Thursday, April 30, 2009

Perkara Bodoh dan Memalukan....

Aku boring hari ni...so aku duduk diam-2 dan teringat satu kisah yang terjadi tahun lepas. Perkara ni memang memalukan.

Satu pagi aku bawak mak aku, 2 anak buah perempuan jalan-jalan. Tak de arah tujuan, aku biarkan je kaki ku menekan minyak kereta membawa kami ke mana2.

Kami sampai ke Kelang. Sebabkan jauh, aku berenti kat satu Mc Donalds outlet. Masa tu aku masih membeli di Mc D (sekarang aku malu nak masuk ke Mc D, sbb aku akan rasa betapa bacul dan lemahnya sekiranya setakat nak boycott Mc D tak kan aku tak leh buat).

Aku pun beratur dan setelah memesan air dan curly fries aku di minta tunggu sebentar. Aku pun pegi ke kaunter sebelah yang masih ditutup (pagi2 lagi...)

Kaunter sebelah seorang gadis cina sedang membuat pesanan, tiba-tiba aku terperasan yang aku tertinggal handphone kat kaunter tadi, dengan cepatnya aku cuba menyambar handphone tu membuat amoi tu terkejut badak lantas mengenggam erat handphone itu. Cashier dan beberapa orang pelanggan tergamam melihat drama tersebut.

"Itu saya punya handphone." kataku sambil buat muka bengang ngan amoi tu. Handpone cikai aku tu pun ko nak ke.....Amoi tu buat muka kat aku..menyirap lagi la aku.
"Ini saya punya la...." dia pulak menjawab. ewah....ewah..

Aku tak puas hati terus buka purse aku untuk membuktikan itu handphone aku, dan sambil terbeliak dan menelan air liur, handphone aku ada dalam tu.

Dengan segan aku berkata pada amoi itu, "Sorry aa, handphone serupa ma...."

Cashier tadi yang tergamam, menghulurkan curly fries yang masih panas, sambil tersengih memerli.

Aku yang kemaluan...terus berlalu sambil dalam hati.....apalah dosa aku pagi ni...uwaaaaaaaaaaaaaa....

Dalam kereta aku menceritakan apa yang terjadi...semua pakat gelak gila-2 kat aku...tiada simpati langsung....


...Ni yang buatkan aku nak pakai Iphone ni ....cheh

No comments: