Wednesday, December 24, 2008

PAU

Kemarin dulu aku makan pau. Pau sadin. Altho not very much a pau lover, aku makan hari tu sbb aku tak tau nak makan apa...

Semalam aku ada terbaca dalam Travel section of NST. Tajuknya kurang lebih Peel or Not To Peel.

Satu soalan .. kome makan pau , kome siat tak kulit luor dia ?
Jawab ku : Aku siat.
Reason : Sbb aku di ajor oleh mak aku cara makannya camtu, and tak pernah le aku terpikir nak tanya apa ke pasalnya.

So semalam this article telah menjawab kemusykilan aku setiap kali aku menyiat kulit pau.

Menurut writer tu; masa zaman2 dulu, pau-2 yang dah di susun atas lengat(pengukus) buluh tu akan di spray air untuk kekalkan kelembaban b4 distimkan sampai gebu. Oleh kerana zaman tu teknologi WATER SPRAY tak de lagi, apa mereka buat adalah... MENGISI AIR DALAM MULUT DAN MENYEMPROTKAN SEMBURAN MELALUINYA...

Nah...itu la reason why kena siat kulit tu...

Yuewwwwwwwwwwwwwwwww........

so lepas ni terpulang la pada anda2 semua sama ada untuk SIAT atau TAK SIAT....

Friday, December 19, 2008

Semasa Membesar

Malam semalam while lepakking atas katil menunggu mata tutup otak aku teringat nama-nama kelas dari darjah 1-6, form 1 - 5

SEKOLAH SRI PETALING, PETALING JAYA
Darjah 1 Mawar 1980
Darjah 2 Mawar 1981
Darjah 3 Mawar 1982 **tak sure sgt
Darjah 4 Kenanga 1983 **tak sure sgt
Darjah 5 Tanjung 1984; Pn. Nik Abdah; suka cikgu ni cantik and wangi je..
Darjah 6 Melati 1985; En. Khairuddin Ayip, penulis novel. Pernah angin ngan dia sbb pakai
watercolor warna biru aku sampai abis satu tube.

SEKOLAH MENENGAH (P) SRI AMAN, PETALING JAYA
Form 1 Biru ; 1986 ; Pn. Jawaheriah aka Jawa
Form 2 Biru; 1987 ;
Form 3 Biru; 1988 ; Pn. Lili; cousin aku...cuak jek.
Form 4Sc Jingga 1989 ;
Form 5 Sc Jingga 1990; Mrs Lee; cikgu paling sempoi....ajor biology and aku pun suka buat
experiment tidology ihihih


Aku teringat semula kawan-kawan dan cikgu-cikgu dari zaman kecik sampai la aku abis SPM. Kenakalan yang aku n kawan2 buat. Denda yang di kenakan. Balingan buku oleh cikgu bila tak puas hati ngan kerja (esp bab lukis peta). Kejar budak pompuan masa darjah 6 sebab aku tak puas hati dia dok main susun2 rubber(susun jadi ruang2 dalam rumah, dapur la, bilik tidur la...apa kes kan) ...and masa aku buat form 6 kat boys school, aku plak yang kena kejar sbbnya aku dok gelak kat satu budak lower forms la, dia angin , apa lagi...dia kejo aku satu sekolah...hahahaha...hai macam-2 lagi lah....

Mana la semua cikgu-2 n kawan2 tu suma....agaknya semalam ada gak yang mengenang kisah silam cam aku ek...ntah le..

Kain Jemuran



"Erni angkat kain jemuran...hujan dah turun."


Sunday, December 14, 2008

Keutamaan Menjaga Gigi

First thing kita buat bila bangun tido mestilah GOSOK GIGI. Korang ada berus gigi ini hari ? Kalau ada bagus... kalu tak...korang baca ni

Ini pengalaman aku.

Masa kecik-kecik dulu aku cukup tak suka gosok gigi. Jangan tekejut or gelak or ada prasangka buruk. I'm being honest here ! Mak aku paling hangin klu aku tak gosok gigi. I dunno why but rasa best plak tak gosok gigi..kadang tu sampai tengahari... it may seem gross to someone but as for me having breakfast tanpa gosok gigi sedap ooo ahahahahahah....

