa lalok..(camni kot Mat Fit rasa ihihi) ..then BLANK...

10.30 : kak bangun..dah siap...OHHHH...dah siap...wah..ku tak sedar langsung..syukur Alhamdulillah...all went well....

So 8.9.2009 aku discharged...and i tak sedar pun actually that day is my 8th anniversary...esoknya baru la ku teringat..altho we spent the whole day together...so Happy Anniversary my dearest...macam2 terjadi dlm hidup kita sepanjang 8 tahun ni.. only to make our loves grow deeper ....thanks Abang for all the time you are there when i need u most... :)

Ater 6 hari le aku tak posa memandangkan antibiotic kena ambil 3 times a day....duh..banyak nye nak ganti posa.. banyaknya malam yang terlepas begitu saja...Ya Allah aku mohon padaMu, sekiranya aku diberi peluang, jadikanlah Ramadan ku tahun hadapan, Ramadan yang lebih bagus dari ini...terima kasih Ya Allah...walaupun aku diuji dengan sakit, aku merasakan rahmatMu ...Alhamdulillah....

Thursday, September 03, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah...lega skit...the throbbing pain aku rasa seharian dah subside. Tadi azan je aku telan nasi then makan ponstan...bukan 1 tapi 2 bijik.....altho prescription kata 1...

Esok pagi aku kena make sure amik lagi dua bijik masa sahur. .harap2 aku ok esok and leh gi for an important meeting.

Padamu Ya Allah aku berserah...moga kau beri aku kekuatan dalam menghadapi semua dugaan ini. Aku hambaMu yang lemah, aku tiada daya dan upaya...seluruh hidupku aku gantungkan padaMu Ya Rabb.....

Dia Menyerang Lagi

Semalam aku dah terkengkang2 dah jalan.....masa kat KPD serba-serbi tak kena..duduk rasa tak best...diri rasa denyut...jalan pun kena slow2. Petang tu balik as usual jem..denyut tak henti...aduhai.....tapi aku tahan lagi.....sib baik Bob drive semalam.

Hari ni pegi kerja...bertambah sakit altho aku dah telan ubat hemoroid and prolapse yang aku amik dari Kak Laily (hemopathy practitioner) every 15 mins. Kat ofis pun sama ...tak leh tahan i minta balik....

Tadi aku check, baru aku tahu rupanya vein keliling dah bengkak sangat.....duh...patut la kali ni sakit dia lain macam. Mengigil2 aku tahan bila berjalan.

Tengok la...klu selalu sgt camni...mau aku gi hospital....potong ke clip ke.....

Tuesday, August 11, 2009

Jamal .. Kembara Seniman



Sabtu lepas 08082009 aku pegi tengok concert, Jamal…Kembara Seniman. The show was awesome and Jamal was in his best elements. The crowd was crazy everytime he opens his mouth and wow...he captivates everyone with his persona and charm and of coz the voice ! For the whole 2 hours show, dia punya vocal maintained je. Tarak pecah ke serak ke…Dia steady je, aku yang nengok plak rasa penat..dahsyat tul. Another good thing to note - Dia TAK LALOK !

Yang bestnya dia layan je fans yang minta lagu, ada sekali tu 'Lagu ni tak de dalam score la.." but eventually dia suruh S. Atan petik one key and there goes...lagu Azura...pergh.....Panggung Sari dah cam nak runtuh with jeritan and tepukan. That night I can really sing along with him live since most of the songs mmg aku hafal pun. and ada satu lagu Deru Angin which dah lama aku tak dengar, dia sudah nyanyi....dasat2. Bila time dia nyanyi lagu Seroja aku terdiam menghayati, all this while lagu ni somehow does not seem to get my attention tapi masa dia nyanyi live....tak terkata aku....memang merdu. Again, when he sings Barang Yang Lepas Jangan Dikenang a tribute to arwah ayah dia Haji Ali....satu panggung terdiam lagi. Semua terkesima melihat hebatnya seorang seniman beraksi.


After the show, there’s beramah mesra session with him. So kami ke tingkat 2, sambil tunggu , adalah sikit makanan disediakan. Aku and Danial was queuing to get some food,it was then when he and his entourage walked in. I was like eh tu JAMAL….and yang paling buat best, I was the first to shakehand with him and all i can say to him adalah "Great Show !!" …ihihihi..he spent around 15-20 minutes with us, dapatla aku bergambar dengan dia, and got my ticket signed.









Monday, August 10, 2009

What does your day of birth say about you?

Noorinnisyah has taken the quiz What does your day of birth say about you? and she was born on a Thursday.
Personality Traits
- Exuberant and cheerful.
- Deep thinker.
- Good sense of humor.
- Understanding nature.
- Faithful towards family, friends and your love.
- Easy going.
- Attractive personality.
- Generous.
- Amiable.
- Ambitious.

Apa kata En. Bob ?

Tuesday, August 04, 2009

SEPI YANG INDAH

Sepi yang indah
Di kala senja
Di kala dingin malam
Sepi yang indah
Tenggelam dalam kekhusyukan
Terbuai dalam kenikmatan
Sepi yang indah
Di saat sujud
Di saat airmata menitis
Sepi yang indah
Di saat aku bersamaNya.
Sent from my wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 03, 2009

Makcik Itu

Semalam, seperti hari2 minggu yang biasa aku ke Pasar Tani Shah Alam. Bukannya aku membeli sangat tapi aku suka suasana pagi yang berlatarbelakangan gelagat pengunjung dan peniaga. Di tengah-tengah lorong akan berderet peminta sedekah, samada yang buta menjual tisu atau dari rumah-rumah anak yatim....

