Tuesday, November 10, 2009

Kena Tahan

Cerita pasal kena tahan ngan polis, aku ada banyak kes-kes yang bodo-bodo.

First incident (tak ingat bila tapi masa tu aku masih sangat muda) masa aku pi amik adik aku kat Pudu. Pagi-pagi buta aku and ayah pi la membelah kota, sampai kat satu tempat yang tak boleh u-turn, aku di arahkan untuk u-turn juga.
"Tapi sini mana buleh U-turn"
"Tak pa..polis suma dok tidok lagi" selamba ayah ku membalas.

Aku pun apa lagi, kang membantah di caj anak derhaka kan...elok je aku u-turn polis sudah baik punya tahan...
"Alamak, camna ni Ayah ?" aku panik sebab aku memang tak dak Lesen. muahahah..kira pemandu haram le time tu.
"Relax, ayah tau la nak settle..." so ayah sudah ayat baik punya aku dok sengap ja....polis tu pun gamaknya kesian dia lepaskan aku...selamat.

So aku pun terus gak memandu tanpa lesen ke sana ke mari dari selatan ke utara..dan selama tu aku tak pernah kena tahan. Tapi last-last aku gi gak amik lesen.

Incident kedua , sekitar 1998, aku kena tahan masa buat u-turn gak. Aku seriously tak nampak no u-turn sign and bukannya fes time aku buat gitu, dah bertime-time so aku kira halal la kan.
"Awak tak nampak ke tak leh u-turn ?"
"Baru letak ke Encik ?" serious aku tanya aku tak gurau senda masa tu ok...
"Dah lama dah..."
"Ye ke..saya selalu buat ok je..."
"Aaaa hari ni awak buat tak ok.." ek ene kerek plak, "Bak lesen" sambung dia.
Lesen aku dah mati lama tapi bab-bab nak renew lesen amatlah malasnya, aku biarkan je...bila dia tanya aku terus buat-buat bukak purse aku...
"Alamak...mana pulak lesen saya ni..." polis tu dah muka cuak...
"Ni nak kena saman ni..."
"Ala jangan la...tolong la saya...saya tak buat dah..ni lesen saya mesti tinggal kat mana2 ni Encik." aku buat muka sedih...polis tu gamaknya malas nak layan aku, dia lepas aku.

Incident ke-3 setahun dua yang lepas.
Aku tak pakai seat belt. Kena tahan. Lesen pun tak renew.
"Lesen"
Aku selamba hulur MyKad.
"Saya nak Lesen."
"Semua dalam tu Encik." Polis tu renung aku. "Kerja mana ?"
"Saya meniaga kecil2 je kat Pasar Malam."
"Suami ?"
"Pun sama Encik" aku buat muka sedih dan tidak berduit.
"Jalanlah....tapi jangan lupa pakai seat belt"

Heheheheh lepas lagi....

Incident ke 4 (bawah jambatan - aku U-turn salah lagi)
Aku nampak road block, tapi aku dah termasuk jalan tu..so buat selamba je la kan.
"Lesen" aku tengok polis yang tak tahan tak pakai badge, name tag pun tak de.
Aku bagi MyKad lagi...as usual masa aku kena tahan masa tu la aku tak renew lesen lagi.
"Ok saya check , kalau lesen awak tak de or mati saya antar saman ..."
"Tak kisah la encik, check la....lagipun encik ni main2 tahan orang siap bukak badge and name tag pun tak pakai...kot nanti saya buat aduan pulak..." polis tu terkejut akan keceluparan mulut aku.
"Jalan..." hahahah dia terus suruh aku blah tanpa buat apa2.

Incident terakhir (baru2 ni kat Putrajaya)
Tak pakai seat belt and talking on the phone (lesen mati gak). Masa ni patrol car siap bukak siren suruh aku berenti.....
"Assalamualaikum Encik."
"Waalaikumsalam."
"Saya tau saya salah Encik. Saya minta maaf sangat."
Polis tu tengok aku.
"Saya terpaksa jawab sebab orang Kementerian Pertanian telefon saya..." aku tipu..ahahhaha
"Emm...lain kali jangan buat lagi ye. Nak cakap telefon berenti kat tepi jalan. Dan pakai seat belt tu"
Aku lepas lagi, kali ni tak payah tunjuk lesen ahahahahha.....

Setakat ni aku bernasib baik la.....esok lusa aku tak tau...makanya aku kena renew lesen sebab dah mati lagi...emm dah setahun lebih....aduh.....malasnya.....

Nota : kalau anda seorang Polis dan membaca post ni...jangan tahan saya ok....esok saya gi renew !

5 comments:

Naz in Norway said...

Haha! memang tak makan saman!
opps...my driving license pun dah kiok last month ;)

Nisyah said...

Pi renew lekaih....sat ni kena saman naya !

Naz in Norway said...

Classic lah....the pot calling the kettle black...huhu!
OK, siapa renew lambat kena belanja makan. Jadik? :p

Nisyah said...

On....samada u mai balik sini or i pi sana..ahahahahah...siap kompang aaa...;)

Naz in Norway said...

Nen,
I balik sana dah tentu dah...in three weeks' time...haha!
So you are really not that safe, you know :D