Okeh..bila masuk Primary School... ada benda yang menakutkan aku. Bila nampak nurse dari Klinik Gigi jalan dengan penuh gayanya kat koridor aku suda kecut perut. Dalam hati berkata-kata, 'janganlah ko masuk kelas ni....jalan terus jalan terus..' tapi dia masuk kelas. Dan dengan matanya yang bersinar-sinar sambil memegang kad Hijau, dia akan memanggil nama-nama...aku tau suma budak pun kecut perut. huhuhu...and 'Noorinnisyah........' huuuuuuuuuu dengan kaki lemah longlai aku turun ikut dia. Duduk atas kerusi aku di grill dengan penuh semangat oleh si Dentist. Sakitnya..... hanya Tuhan je yang tahu..nak je aku tendang Dentist tu dengan kaki budak aku masa tu... so this routine akan berjalan sampai la aku darjah 6. Habis darjah 6 aku tak masuk2 klinik gigi sampai lah aku berumur 25-26 camtu...aku gi klinik dengan feeling yang tak best dan terpaksa...sekali lagi aku trauma bila doktor tu merentap gigi geraham aku....sekali lagi aku rasa nak tendang dentist tu....

Aku rasa ini suma akibat peel aku tak suka berus gigi masa kecik.... now aku suffer gigi yang berlobang-lobang. Kini aku sudah jadi pengunjung tetap Klinik gigi yang aku benci... Satu benda aku rasa berbeza now and then adalah treatment is not a torture anymore....rasa sakit n ngilu dah tak ada terasa sangat...just imagine aku yang penakut ni dah pernah buat ROOT CANAL...kira dasat la tu....

Now once a while aku gi buat SCALING...



..... dan inilah hasilnya....gigi depan mmg nampak cantik kan
kalu aku buka mulut luas2 huh.....ROMPONG ahahaha...

Dah baca entry ni...anak2 sekelian rajin2 la gosok gigi..jangan jadi macam Wancik ni !!!!

Saturday, December 13, 2008

Rover Track - FRIM

Sabtu pagi aku mencuba off road cycling. Gila BEST ! Location FRIM- track : Rover. Utk novice cyclist cam aku ni ok lah kot...dapat gak la aku kerabat naik bukit2 tu walaupun ada gak slope2 yang tak lepas... aku tolak je basikal tu...Mak tak larat nok.....jantung nak pecah !!!...

Dah few month gak brader aku ngajak tapi ada je halangan. Awal2 tu suspen gak, paling ngeri klu aku tergolek dok masuk gaung...sakit oooo....tapi semangat yang diberi Kak Ani and Chik serta Haziq (off track champ ihihi) dan Firah...aku pun abis gak satu round.


Ini map aku cilok dari FRIM website. So klu korang nak gi tak yah nak study map bagai..konsep yang best adalah BELASAH je....takkan nak sesat, paling2 ko end up either kat Sg. Buloh, or Selayang atopun Kepong...takdenya nak sesat sampai ke Kampuchea.

Track2 lain yang lebih mencabar ada gak, nak masuk trail tu klu dah terror cam brader aku boleh layan klu tak main kat Rover sudah cukup.




Baru sampai... angkut basikal kluar kete, pasang tayar. Tu suma kije brader aku.



One of the stop area kat Rover Track. Seen here future off-road champions, Haziq an Fira.



Kak Ani sempat berposing. Track ni aku tak tau namanya, after finishing one round of Rover Track kami hayun sini plak. Track ni susah for me as a first timer. Jalan banyak batu2 and tak sekata. Peluang tergolek gaung amat cerah. Ada berani ??



Fear Factor Family.
Brader aku yang mat motor, mat off road , mat race dan segala macam mat lagi.
Kak Ani, the only Malay off-road cyclist aku nampak kat Rover Track. Cayoks.
Haziq n Fira - tak letih-letih ke ? Klu turun bukit....fuhhhhhh berdesup peginya.