Selalunya aku akan berlegar-legar di situ kurang lebih 1 jam. Pagi semalam aku beli nenas, sedap juga di buat gulai nenas...dah tu aku ke gerai menjual akhbar...tengok headlines suma rata-rata citer pasal perhimpunan mengegas kerajaan mansuhkan ISA....salute pada mereka yang berani berdepan dengan Polis Raja Di Malaysia......seperti selalu aku angkut few papers....so that nanti lepas aku masak i have some readings to do-- especially bab gossip ahaha aku malas nak layan berita utama sebab sama je...aku pun nak belah la...tapi mata aku tertangkap seorang Makcik buta di satu sudut...aku menghampiri dia, salam dan tinggalkan sikit wang.

"Anak , tempat ayam mana ?" dalam hati aku ingat makcik ni nak suh aku beli ayam....
"Aku cakap, kat depan sana makcik ? Kenapa ?"
"Makcik nak pegi sana la ...."
"owh...boleh saya tolong bawakan..."
"Terima kasih banyak Nak....."
Aku memimpin tangan dia, dan sambil berjalan itu kami bersembang-2. Aku dapati Makcik itu datang dari Loke Yew dengan teksi. Dia datang mencari rezeki.
"Kat tempat ayam ni ramai sikit nak....Makcik nak cari rezeki halal...."
"Insya Allah makcik...moga hari ni Allah akan kurniakan makcik rezeki yang banyak.."
"Ye...terima kasih nak..yang penting kita jaga solat....Allah akan bersama orang yang ingat padaNya.."
Aku mengangguk2.
"Dah sampai ni makcik...."
Kami berenti di tengah2 lorong yang sibuk...aku memegang beg dia sambil dia membuka kerusi lipatnya.
"Terima kasih ye nak tolong makcik......"
"Sama2 makcik." Kami bersalaman sekali lagi dan dalam hati aku sempat berdoa moga Allah kurniakan makcik ini rezeki hari ni. Hatiku tiba-2 menjadi sayu. Aku seka air mata sambil berjalan perlahan2.

Selepas ini bila mana kita di pasar-2 malam atau pasar tani, berilah sedikit perhatian pada mereka...mudah2an syaitan tidak membisikan ke telinga kita untuk tidak mengeluarkan sedikit wang. dan Moga Allah meringankan tangan ku untuk sentiasa memberi walaupun sedikit...Amin...

Wednesday, July 08, 2009

MAFIA WARS

Sekarang ni there's a craze for mafia wars. If you on facebook I'm sure at least one of your friends is a member of one mafia family. I am not one mafia wars fan but my hubby is. Aku pun heran la dia sudah tahap fanatik melampau. Balik kerja itu lah yang dihadapnya. Aku tak tau apa keseronokan he gained from it. So malam ni sudah terjadi dialog between us.

Nen : so mafia wars actually main camna.
Bob: u click2 kat jobs listed..or fights with other mafia families...bla bla bla(Bersungguh2 dia explain)
Nen: ooo...then dapat apa ?
Bob : u gained points...also duit ikut job yg kita buat...
Nen: ooooo... Then after all that...u nanti dapat hadiah ke ..?
Bob: emm tak de....
Nen: oooo....keh keh keh

Bob tengok aku ngan muka bengkek dia...sebab baru dia sedar that aku bukan la nak tau sangat on how the game is played, tapi lebih kepada memerli dia...tak do makno eh mengadap komputer tu jang oi...kalau ado dapek hadiah boto2 ko..duit yang berjuto dalam maybank ko ado la pekdahnyo....keh keh keh...
Sent from my wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saat Itu.

Ku terdiam.
Melihat dengan mata yang terbuka sedikit.
Nafas ku tahan-tahan.
Dia semakin hampir.
Aku dapat melihat wajahnya.
Tiada senyum.
Aku cuba berlari.
Tapi mahu kemana ?
Kakiku keras seperti dipaku.
Nafasku makin terasa perlahan.
Dia terus menghampiri.
Terus mendekati diriku yang kaku.
Peluh halus memercik di dahi.
Aku merasakan sejuk yang tidak pernah terasa.
Mataku pejam.
Dia membisik "Masanya sudah tiba..."
Airmataku bertakung..
Rasa sesal menyelubungi.
Tapi semua rasa sudah tiada artinya.
Perlahan aku rasakan sentapan.
Maha dahsyat.
Sakitnya menyiat kulitku.
Ku terus kaku tanpa boleh melawan.
"Ya Allah ampuni aku..LAILLAHHAILLALLAH.."
Sunyi.....sepi.....
Ku berdiri melihat di sisi ...
Jasadku dan rohku tidak bersatu lagi.
Sekeliling sepi....
Sent from my wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 30, 2009

Donation for the Orphans....

A friend of mine is running a Donation Drive for the needy. She's been running the donation drive for few years and have made happy smiles to return on these kids faces. May Allah blessed for her kindness.

I called upon all of you, who have been blessed with good life to share at least some of the happiness with these kids. Let them have a decent Buka Puasa meals, as what we always bring to the table for our beloved children. Let them also have a joyous Hari Raya we always had with families and friends.

