Wednesday, December 24, 2008

PAU

Kemarin dulu aku makan pau. Pau sadin. Altho not very much a pau lover, aku makan hari tu sbb aku tak tau nak makan apa...

Semalam aku ada terbaca dalam Travel section of NST. Tajuknya kurang lebih Peel or Not To Peel.

Satu soalan .. kome makan pau , kome siat tak kulit luor dia ?
Jawab ku : Aku siat.
Reason : Sbb aku di ajor oleh mak aku cara makannya camtu, and tak pernah le aku terpikir nak tanya apa ke pasalnya.

So semalam this article telah menjawab kemusykilan aku setiap kali aku menyiat kulit pau.

Menurut writer tu; masa zaman2 dulu, pau-2 yang dah di susun atas lengat(pengukus) buluh tu akan di spray air untuk kekalkan kelembaban b4 distimkan sampai gebu. Oleh kerana zaman tu teknologi WATER SPRAY tak de lagi, apa mereka buat adalah... MENGISI AIR DALAM MULUT DAN MENYEMPROTKAN SEMBURAN MELALUINYA...

Nah...itu la reason why kena siat kulit tu...

Yuewwwwwwwwwwwwwwwww........

so lepas ni terpulang la pada anda2 semua sama ada untuk SIAT atau TAK SIAT....

Friday, December 19, 2008

Semasa Membesar

Malam semalam while lepakking atas katil menunggu mata tutup otak aku teringat nama-nama kelas dari darjah 1-6, form 1 - 5

SEKOLAH SRI PETALING, PETALING JAYA
Darjah 1 Mawar 1980
Darjah 2 Mawar 1981
Darjah 3 Mawar 1982 **tak sure sgt
Darjah 4 Kenanga 1983 **tak sure sgt
Darjah 5 Tanjung 1984; Pn. Nik Abdah; suka cikgu ni cantik and wangi je..
Darjah 6 Melati 1985; En. Khairuddin Ayip, penulis novel. Pernah angin ngan dia sbb pakai
watercolor warna biru aku sampai abis satu tube.

SEKOLAH MENENGAH (P) SRI AMAN, PETALING JAYA
Form 1 Biru ; 1986 ; Pn. Jawaheriah aka Jawa
Form 2 Biru; 1987 ;
Form 3 Biru; 1988 ; Pn. Lili; cousin aku...cuak jek.
Form 4Sc Jingga 1989 ;
Form 5 Sc Jingga 1990; Mrs Lee; cikgu paling sempoi....ajor biology and aku pun suka buat
experiment tidology ihihih


Aku teringat semula kawan-kawan dan cikgu-cikgu dari zaman kecik sampai la aku abis SPM. Kenakalan yang aku n kawan2 buat. Denda yang di kenakan. Balingan buku oleh cikgu bila tak puas hati ngan kerja (esp bab lukis peta). Kejar budak pompuan masa darjah 6 sebab aku tak puas hati dia dok main susun2 rubber(susun jadi ruang2 dalam rumah, dapur la, bilik tidur la...apa kes kan) ...and masa aku buat form 6 kat boys school, aku plak yang kena kejar sbbnya aku dok gelak kat satu budak lower forms la, dia angin , apa lagi...dia kejo aku satu sekolah...hahahaha...hai macam-2 lagi lah....

Mana la semua cikgu-2 n kawan2 tu suma....agaknya semalam ada gak yang mengenang kisah silam cam aku ek...ntah le..

Kain Jemuran



"Erni angkat kain jemuran...hujan dah turun."


Sunday, December 14, 2008

Keutamaan Menjaga Gigi

First thing kita buat bila bangun tido mestilah GOSOK GIGI. Korang ada berus gigi ini hari ? Kalau ada bagus... kalu tak...korang baca ni

Ini pengalaman aku.

