Thursday, February 28, 2008

Pilihanraya Umum 12 - 2008

Sekarang ni mana-2 sibuk bercerita pasal PRU 12...makin hangat malatops, yang penting kali ni kita kasi buat kejutan, so yang dah lama dan tak relevant tu please la..cukup2 la menipu ....

ni aku share satu puisi dari siapa aku tak tahu, i got from a circulated email (kpd pencipta puisi ini jangan saman saya ye...saya hanya nak war-warkan)

Kuliah agama takde lagi
Dikir Barat hingga pagi
Sure Heboh tiap negeri
Mufti yang tegur dimaki
Kes bunuh hari-hari
Rompak, ragut makin menjadi
Aurat tak peduli
Termasuk bini menteri
Hukum hudud dicaci
Hukum penjajah dijunjung tinggi
Ulama dimaki
Penyanyi disanjungi
Pejuang Islam digari
Bapa Rasuah dipuji
Ini ialah Islam Hadhari
Tajaan Pak Lah Badawi
Al Gazali dicari
Mawi ditemui!
Fikir-fikirlah bila mengundi
Sebelah sana atau sebelah sini
Ingatlah janji di Azali

Self Workout

Last sunday aku sambar one of Kathy Smith's workout dvd...ULTIMATE SCULPT MATRIX METHOD , dengar pun dah gerun ihihihi...i only got the chance to work it out yesterday. So petang tu dengan semangat penuh waja ok pun on my workout attire ikut la si Kathy Smith ni, tak sampai 10 min aku dah tercungap.......adusssssssss it's either aku dah terlalu lama tak workout (1 1/2 bulan di sbbkan sebab2 yang tak dapat di elakkan..hmm again another excuse !) or umur yang makin bertambah(serious aku dah masuk kumpulan late 30's ni huish) dan yang pasti lemak2 yang dah makin sedap membiak dalam tubuhku ini sedang merontak kesakitan...adusssssssssss

Saturday, February 23, 2008

Wireless Internet Connection

Tak semena-mena aku buat kerja kat rumah malam kelmarin tiba2 ada WIFI free ..hehehe so now i can connect from rumah je..harus tak payah masuk opis klu camni.

Few months back aku cadang nak install streamxy kat rumah, and aku pun tepon la TM..first thing aku nak kena pasang tepon dulu since aku pindah rumah baru aku pun nak transfer je la line tepon dari rumah lama, so minah tu cakap nanti akan ada orang TM call to get details within 3 days..aku tunggu punya tunggu sampai kat sebulan, since aku sibuk i just forget bout it till aku call semula tanya pe cerita...dia check2 nombor rumah aku takde..siut abis tu aku ni dok kat alam maya ke chis...pastu aku sudah panas hati bila budak TM tu suh aku check ngan neighbour mana yang dah ada tepon..what the hell with you guys kat TM this is so ridiculous...ade ke aku kena check satu2..gila hapeeee ingat ada sebijik dua je ke rumah....berderet beb..apa lagi aku hamun la budak tu....then dia ckp dia akan check and anto technician...to cut a long story short, after a few days aku terima one call lagi memaklumkan kat kawasan aku tu tak de tiang tepon....just imagine tak de tiang tepon...siut....dah 50 tahun merdeka tu...so stupid kan kan....
so terpendam la hasrat aku nak pasang streamxy...tapi now biar le aku pakai hat yang free ni selagi orang tu bagi ihihi...to that one person tq v much..

Thursday, February 14, 2008

Bunga2an







Percubaan aku menanam dan merawat bunga. Hidup lagi semua pokok2 tu. La ni dah keluar banyak anak bunga. Alhamdulillah. Boleh la aku start on a new hobby, la ni pun dah berjinak2 dengan pokok2 ni. Syok gak. Tengok bunga2 berkembang. Cantik bukan ? ihihihi

Tuesday, February 12, 2008

Telinga Keling @ Cuk Niram

Ini satu kuih tradisional di beri nama Telinga Keling atau Cuk Niram panggilan orang belah utara. Kuih ni dibuat dari tepung beras dan ayer gula merah. Resipinya aku tak de la tapi aku nak ceritakan keenakan kuih ni. Kuih ni paling best klu beli kat Changkat Jering. Depa juai tepi-tepi jalan, goreng tang tu...klu p beli masa tengah hangat dia punya garing dan rangup tak hengat... memang besh sangat. La ni kuih ni boleh dapat kat pasar2 malam tapi aku rasa tak leh beat kat Changkat Jering....hai bila la nak p beli lagi....

baru lepas kena gigit.....sedap...sedap....

Doris Day - Que Sera Sera (Great Video)

Semalam masa tengah drive dengar KLFM - KLKL (Kenangan Lalu KL) and they played this song. Somehow aku teringat waktu budak2, i used to sang this song and mak pun akan join sekali. Hmmm .....

Friday, February 01, 2008