Please read the below note for further information.

Should you need further inquiries or simply wanto to contribute please email me at nisyah@gmail.com
or to Suzana (Suzana.Sulaiman@dialogic.com).


Thank you.


This is the original message sent by Cik Suzana.


Salam everyone,
This is an update on our Ramadhan donation drive. As planned, we've visited an orphanage at Gombak called Pondok Penyayang Raudah on Saturday (June 27). The home is currently taking care of 80+ kids aging from 8-23 years old. Besides orphans, the home also shelters troubled teens and poor kids. They are not sponsored by any companies or authorities and survive purely on public donations. The pictures of the home have already been uploaded on the group page, or you can simply click on this link:

http://www.facebook.com/album.php?aid=92609&id=696029326&l=c8ce58571c

This time, our Ramadhan Donation Drive is aimed to help them with their expenses in the coming Ramadhan. If you'd like to contribute, this donation drive will be on until the 9th of August 2009, few weeks before Ramadhan begins. Do inform us if you wish to help these kids to get healthy meals during ramadhan. =)

Suzana and Suhaila

Saturday, June 20, 2009

Lampu

Semalam aku masuk bilik air ...lampu out, leceh betul....so terjadi la dialog ini

Nen : lampu floresen kecik ada ke Bang..
Bob : emm tak de.....kenapa ?
Nen : ohhh...lampu bilik air I plak out.....
Bob ; x pe esok I beli n pasang....
Aku terdiam sekejap...kepala aku garu walau x gatal...
Nen : esok u tu equal to thn 2012 ke or I kena tunggu kita pindah rumah lain...
Bob : hehehe....(Terus dia buat muka kelakar yg kononnya cute tu...huh)

Bergelap le aku nnt...nk tunggu cik bob pasang lambat le lagi.....

Nampak gayanya kena le aku pi cari lampu n pasang sendiri...klu x aku x leh le membaca sambil menunggu....

Sent from my wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, June 16, 2009

Semalam Petang

Aku ke KLCC, aku sesat di tengah-tengah ribuan manusia yang bergaya dan berharta...
Aku lemas dengan bau2an yang wangi dan mahal
Aku terngaga melihat butik2 yang tidak mampu aku masuki.....

Tapi...

Aku merasa nyaman kala aku melihat keindahan Kuala Lumpur dengan pencakar langit sebagai penghias dan taman-taman yang ditata rapi di tengah-tengah kesibukan warga yang bersimpang siur...




















Monday, June 15, 2009

Dalam hidup ini...



Dalam hidup ini ada yang terpaksa kita lalui dengan senyuman walau dalam hati penuh rasa kedukaan.

Dalam hidup ini ada yang kita hajati tapi tak dapat di perolehi namun janganlah kita menyesali takdir sesungguhnya Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Dalam hidup ini masa yang kita lewati mengitari hidup kita dengan pelbagai drama. Drama inilah yang mewarnai pentas kehidupan. Segala suka duka tersimpul satu kenangan yang pasti bisa mengisi masa sepi.

Dalam hidup ini terlalu banyak yang istimewa..pandanglah sekeliling dan hargailah apa yang kita miliki selagi ada.

Wednesday, June 10, 2009

Test Menaip

42 perkataan

Tq Cikgooden....saya jadi terlayan menguji kepantasan menaip....

Monday, June 08, 2009

journey

Sabtu 6/6/2009

Aku tetiba kepingin untuk ke Melaka...Sebabnya hanya satu....



Jalan ya amat jem....kat sg besi je aku sangkut kat sejam kot...tapi aku masih bertahan...aku layan jem mcam makan kacang...

Kereta bergerak tersenguk2 sampai simpang masuk PD..lepas to clear...and kereta mula pecut dengan kelajuan biasa..110-120 km ..tak leh bawak laju beno...kang kena tahan dek polis , lesen tak renew lagi..hehehe..syyyy



Tapi ada yang melayan dengkur.... dengkuran kuat membuatkan aku terpaksa bukak volume radio kuat dari biasa...huh...



Ku sangka jalan lengang sampai ke Melaka...tapi 5km lagi ke exit Ayer Keroh kereta start bersusun....sabo lagi......tapi kali ni aku potong que...tak leh tahan aku dah mengigil - bukan sbb lapor...tapi sbb nak kencing ehehehe

Akhirnya setelah 3 jam lebih bertarung...aku sampai ke Melaka juga. Destinasi diteruskan ke KG. JAWA..untuk apa ???






yaaaaa.......hanya untuk SATAY KG JAWA yang pada aku paling best. Aku yang tak minat satay sudah jatuh cinta pada ini satay .....



orang yang tido sudah terjaga....dan dengan semangat keperwiraan mengogah satay keluar dari lidinya ...





MUKA SEDAP..... altho suamiku tidak merasakan perjalanan yang perit yang harus aku lalui selama 3 jam, tapi aku puas hati tengok kenikmatan yang terpancar di mukanya......

nota kaki : masa balik aku sudah kasi warning...JANGAN TIDO...DENGKURAN MENGANGGU .. sekian terima kasih.

Friday, May 29, 2009

Robohnya sebuah bangunan yang penuh kenangan....