Masa kecik-kecik dulu aku cukup tak suka gosok gigi. Jangan tekejut or gelak or ada prasangka buruk. I'm being honest here ! Mak aku paling hangin klu aku tak gosok gigi. I dunno why but rasa best plak tak gosok gigi..kadang tu sampai tengahari... it may seem gross to someone but as for me having breakfast tanpa gosok gigi sedap ooo ahahahahahah....

Okeh..bila masuk Primary School... ada benda yang menakutkan aku. Bila nampak nurse dari Klinik Gigi jalan dengan penuh gayanya kat koridor aku suda kecut perut. Dalam hati berkata-kata, 'janganlah ko masuk kelas ni....jalan terus jalan terus..' tapi dia masuk kelas. Dan dengan matanya yang bersinar-sinar sambil memegang kad Hijau, dia akan memanggil nama-nama...aku tau suma budak pun kecut perut. huhuhu...and 'Noorinnisyah........' huuuuuuuuuu dengan kaki lemah longlai aku turun ikut dia. Duduk atas kerusi aku di grill dengan penuh semangat oleh si Dentist. Sakitnya..... hanya Tuhan je yang tahu..nak je aku tendang Dentist tu dengan kaki budak aku masa tu... so this routine akan berjalan sampai la aku darjah 6. Habis darjah 6 aku tak masuk2 klinik gigi sampai lah aku berumur 25-26 camtu...aku gi klinik dengan feeling yang tak best dan terpaksa...sekali lagi aku trauma bila doktor tu merentap gigi geraham aku....sekali lagi aku rasa nak tendang dentist tu....

Aku rasa ini suma akibat peel aku tak suka berus gigi masa kecik.... now aku suffer gigi yang berlobang-lobang. Kini aku sudah jadi pengunjung tetap Klinik gigi yang aku benci... Satu benda aku rasa berbeza now and then adalah treatment is not a torture anymore....rasa sakit n ngilu dah tak ada terasa sangat...just imagine aku yang penakut ni dah pernah buat ROOT CANAL...kira dasat la tu....

Now once a while aku gi buat SCALING...



..... dan inilah hasilnya....gigi depan mmg nampak cantik kan
kalu aku buka mulut luas2 huh.....ROMPONG ahahaha...

Dah baca entry ni...anak2 sekelian rajin2 la gosok gigi..jangan jadi macam Wancik ni !!!!

Saturday, December 13, 2008

Rover Track - FRIM

Sabtu pagi aku mencuba off road cycling. Gila BEST ! Location FRIM- track : Rover. Utk novice cyclist cam aku ni ok lah kot...dapat gak la aku kerabat naik bukit2 tu walaupun ada gak slope2 yang tak lepas... aku tolak je basikal tu...Mak tak larat nok.....jantung nak pecah !!!...

Dah few month gak brader aku ngajak tapi ada je halangan. Awal2 tu suspen gak, paling ngeri klu aku tergolek dok masuk gaung...sakit oooo....tapi semangat yang diberi Kak Ani and Chik serta Haziq (off track champ ihihi) dan Firah...aku pun abis gak satu round.


Ini map aku cilok dari FRIM website. So klu korang nak gi tak yah nak study map bagai..konsep yang best adalah BELASAH je....takkan nak sesat, paling2 ko end up either kat Sg. Buloh, or Selayang atopun Kepong...takdenya nak sesat sampai ke Kampuchea.

Track2 lain yang lebih mencabar ada gak, nak masuk trail tu klu dah terror cam brader aku boleh layan klu tak main kat Rover sudah cukup.




Baru sampai... angkut basikal kluar kete, pasang tayar. Tu suma kije brader aku.



One of the stop area kat Rover Track. Seen here future off-road champions, Haziq an Fira.



Kak Ani sempat berposing. Track ni aku tak tau namanya, after finishing one round of Rover Track kami hayun sini plak. Track ni susah for me as a first timer. Jalan banyak batu2 and tak sekata. Peluang tergolek gaung amat cerah. Ada berani ??



