Semalam, seperti hari2 minggu yang biasa aku ke Pasar Tani Shah Alam. Bukannya aku membeli sangat tapi aku suka suasana pagi yang berlatarbelakangan gelagat pengunjung dan peniaga. Di tengah-tengah lorong akan berderet peminta sedekah, samada yang buta menjual tisu atau dari rumah-rumah anak yatim....
Selalunya aku akan berlegar-legar di situ kurang lebih 1 jam. Pagi semalam aku beli nenas, sedap juga di buat gulai nenas...dah tu aku ke gerai menjual akhbar...tengok headlines suma rata-rata citer pasal perhimpunan mengegas kerajaan mansuhkan ISA....salute pada mereka yang berani berdepan dengan Polis Raja Di Malaysia......seperti selalu aku angkut few papers....so that nanti lepas aku masak i have some readings to do-- especially bab gossip ahaha aku malas nak layan berita utama sebab sama je...aku pun nak belah la...tapi mata aku tertangkap seorang Makcik buta di satu sudut...aku menghampiri dia, salam dan tinggalkan sikit wang.
"Anak , tempat ayam mana ?" dalam hati aku ingat makcik ni nak suh aku beli ayam....
"Aku cakap, kat depan sana makcik ? Kenapa ?"
"Makcik nak pegi sana la ...."
"owh...boleh saya tolong bawakan..."
"Terima kasih banyak Nak....."
Aku memimpin tangan dia, dan sambil berjalan itu kami bersembang-2. Aku dapati Makcik itu datang dari Loke Yew dengan teksi. Dia datang mencari rezeki.
"Kat tempat ayam ni ramai sikit nak....Makcik nak cari rezeki halal...."
"Insya Allah makcik...moga hari ni Allah akan kurniakan makcik rezeki yang banyak.."
"Ye...terima kasih nak..yang penting kita jaga solat....Allah akan bersama orang yang ingat padaNya.."
Aku mengangguk2.
"Dah sampai ni makcik...."
Kami berenti di tengah2 lorong yang sibuk...aku memegang beg dia sambil dia membuka kerusi lipatnya.
"Terima kasih ye nak tolong makcik......"
"Sama2 makcik." Kami bersalaman sekali lagi dan dalam hati aku sempat berdoa moga Allah kurniakan makcik ini rezeki hari ni. Hatiku tiba-2 menjadi sayu. Aku seka air mata sambil berjalan perlahan2.
Selepas ini bila mana kita di pasar-2 malam atau pasar tani, berilah sedikit perhatian pada mereka...mudah2an syaitan tidak membisikan ke telinga kita untuk tidak mengeluarkan sedikit wang. dan Moga Allah meringankan tangan ku untuk sentiasa memberi walaupun sedikit...Amin...
No comments:
Post a Comment