Jaya Supermarket collapses

[top photo: The old Jaya Supermarket building that was once a landmark in Petaling Jaya is now a rubble after it collapsed at about 5pm Thursday]

By Rashita A. Hamid, Yeng Ai Chun, Beh Yen Hui, M.Kumar and Tan Karr Wei

PETALING JAYA, MALAYSIA: One of the city's earliest landmarks, Jaya Supermarket, collapsed while demolition work was going on, killing two Indonesian workers.

Two bodies were recovered at 6.44pm and 10.25pm and another worker was feared dead.

Two other workers were pulled out alive at about 5.45pm and 6pm, while four more are still trapped beneath a tangle of steel and rubble after the building collapsed at about 5pm yesterday.

The five-storey portion of the building collapsed right to the basement, where the car park was located. A 10-storey office block at the other end of the building was not affected.

Selangor Fire and Rescue Department director Soiman Jahid said 50 firemen rushed to the scene after receiving a distress call at 5.08pm.

The number of rescue personnel was later increased to about 150 with the police, Civil Defence Department and Petaling Jaya City Council joining in.

The two injured victims, Suriono, 31, and Salleh, 45, were sent to the University Malaya Medical Centre.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Arjunaidi Mohamed said only one body had been identified, that of 28-year-old Maskor.

"The search-and-rescue operation will continue until all workers are accounted for," he told reporters at the site.

The workers were part of the more than 80 crew who were demolishing the building.

The 35-year-old Jaya Shopping Centre, which housed a supermarket and many outlets, was closed on Feb 6, 2008. The new owners of the building planned to demolish and rebuild it on the site.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, urged the public not to go near the area as it would hamper search-and-rescue efforts.

Disaster area: Police and rescue personnel securing the area and conducting the rescue operation to find the remaining trapped victims.

Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said the Public Works Department is ready to offer assistance in equipment and manpower to help with the search and rescue.

"We are also willing to help investigate why the building collapsed," he said,

When asked if the overloading of machinery on the upper level of the building was the cause of the collapse, he said it could be one possibility but could not say anything until the investigation is completed.

A worker, Andi, who was on the fifth floor of the building, was taking a break with nine others when the incident happened.

"I was sitting when I heard a loud sound. Then, the floor started tilting and we just ran for our lives. We rushed to the other end of the building. We are so lucky to be alive," said the 30-year-old who had been working on the construction site for 20 days.

Rojak seller Faizal Md Yusof, who operates from a van just opposite the building, saw the building shake and collapse.

"I saw six cranes falling down along with the building. I just left my van and ran for my life," he said.

Housing and Local Government Minister Datuk Seri Kong Cho Ha said the Fire and Rescue Department would work together with the police to probe into the cause of the collapse.

When met at the emergency ward of the hospital, rescued worker, Salleh told Bernama he was trapped in the rubble for more than an hour.

Suffering from a fractured right leg and arm, the father of four, who started work at the project just three days ago, said he was working on the ground floor of a four-storey building when the structure collapsed.

-The Star/Asia News Network

****

JAYA Supermarket : banyak kenangan di sini. Sinilah tempatnya aku melayan zaman kanak2 aku, zaman remaja aku. Dulu Jaya ni lah kira tempat paling canggih, mana ada Sunway Pyramid, mana ada One Utama...tapi Jaya tetap best.

Sinilah:-
  • kalau hari raya, pegi cari kasut
  • kalu nak makan pie sedap kita pegi sini (tahun 80-an masa tu, first time aku taste chicken pie),
  • kalu ada birthday kawan2 dan nak cari present kami ke Kathy's Toys. Ataupun bila ada duit lebih skit (selalunya time hari raya - bila dapat duit raya) pegi beli game2 kecik or doll2 murah.
  • kalau nak baca buku pegi MPH, mak aku suka gi cedok resipi kat buku2 recipe..hehehehe
  • kalu tak nak balik rumah lepas sekolah(bila sekolah menengah) sinilah aku melepak ngan kawan-kawan. Ada kawan yang kaya skit, belanja makan KFC ihihihi...
  • sini jugalah aku cari baju2 kat Reject Shop, dan aku pernah salin baju dalam kereta (waktu malam sebab nak sangat pakai baju baru tu ahahahahaha)
tulah antara seribu kenangan yang ada kat jaya supermarket ini. tapi semalam aku rasa sedih sbb bangunan yang banyak memberi kegembiraan pada aku jatuh menyembah bumi.

Yeay!!!

YEAY !!!! Hari ni last day of school.

Kenapa aku pulak seronok ? Sebabnya

a) jalan mesti kurang jem.
b) Ofis pun kosong skit, sbb ramai orang cuti; maka client aku kurang call, dan aku
boleh relax


AHAHAHAHAH...yippe yippe...best dowh.....

Thursday, May 07, 2009

Saman Karang baru Kamu tahu.....

Boleh ke aku SAMAN kerajaan ???
Sebabnya : offer staff2 kami yang telah melalui tempoh latihan dan sudah ada skill.

Tak boleh ke mereka check status yang hendak di offer, dan sekiranya sudah bekerja lebih enam bulan..carila candidate lain yang masih terkapai2 mencari kerja....kalau nak juga kerajaan perlu membayar GANTI RUGI kepada syarikat swasta kecil seperti kami di sebabkan mereka ini telah di latih, di ajar dan di didik.....sangat merugikan kami dan memenatkan ...