Fear Factor Family.
Brader aku yang mat motor, mat off road , mat race dan segala macam mat lagi.
Kak Ani, the only Malay off-road cyclist aku nampak kat Rover Track. Cayoks.
Haziq n Fira - tak letih-letih ke ? Klu turun bukit....fuhhhhhh berdesup peginya.




Akhir sekali...aku yang termengah-2...tayar tak pancit aku yang pancit. HAHAHA
tapi aku tak serik...minggu depan kita bertemu lagi...tapi aku nak masuk Canopy Walkway plak..so wait for my next entry

Wednesday, December 10, 2008

Kata-2 ku....

Hidup ini berbagai ragam, nasib dan dugaan bermacam-macam,

hidup yang tidak punya gelombang adalah seperti bunga plastik yang tidak berbau.

Hidup mesti ada dramanya. Baru indah.




HAPPY BIRTHDAY NURLIYANA ZAFIRA



1 Disember, Fira 10 tahun. Sorry wancik lambat post entry ni.

Fira kena makan banyak sikit ok. Nanti tak larat nak naik basikal. Ya...budak ni nampak je cekeding tapi kalu naik basikal, satu FRIM dia leh hayun. Satu lagi dia ni la suara SU dalam siri kartun DANIAL. Firah juga boleh main violin, tak lama lagi boleh la ganti Vanessa Mae. ihihi...


Tuesday, December 09, 2008

Bosan

Hari ni aku bosan gila. Aku tarak mood. Idea tak datang, malas melata dalam diri. Nak gi tengok wayang tapi tengah kerja. Nak kerja tapi nak tengok wayang.....camna tu.


Tadi konon aku main online game, Scramble. End up aku hangin dengan game nih. Aku jadi tambah stress plak....apa dah jadi nih.

Bila aku renung skrin, tak de satu pun terjadi. Skrin pun dah pandai buat muka bosan dengan aku....

Aku cuba pulak edit manuskrip yang tak berusik berminggu-minggu, aku jadi marah dengan karektor-karektor, rasa BODOH pula cerita aku ni. Sudahnya aku simpan lagi. Bila nanti datang mood aku edit lagi. Sekarang tak boleh nanti hancur jadinya.

Aku cuba pulak menulis di BLOG ni...ternyata aku tak de mood, hanya jari-2 ku saja kubiar mengetuk. SO kalau entry ni tak make sense jangan marah sebab memang aku tak gunakan kepala otak ku utk berfikir, ku serahkan pada 10 jari yang terus-terus mengetuk kekunci.

Dalam waktu-waktu macam ni la aku selalu tanya pada diri aku...KO NAK JADI APA ? aku tak punya jawapan, jari2 ku juga tak punya jawapan.

Sekarang jari-2 ku ini berhenti dari mahu menulis. Dia juga malas nak mengetuk mengeluarkan apa yang patut aku rasa. Dia marah sebab aku biarkan dia sendiri mengetuk.


Sudahnya jari telunjukku menekan butang PUBLISH POST. HABIS CERITA.

Hari Raya Qurban

Hari raya yang biasa saja...hujan sepanjang hari. Aku tak pegi tengok orang sembelih lembu seperti kebiasaanya sebab lepas solat raya kami terus ke PD, rumah mertua ku, memandangkan cuti yang singkat dan kami tidak mengambil cuti tambahan atas tugas-tugas yang banyak menanti...jadi mana mungkin mahu mengambil cuti....

Diet aku hancur lagi ahahahaha...hmmm sempena hari raya qurban ni, aku patut berkorban tidak makan :) ..

Tak pe, ku cuba lagi....

Thursday, December 04, 2008

Ngilu

Mataku memandang ke atas, mulutku ternganga luas. Bunyi mesin gerudi bingit mencucuh gigi-gigiku. Aku ngilu, badan aku keraskan, kaki aku terangkat-angkat tapi dia tetap terus mengerudi. Aduhaiiiiiiiiiiiii..........