Akhir sekali...aku yang termengah-2...tayar tak pancit aku yang pancit. HAHAHA
tapi aku tak serik...minggu depan kita bertemu lagi...tapi aku nak masuk Canopy Walkway plak..so wait for my next entry

Wednesday, December 10, 2008

Kata-2 ku....

Hidup ini berbagai ragam, nasib dan dugaan bermacam-macam,

hidup yang tidak punya gelombang adalah seperti bunga plastik yang tidak berbau.

Hidup mesti ada dramanya. Baru indah.




HAPPY BIRTHDAY NURLIYANA ZAFIRA



1 Disember, Fira 10 tahun. Sorry wancik lambat post entry ni.

Fira kena makan banyak sikit ok. Nanti tak larat nak naik basikal. Ya...budak ni nampak je cekeding tapi kalu naik basikal, satu FRIM dia leh hayun. Satu lagi dia ni la suara SU dalam siri kartun DANIAL. Firah juga boleh main violin, tak lama lagi boleh la ganti Vanessa Mae. ihihi...


Tuesday, December 09, 2008

Bosan

Hari ni aku bosan gila. Aku tarak mood. Idea tak datang, malas melata dalam diri. Nak gi tengok wayang tapi tengah kerja. Nak kerja tapi nak tengok wayang.....camna tu.


Tadi konon aku main online game, Scramble. End up aku hangin dengan game nih. Aku jadi tambah stress plak....apa dah jadi nih.

Bila aku renung skrin, tak de satu pun terjadi. Skrin pun dah pandai buat muka bosan dengan aku....

Aku cuba pulak edit manuskrip yang tak berusik berminggu-minggu, aku jadi marah dengan karektor-karektor, rasa BODOH pula cerita aku ni. Sudahnya aku simpan lagi. Bila nanti datang mood aku edit lagi. Sekarang tak boleh nanti hancur jadinya.

Aku cuba pulak menulis di BLOG ni...ternyata aku tak de mood, hanya jari-2 ku saja kubiar mengetuk. SO kalau entry ni tak make sense jangan marah sebab memang aku tak gunakan kepala otak ku utk berfikir, ku serahkan pada 10 jari yang terus-terus mengetuk kekunci.

Dalam waktu-waktu macam ni la aku selalu tanya pada diri aku...KO NAK JADI APA ? aku tak punya jawapan, jari2 ku juga tak punya jawapan.

Sekarang jari-2 ku ini berhenti dari mahu menulis. Dia juga malas nak mengetuk mengeluarkan apa yang patut aku rasa. Dia marah sebab aku biarkan dia sendiri mengetuk.


Sudahnya jari telunjukku menekan butang PUBLISH POST. HABIS CERITA.

Hari Raya Qurban

Hari raya yang biasa saja...hujan sepanjang hari. Aku tak pegi tengok orang sembelih lembu seperti kebiasaanya sebab lepas solat raya kami terus ke PD, rumah mertua ku, memandangkan cuti yang singkat dan kami tidak mengambil cuti tambahan atas tugas-tugas yang banyak menanti...jadi mana mungkin mahu mengambil cuti....

Diet aku hancur lagi ahahahaha...hmmm sempena hari raya qurban ni, aku patut berkorban tidak makan :) ..

Tak pe, ku cuba lagi....

Thursday, December 04, 2008

Ngilu

Mataku memandang ke atas, mulutku ternganga luas. Bunyi mesin gerudi bingit mencucuh gigi-gigiku. Aku ngilu, badan aku keraskan, kaki aku terangkat-angkat tapi dia tetap terus mengerudi. Aduhaiiiiiiiiiiiii..........

Lama Gilak....

Wah....udah 2 minggu ngak ngeupdate blog .....soalnya laptop gue lagi sakit...di masukkin ke Unit Gawat muahahahaha...tapi sekarang udah baik ..bukan itu saja 2 minggu tu juga gue malas ngetip apa2..lagian ngak ada apa2 yang menarik mau di kongsi...sekitar kesibukan kerja yang biasa saja....

Bentar lagi mau ke Dentist...gigiku udah lobang2 semuanya....jadi pantas di tampel....klu ngak makannya jadi ngak enak sich.....Ya Ampun !!!