Tapi apa nak buat offer dari kerajaan pun sangat bagus bila compare 15 tahun dulu (masa time aku le, masa time tu tak dak sapa nak join gomen, gaji ciput). Tapi la ni, starting basic leh cecah RM2000.00 tu tak masuk elaun-2 yang pelbagai.

Masa interview aku tak pernah miss tanya soalan, 'Ada minta ngan SPA or JPA ?'
Jawapan mereka, 'Ada kak. Tapi saya tak di panggil , dah tu periska PTD pun fail.'
tup ..tup...dalam masa 5-6 bulan atau 1 tahun tetiba ,'Kak saya rasa terpaksa ambil peluang yang sangat bagus ni kak. Maaf ye kak.'

Jadi lepas ni, kalau ada je yang jawab ADA pada soalan aku, aku terus tak mo offer walau sebagus mana budak itu.


nukilan rasa dari seorang RAKYAT MALAYSIA YANG TERTINDAS TANPA PEMBELAAN...

Sangkut dalam Traffic Jem

Semalam dalam kereta aku tersangkut dalam sesak yang tak teruk sangat along Jalan Kinrara. Boring punya pasal aku usha driver-2 Malaysia and aku buat kesimpulan <> 98% pakai seat belt dan kesemua drebar lori tak pakai seat belt.


Aku pulak merupakan drebar yang termasuk dalam kumpulan kecil 2% yang tak pakai seat belt tu. Soalan aku, anda termasuk dalam kelompok mana ?



PESANAN : Pakai lah seat belt untuk keselamatan anda, jangan tiru kelompok kecil yang tidak patuh pada peraturan.

Sekian.

Thursday, April 30, 2009

MPH Sales 28th April - 3rd May 2009

Antara buku2 yang aku sambar kat MPH sales di Section 13 PJ. The sales will be till Sunday 3rd May. So all you book lovers, this is something that not to be missed.















Perkara Bodoh dan Memalukan....

Aku boring hari ni...so aku duduk diam-2 dan teringat satu kisah yang terjadi tahun lepas. Perkara ni memang memalukan.

Satu pagi aku bawak mak aku, 2 anak buah perempuan jalan-jalan. Tak de arah tujuan, aku biarkan je kaki ku menekan minyak kereta membawa kami ke mana2.

Kami sampai ke Kelang. Sebabkan jauh, aku berenti kat satu Mc Donalds outlet. Masa tu aku masih membeli di Mc D (sekarang aku malu nak masuk ke Mc D, sbb aku akan rasa betapa bacul dan lemahnya sekiranya setakat nak boycott Mc D tak kan aku tak leh buat).

Aku pun beratur dan setelah memesan air dan curly fries aku di minta tunggu sebentar. Aku pun pegi ke kaunter sebelah yang masih ditutup (pagi2 lagi...)

Kaunter sebelah seorang gadis cina sedang membuat pesanan, tiba-tiba aku terperasan yang aku tertinggal handphone kat kaunter tadi, dengan cepatnya aku cuba menyambar handphone tu membuat amoi tu terkejut badak lantas mengenggam erat handphone itu. Cashier dan beberapa orang pelanggan tergamam melihat drama tersebut.

"Itu saya punya handphone." kataku sambil buat muka bengang ngan amoi tu. Handpone cikai aku tu pun ko nak ke.....Amoi tu buat muka kat aku..menyirap lagi la aku.
"Ini saya punya la...." dia pulak menjawab. ewah....ewah..

Aku tak puas hati terus buka purse aku untuk membuktikan itu handphone aku, dan sambil terbeliak dan menelan air liur, handphone aku ada dalam tu.

Dengan segan aku berkata pada amoi itu, "Sorry aa, handphone serupa ma...."

Cashier tadi yang tergamam, menghulurkan curly fries yang masih panas, sambil tersengih memerli.

Aku yang kemaluan...terus berlalu sambil dalam hati.....apalah dosa aku pagi ni...uwaaaaaaaaaaaaaa....

Dalam kereta aku menceritakan apa yang terjadi...semua pakat gelak gila-2 kat aku...tiada simpati langsung....


...Ni yang buatkan aku nak pakai Iphone ni ....cheh

Hoi....siapa plak kunci aku nih

Aku melangkah masuk ke dalam tandas antara tingkat 11 dan tingkat 10 bangunan KPD yang lebih tua dari aku.

Sedang aku menunaikan hajat aku, tetiba aku dengar ada orang menyelak pintu bilik kecik tu. Aku pun ngan panik ketuk-ketuk menandakan aku ada kat dalam. Malangnya orang itu buat tak tahu je. Aku ketuk kuat-kuat sambil berpikir perkara paling buruk. Mampus kalau tak ada siapa come to my rescue...takkan aku nak tido kat situ...GILA..dah la tingkat 11 ni terkenal dengan perkara2 mistik.

Dalam kekalutan tu aku terperasan yang aku bawak handphone....puh gila lega. Dengan tak malu aku sudah call someone dan minta dia bukak selak. Muka budak tu confuse gila bila buka selak tu. Aku tau dia nak gelak kuat tapi sebab aku ni darjat tinggi skit dia kulum je.

Sampai sekarang ni kalau aku pegi bilik air kat KPD aku mesti bawak handphone. Gila ...

Persoalannya sekarang, siapakah yang berani-2 buat lawak camni ngan aku ? orang atau penghuni di alam satu lagi....


Atau apa yang aku alami ni adalah balasan kepada kesilapan aku terkunci suami aku dalam bilik air beberapa bulan lalu (its-just-not-bobs-week)

Pesanan aku..."Jangan biarkan hidup anda di kurung dalam jamban........chissssss...."

Tak GUNA punya QUIZ....

Noorinnisyah took the Berapakah gaji yang layak anda terima quiz and the result is RM18

Sesuai lah dgn anda yg sgt pemalas. Kerja tak pernah buat..datang opis lambat..Melawan cakap bos...Busuk hati dgn kawan-kawan opis...Ishhh.. Baik anda berhenti jer keje....



QUIZ YANG BERNIAT JAHAT, BERPRASANGKA BURUK DAN SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG....




TAK BAIK DOWH.....

Karangan...(sambungan)

“Baik, kalau itu yang you mahukan. Salina binti Zaidi, aku ceraikan engkau dengan talak satu.” Ada getar di suaranya, sebak menghiris dadanya.

Dia memusingkan badan dan menarik nafas dalam-dalam, air mata yang ditahan jatuh juga berguguran. Fikirannya jadi kosong, dia hanya mendengar dentuman pintu bilik di hempaskan, jantungnya juga seperti gugur, lemah luluh seluruh badan. Kakinya menggigil, dengan perlahan dia teraba-teraba mencari birai katil, punggung dilabuhkan, satu keluhan nafas berat di lepaskan. Ya Allah…apa yang telah aku lakukan…..Air matanya yang masih mengalir dikesat dengan belakang tangan. Dia menekup mukanya, tangisan halus di lepaskan, segala kesedihan tertumpah keluar. Hatinya masih sayang, hatinya masih cinta. Cintanya tidak pernah hilang, tidak pernah pudar. Sayang, cintanya tidak di pandang lagi. Cintanya sudah dibuang jauh-jauh dari hati wanita itu.

“Babah….” Suara kecil Liya memanggil.

Cepat-cepat dia mengesat air hidung, muka di pusing mengadap suara itu. Dua anak kecil itu menerpa ke arah ayah yang sedang kesedihan.

“Babah....” Liya yang baru berusia 6 tahun itu memaut erat kaki lelaki itu.

Dia tidak mahu kalau babahnya juga pergi seperti ibunya. Takut menyelebungi hati si kecil itu. Aziq diam tunduk memandang ke lantai. Masih jelas di matanya sewaktu ibu bergegas keluar tanpa mengendahkan mereka yang mengejar dari belakang.

Megat menarik badan Liya dan di rangkulnya sambil mengusap belakang badan dengan penuh rasa kasih dan sayang . Di peluk anak itu yang menanggis tidak henti. Sebelah tangan menarik Aziq. Tangannya mengusap lembut kepala anak itu.

“Jangan takut. Babah tak akan pergi mana. Tak akan tinggalkan Aziq dan Liya.”

Malam itu terasa terlalu panjang. Matanya memandang tepat ke siling dalam gelita yang sunyi. Bunyi dengkuran Aziq yang halus bagaikan alunan yang menghiburkan hatinya di kala itu. Bagaikan tidak percaya dia sudah kehilangan cinta seseorang. Esok pagi dia akan pergi tanpa iringan senyum Salina. Malam itu dia seakan sedar, dia sudah kehilangan cinta dan senyuman wanita itu setahun yang lalu. Bila pulang ke rumah, terasa ada bahang yang membuatkan mereka tidak betah bersama. Caci hamun sentiasa menyinggah. Apa yang dia lakukan semuanya salah di mata Salina. Dia juga tidak memperdulikan cerita-cerita yang didengari perihal tingkah isterinya kala dia sibuk mencari rezeki. Sedikit pun dia tidak mempercayai kalau isterinya berlaku curang.

Wednesday, April 29, 2009

Karangan

“Jangan buat I hilang sabar…”

Empat anak mata bulat memerhati dari celah pintu yang terbuka sedikit. Liya, si adik sudah mula mencebik. Aziq, si abang menarik tangan adiknya. Mereka berdua berlari ke bilik di sebelah lalu naik ke katil sambil berpelukan. Ini bukan pertama mereka mendengar pertengkaran yang selalu terjadi balik pintu bilik yang tertutup itu. Sejak akhir-akhir ini suasana terasa tegang sebaik bapa mereka pulang. Tidak sempat menghela nafas penat setelah seharian suntuk di luar untuk memastikan dapur berasap, mengotakan seribu janji yang di tabur untuk kebaikan keluarga itu, hamburan maki hamun pula yang menyambut kepulangan lelaki itu.

“Selama ini I diam dengan tingkah you. Tapi hari ini I tak boleh diam lagi. Dayus kalau I tidak tegur perangai you tu.” Suaranya masih tinggi. Matanya merah memandang perempuan di hadapannya.
“I dah tak tahan lagi, hidup dengan you tak ubah macam pengemis, merempat tak menentu.” Lelaki itu termangu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mungil perempuan itu.
“Lepaskan I, tu yang terbaik untuk kita.” Perempuan itu terus mengasak.