Lama Gilak....

Wah....udah 2 minggu ngak ngeupdate blog .....soalnya laptop gue lagi sakit...di masukkin ke Unit Gawat muahahahaha...tapi sekarang udah baik ..bukan itu saja 2 minggu tu juga gue malas ngetip apa2..lagian ngak ada apa2 yang menarik mau di kongsi...sekitar kesibukan kerja yang biasa saja....

Bentar lagi mau ke Dentist...gigiku udah lobang2 semuanya....jadi pantas di tampel....klu ngak makannya jadi ngak enak sich.....Ya Ampun !!!

Monday, November 17, 2008

My Sunday Plak.....

Aku tengok bobdanial's blog (my dearest la...) his sunday mmg rileks gila, aku plak

Minggu yang tak ke pasar
6.00 bangun
6.30 basuh baju, basuh pinggan2, menyapu, mengemop
8.00 sidai baju and masuk plak 2nd load
8.15 gi kedai beli paper, n cari breakfast (klu rajin buat la nasi goreng ke cucur ke)
8.45 siapkan breakfast (klu kena goreng kuetiau ke apa ke)...
9.00 sidai baju yang 2nd load...
10-11 baca paper, time ni che abang baru nak bfast
11-noon masak
2.00 mandi n solat
2.30-5 relax ; baca buku, tengok tv or take a short nap or lunch yang dah sangat lewat sbbkan
bfast yang dah lambat
5.15 turun angkat kain di jemuran, lipat kain, simpan dalam cabinet
6.00-8.00 tengok tv, or menung; maghrib
8.15 prepare dinner, makan and basuh pinggan, kemas dapur..(klu hubby kenyang lagi aku
paksa gak ihihihi....apa2 pun before 9 dapur dan dewan makan tutup ye...lepas waktu itu
self service)
9-10.30 tengok tv
10.30 Tidor

Minggu ke pasar

5.30 bangun, siap2 masuk kain dalam washing machine
6.45 sidai baju
7.00 keluar gi pasar tani
8.00 sampai rumah, prepare breakfast..
8.15 siang ikan, ayam, simpan2 barang2 yang di beli kat pasar
9.30 baca paper jap
--- the routine continue cam kat atas

WAH..betapa penuh dan padatnya activity during weekend...wat to do...

Good Mood

I am in a very good mood today...bukanlah nak kata aku ni selalu bad mood...tapi ntah la dalam hati ni rasa seronok je...tak tau kenapa...tapi seronok...seronok for no particular reason...

Friday, November 14, 2008

Cepatnya...

Aik cepatnya dah Jumaat...rasanya penat weekend lepas tak abis lagi dah datang weekend yang baru...

Betapa pantasnya masa berlalu sekarang ye.... Makanya, adakah ini bermakna ;

a) dunia ini berputar semakin cepat ?
b) aku semakin dekat dengan kematian ?
c) kiamat semakin hampir ?
d) aku dah bersedia ?

Hmmm.....dan masih lagi banyak perkara yang berlalu tanpa ada pengisian.....

Tuesday, November 11, 2008

Floating Market, Damnoen Saduak

Dapat la teman merasa kemeriahan Pasar Terapung, kami ke Damnoen Saduak, original floating market..dari hotel lebih kurang 1 jam perjalanan. Memang seronok tengok barang-barang yang di jual samada dari kedai2 yang di bina di tepi2 sungai atau pun dalam boat sendiri....



The boat



Seorang makcik peniaga buah-buahan



Boleh jem ooooo...



Goreng-goreng pun ada.... nampak tong gas tu...



















Ke Chaktuchak

Few months back, sebelum posa aku and few of my closest frens ke Bangkok... gambo2 ni aku capture masa aku nak ke Chaktuchak, sorang2...yang lain2 ke Wat apantah namanya tengok buddha....



simpang dari Hotel ke Victory Monument Station, ada la dalam 15 minit jalan



Victory Monument



People's Park




capture ni jek....malas nak ronda satu park...save energy nak berjalan kat Chaktuchak iihihi



salah satu pintu dari pintu-pintu masuk ke Chaktuchak..




Berenti Lagi.....

Aduhai....sorang lagi plak nak berenti...huh.....apa hal suma nak berenti ek....dengan ekonomi tak tentu hala sekarang...baik la dok dendiam...company bukan tak bayo gaji..on time lagi....ada bonus lagi...klu project siap on time akan di beri project bonus lagi....abis kenapa suma nak berenti nih ?

Pening kepala aku.....hai entahla......

Thursday, November 06, 2008

Aku Hanya Seorang Kuli

Ingat lagi satu entry pasal aku hangin dengan main contractor....

Aku hanya pekerja kecil yang keputusan aku tidak di ambil kira. Aku bersuara, suara aku di dengar tapi tidak diendahkan. Apa la gunanya bila berdegar-degar di canang di mana2 aku ni "partnernya" tapi realitinya aku tetap seorang pekerja yang harus ikut saja.

Sampai bila harus aku ikut saja ? Selagi mana aku bernama pekerja yang setiap bulan di bayar upah berupa gaji walau nama tercatat atas kertas seolah aku yang punya kompeni....

Hari ini aku ingatkan diriku....rupanya aku hanya seorang kuli .....

Kesian aku...

Semalam aku terkedu depan pc.....bila kena gelak dek sorang teman...betul2 aku terkedu...
tak de class sangat ke kalu beli barang kat PASAR TANI...

Aku tengok tak de cacat celanya barang beli kat PASAR TANI. Untuk middle class cam aku ni, ok saja..tak perlu barang-barang di boutique yang harga mahal melampau. Apa-apa yang di atas RM50 pada aku consider mahal. Contoh sehelai seluar; di PASAR TANI aku leh dapat RM45 (kalu tawar dia bagi RM43) , quality baik, kalu jaga boleh tahan 2-3 tahun. Untuk quality yang sama jika di beli di toko-2 besar, aku kena bayar dua kali atau tiga kali hanya untuk jenama / brand, Penting ke benda tu ? Tapi bagi mereka yang jaga penampilan mungkin benda ini penting, pada aku yang lebih utama adalah keselesaan, murah dan tak de nya orang nak check dengan menyelak seluar/skirt/baju brand apa ko pakai.

Tapi apa-apa pun ini semua pilihan, dan aku tidak peduli pun kalau orang tu nak beli kat mana...kalau yang mampu boleh la berbelanja di toko2 ternama, kalau yang biasa2 cam aku, PASAR TANI sudah cukup memadai....tak payah la kita ikut peribahasa BIAR PAPA ASAL BERGAYA.....yang penting hujung bulan aku tak pening dengan hutang2 bank yang berjela2.

Wednesday, November 05, 2008

Mana leh Lawan !!

Hari ni ada sorang lagi nak resign...pening la pula kepala aku. Project tengah banyak, dateline semakin hampir.

Adik yang nak berhenti ni aku mmg ada harapan besar kat dia. Masa aku interview aku terus suka and bila dia start kerja, apa yang aku expect dari dia sungguh terjadi. Dia ni rajin and berani. Satu lagi she's a fast learner. So tak de la aku banyak abis air liur mengajor....

Tapi sayang, after almost 1 and a half years, dia dapat offer dari JPA. Aku tak terkata apa. Sungguh aku rasa patah sebelah tangan. Tapi nak kata apa, co. ni kecik tak terlawan dengan offer kerajaan yang offer lebih skit. Tapi...ada tapinya...gomen tak leh lawan increment kami ! ahahahaha....