Bukan ini yang pertama diluahkan, sudah terlalu acap kali kata-kata itu dihamburkan ke mukanya. Ego lelakinya dijentik hamunan. Dia menatap wajah di hadapannya. Hilang senyum manis yang dulu menjadi igauannya. Hilang seri wajah yang kuyu dan penuh kelembutan seoarang wanita yang satu ketika dulu menjadi dambaannya. Malam itu, wajah yang selalu memandanganya dengan penuh rasa sayang bertukar sama sekali. Hanya kebencian terpancar dari mata itu.


bersambung.....

Thursday, April 23, 2009

Brahmachari (1968) Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche

Tetiba aku jadi layan dengan lagu ni...

Kisah bermula aku dengo kat satu segmen KLFM (KLKL petang2 suma lagu2 lama)..

So semalam aku suda call tu DJ tanya nama lagu tu..search punya search jumpa..so layan...............SYOK ooooo

Tuesday, April 21, 2009

Surat Terbuka untuk Drebar Bas dan Lori

Kepada Encik Drebar Bas dan Lori,

Saya dapati cara pemanduan Encik Drebar Bas(DB) dan Drebar Lori(DL) di lebuhraya utara selatan sangat merbahaya. Encik berdua suka-suka hati tukar lane seolah2 Encik saja yang berada di atas jalan tu. Encik bawak laju tanpa mengira perasan pemandu-pemandu lain terutamanya yang memandu kereta2 kecil seperti Kancil.

Bila accident dan bila muka encik keluar kat TV, encik buat muka kesian. Tapi encik pernah tak terpikir nak kesian kat penumpang dan pengguna jalan raya ?

Saya tak pernah kesian tengok muka sekupang encik keluar TV, cuba merayu dengan mengatakan apa akan jadi pada keluarga encik memandangkan encik seorang yang menanggung kehidupan keluarga encik...tapi encik lupa yang penumpang-penumpang atau pengguna jalan raya yang menjadi mangsa encik juga merupakan orang yang menanggung kehidupan keluarga mereka.

Saya harap encik berubahlah..ingatlah bila di belakang stereng encik memikul amanah dan tanggungjawab, jangan jadi pelesit jalanraya...kalau encik sorang je yang mati saya tak kisah...


Sekian.

Terima Kasih.

Friday, April 17, 2009

Aik dah JUMAAT

Lor...

cepatnya dah Jumaat....cepatnya masa berlalu

umur pun makin cepat naik....

pikir-pikir balik apa kita dah buat dengan masa yang pantas berlalu....ada ke benda baik..atau masa berlalu sia-2...

ntah le...apa2 pun saat MATI makin hampir !!!

Thursday, April 16, 2009

Rambut Panjang

'Kak,kalau saya join balik sini, boleh saya simpan rambut panjang ?' tanya seorang Ex-Staff selepas interview semalam.

Aku jawab....'Simpan la panjang mana ko nak, asal bila jumpa client ko pandai2 la sorok...'

'Ok kak, tima kasih.'


Dia nak simpan sbb katanya dia ROCK.

kalau rambut pendek tak boleh rock ke ? huh....macam2 budak sekarang.

Tuesday, April 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME !



This is what i want for my birthday !


And someone is getting it earlier ! Hahahahaha


p/s Birthday is in September..so what ?

KAPAN......IANYA TERJADI....



APAKAH INI AKAN MENJADI MILIKU JUA NANTI....


aku yang memendam rasa ..muahahahhahah


Monday, April 13, 2009

Hari Isnin

Hari isnin. Masih batuk altho dah banyak kurang. Alhamdulillah. Makan madu.

Nak pegi office tapi migraine plak...

Lepak rumah , buat kerja..siap gak beberapa benda penting....

Pening dah hilang....

Harap esok , sakit tekak plak baik.

Orang cakap musim. Sekarang musim demam. Kesian musim...tak pasal2 dia dipersalahkan.

Tuesday, April 07, 2009

Mendung....

BATUK.PENING KEPALA.SELSEMA.


TAK SIHAT HARI NI.


Bila nikmat sihat di tarik...apa kita selalu bersyukur semasa kita sihat ?

Thursday, April 02, 2009

Satu Pagi...

Aku memerhati dari jendela.... semilir angin pagi menghembus, membuat rambut ku bergerak-gerak. Mata ku terus menerobos ke sinar pagi yang mula menampakkan segaris cahaya.

Aku diam melihat sekumpulan burung merintasi langit menuju ke selatan. Mereka terbang dalam satu kumpulan, ada ketua yang membimbing. Ekor mataku terus mengikut gerak mereka sehingga perlahan-lahan hilang dari pandangan.

Dari kejauhan aku melihat seorang tua menyorong basikal. Basikal usang itu sarat dengan barang-barang yang dikutipnya. Dia berlalu di hadapanku, matanya tetap memandang ke hadapan. Siul kecil terdengar dari bibirnya. Aku lihat ada garis kepayahan dari raut wajah tua itu. Mana anaknya ? mana keluarganya ? Kenapa sehingga usia dikejar senja tua dia harus mengusung basikal, menyusur semak mencari harapan demi menyambung sebuah kehidupan.

Aku mula terpisat-pisat di hadapan jendela...burung sudah semakin hampir ke destinasi mereka, orang tua punya semangat kuat dan utuh untuk menerus drama kehidupan hari ini...dan mengapa aku masih termenung di jendela, dengan kebuntuan yang makin bersarang ... ayuh bangun dan sedarkan diri dari berlama-lama mengelamun...tidak ada apa hasilnya kalau terus melayan sukma...ayuh bangun dan berkumpul bersama-sama orang yang sibuk mencari diri di tengah-tengah kesibukan kota.....

Monday, March 30, 2009

Bake Maccaroni

Couple of months back ada BBQ kat PD, so aku buat Bake Maccaroni...






before it goes in the oven




Simple je nak prepare...

1- goreng macaroni ikut citarasa anda...
2- buat bechamel/white sauce (refer to my lasagna posting)
3- macaroni yang dah di goreng di bubuh dalam oven-proof dish...
4- pour in the sauce
5- sprinkle as much as you want of the grated mozarella cheese...
6- bake till done...


Menuju Puncak....

Ihihi ni bukan lagu AF la...tapi ini adalah jalan aku guna balik rumah aku....kami panggil Jalan Puncak Alam.....


berapa puluh tahun la pokok ni.......



area aku paling suka...bila turun bukit dari jauh nampak dua tasik...bila pagi2 pemandangan sangat cantik....hmm kat sini ada 7 puteri jin (betul ...serius...)



petang-2 ramai lepak utk memancing

2 Jam....


Sg Buloh --> KL --> Puchong = 2 hours drive...

GILA !!!!!

KL mmg gila...banyak gila kereta sekarang

Dulu ...10 tahun lepas masa opis di KL not as bad as this....

Ada highway pun kereta punyala banyak....tol kasi angkat tapi sesak macam hapa....

Nak naik LRT.... reliable ke ? Kenapa aku tanya sebab sekali pernah aku nak ke KL tapi LRT sangkut...sebab KL di simbah hujan lebat...LRT tak leh berfungsi dengan baik...sudahnya aku naik kereta gak and sangkut more then 2 hrs....

Apa option warga KL ada...naik kete sure sangkut lebih 2 jam...naik bas pun sangkut...naik moto ? klu hujan gerenti sangkut dan yang paling utama SELAMAT ke nak bertarung di jalan2 dengan Mat-Mat Rempit, yang motto hidupnya seolah-olah, "ESOK TIADA LAGI DAN AKU TAK MO HIDUP WALAU SEHARI LAGI..."

Apa yang menarik perhatian aku pagi tadi, in the 2 hours aku berselisih dengan 5 ambulans....LIMA.....persoalannya....stress ke dok kat KL....sampai ramai yang kena di kejarkan ke HOSPITAL naik ambulans, hopefully mereka semua selamat ...

And dalam hati aku...aku wish for KL 30 thn dulu macam masa aku kecik2...tarak jem pun kan ke best....

Nota kaki : Stop la berhijrah ke KL...kerja la kat tempat korang sendiri.....KL dah PADAT....



sementara tunggu traffic lite aku sempat snap KLCC.....

Friday, March 27, 2009

Dreamer

You are a Dreamer

You spend your time fantasizing and wondering what could change for the better. Your mind is a portal to a new world that inspires and motivates you to make it real. You keep the world thinking of new possibilities and have everyone around you do the same.


REALLY ???

Iya ke ????

Noorinnisyah took What does your birthday say about you? quiz and the result is September
Suave and compromising. Careful, cautious and organized. Likes to point out people's mistakes. Likes to criticize. Stubborn. Quiet but able to talk well. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal but not always honest. Does work well. Very confident. Sensitive. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Must control oneself when criticizing. Able to motivate oneself. Understanding. Fun to be around. Secretive. Loves sports, leisure and traveling. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Very choosy, especially in relationships. Systematic.

Hmm....not all are true...like

a) criticize....hmmmmm aku suka kritik ke ? yeah maybe sometimes if i feel things are not the way it should be..
b) Good memory .... the opposite of it......i cant remember names....and it is just so embarrassing
c) Organized ... paling serabut aku le.....
d) Hardly shows emotion --- ni aku setuju...aku selalu memendam perasaan gitu ahahahaha....

Yang lain-lain tu ada la skit-2.... :)

Tuesday, March 24, 2009

Den dah Kato

Den dah koba awal-awal....ekau tak mau donga....sekarang camno....den juga yang susah...hai la...


Tadi UAT Training Program System untuk Majlis Latihan Kebangsaan , gila banyak ubahnya.... masa user requirement tak involve end user, BTM nak control suma....aku dah request minta end user masuk sekali, tapi tak mo.....camni kalu 10 tahun pun tak siap2 sistem ni....aiyak....

Tapi aku layan gak....nanti aku bagi list item2 yang berubah beserta kos perubahan..baru terjojol bijik mata ekau...

KERAJAAN kan KAYA......tak pe...kita kan tak de masalah ekonomi...so ok .....duit banyak lagi...KEPALA HANGUK korang muahahahahhaha......

Monday, March 23, 2009

Semekut dan Nescafe

Combination yang sangat lazat....biskut crackers di cicah dengannescafe....sedap ooo


Itu lunch aku...

Layan beb....

Masa budak2 dulu waktu mak aku keluar mana2 aku tinggal la ngan abang-abang...pastu mereka bancuh milo satu teko kami pakat cicah biskut...lagi lama cicah lagi lembik biskut tu lagi sedap...


Hmm.....aku rindukan masa2 itu....Masa kami sama2 membesar untuk mengenal erti hidup.....

Belasah

Aku belasah sekor2 kang baru tau....



chit....



tq

Tak de kerja cari kerja


Main-2 ngan photoshop ni lah hasilnya