Satu lagi sayang, technical skill yang ada padanya takut tak di gunakan. Mostly Pegawai Sistem Maklumat yang aku jumpa di govt agency hanya evaluate tender, manage project, do paperwork, masuk meeting kluar meeting.

Tapi apa nak kata, maybe budak2 sekarang lebih suka pilih govt sebab stability, banyak benefit...ntah la...

Class Monitor

Masa aku form 4 aku jadi Assistant class monitor... and masa form 4 tu kami kena buat Choral Reading...and tahun tu tak dapat sambutan dari budak2 kelas..masa tu budak2 ni gila brutal...kira samseng jalanan la...ihihi now suma dah jadi orang, bagus bagus.....So dengan susah payahnya Monitor kami cuba gak coordinate Choral Reading ni...sian dia sampai nangis2...bila tiba hari persembahan separuh dari kelas tak datang...termasuk aku assistant class monitor...hahahaha...cikgu kami memang hangin gila masa tu...sebagai denda, hari isnin, lepas assembly, kami di suruh naik ke pentas dan buat Choral Reading tu, budak2 yang datang mmg jeling semacam je la kat kami...So dengan tepukan gemuruh kami naik ke pentas. Cikgu siap cakap, "Nilah pertama kali tiada semangat kerjasama..bla bla..."

Yang terkejutnya kami buat BEST....memang best....lirik tak lupa, action mantap...and siap bergegar dewan masa tu dek kerana tepukan gemuruh....cikgu2 lagi la angin ahahahahaha....

Naik form 5, di sebabkan sikap aku yang blues, aku di pilih jadi Class Monitor plak...lagi la budak2 naik syok...tak masuk kelas, aku tak carik....pegi recess dua kali (kami ada 2 kali recess satu junior , form 3/4 kot dan satu utk form 5) aku buat dunno, sampai cikgu tanya, "Noorin mana budak2 ni ?" Aku cakap , "Ntah..ada la, jap lagi naik ...." konsep aku senang...korang nak belajar , belajar..tak nak sudah....aku nak cari korang tak kuasa ..muahahahahaha....

Monday, November 03, 2008

Isnin Yang Biru

Isnin datang lagi..aduhai malasnya nak ke kantor. Andai je tak payah kerja tapi ada duit banyak dan boleh bersenang-senang... boleh aku bersantai setiap hari sambil minum air fresh oren di tepi kolam renang (citer melayu kan suka minum fresh oren ihihii)...hmmmm...

Aku di panggil ke alam realiti..stop berangan walaupun free ! ahahahaah..... Dari Saujana Utama ke rumah mak aku , anto barang2 dulu then terus ke KL. Ok la hiway tak jem...kira aku bole bawak dengan selesa. Parking kat Hotel Midah kena RM5, ok la dari kat tempat Keling dah la open dia caj aku Rm8....cheh...

Aku hari ni whole day kat Koperasi Polis... bangunan ni lebih tua dari aku, dan sistem yang mereka pakai pun dah wujud masa aku 5 tahun...serious nih...aku bukan nak kutuk tapi tulah namanya jimat ! Tak merugikan duit tuko sistem..bagus2...tapi now mereka dlm proses tukar sistem baru, ye lakan orang suma dah web deme masih pakai dumb terminal...zaman dah berubah..sistem pun kena la berubah....

So hari ni aku main ngan data je...walaupun aku masih rasa biol lagi disebabkan hujung minggu aku yang aku gunakan sebaik mungkin...aku tak buat hapa 2 hari.. serious tak de buat apa..syok gila...Sambil2 migrate and convert data, aku check status project lain, via YM jek...ahahah aku rasa budak2 ingat aku chatting la...tapi weh aku tengah kerja ok.

Balik keje hujan....Alhamdulillah dah lama tak hujan. Lebat jugak. Jalan tak jem, mau tak aku ikut TOL...ahaha so mestila tak jem...klu ikut Federal mau tersangkut2...

Kira Isnin aku ni tak le se biru mana...masih oke lagi...masih tenang lagi. Esok aku kena gi Melaka...malasnya...tapi tak pe...mana tau kot2 aku dapat title Datuk plak ahahahaha....

Saturday, November 01, 2008

Kompang Di Palu, Pengantin Duduk Malu


Setiap kalu klu aku dengar bunyi kompang mesti tetiba ada rasa sedih terselit di sanubari. Kenapa ? Aku pun tak leh nak explain kenapa.

Mungkin ;-
  • org pompuan cam aku dah jadi isteri; bererti aku tak boleh nak mengarut tak tentu hala..muahahaha
  • hari tu di sambut meriah, tapi apakah hari-2 yang akan kita lalui bersama-2 pasangan sentiasa meriah, biasa la hidup rumahtangga mesti ada pasang surutnya, ada gaduh dan selisih fahamnya.
  • aku merasakan kesedihan mak aku, ketika mana anak yang dulu dalam kandungannya, di jaga , di susui dan di belai penuh kasih akan diserahkan pula pada seseorang.huk sedih ...
Entoh la.... but this feeling hanya wujud lepas aku naik pelamin 7 tahun lalu. Dan setiap kalu aku attend kenduri kawin, orang lain happy dengo kompang aku plak sedih. Biol tul. Korang nak cakap aku feeling terlebih cakap la..tapi tu la yang aku rasa. Dan aku akan tambah sedih klu kompang tu nanti berbunyi bilamana tiba masa aku akan menyerahkan anak aku tak kira la pompuan ke laki ke ke pasangannya.

Huk...huk ...huk...




Alamak ! Entry ni mengundang pertanyaan suami ku...Ada ke dia tanya "apasal Nen sedih ? Nen Tak suka ke kawin ngan Abang ?" .. yenadei !!! Cer cer baca betui2....





Lazatnya...Lasagna

Tadi buat lasagna...aku kalau di suruh buat lasagna ke spaghetti ke aku suka banget. Sebab ? Senang. Ya, serious senang. Sebab pakai ready made sos jek. Tu la pasal senang. OK now for the recipe.

Lasagna or lazatnya punya recipe ni aku main boh je yek. Tapi ok la untuk aku makan tak de la sampai termuntah...cer korang cuba.




RECIPE :

1 box Lasagna sheet (tengok kat kotak, klu instant tak payah rebus..klu tak kena rebus cam kita rebus spaghetti)
Mozzarella cheese
Tomato Sos.

2 tin sos Prego
1 tin button mushroom - slice nipis2

500g daging - di cincang halus
1 biji bawang beso (kuning) - potong cube

1-2 sb olive oil or minyak jetun

- Tumis bawang dalam minyak olive , biar layu skit
- Masuk daging, masak sampai daging tu tukar warna
- masuk mushroom
- masuk sos Prego
- masuk 2-3 sb cili sos
- masuk 2 sudu makan gula - optional siapa suka masam tak yah campo dah

Bechamel sos or White Sos

50 g butter
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan susu , or klu tak nak; stock sayur or stock ayam oso can

- Melt butter
- Bila dah cair masuk gandum dan guna hand whisker, blend well
- Campur susu, and whisk making sure tarak ketul2
- Sos ni pekat


Assemble :

- Dalam ovenproof dish, masukkan skit sos tomato
- Lay lasagna sheet sampai cover dish tu, tuangkan sos tomato, sos bechamel dan cheese, lapiskan berselang-seli dengan lasagna sheet. Last layer (yang atas sekali) cover dengan lasagna sheet dan bechamel sos serta cheese. Letak skit butter di atas dan bakar 180 C untuk 30 minit.

Friday, October 31, 2008

Hangin .....

Apa perasaannya kalau apa yang kita dah rancang cantek untuk satu projek tiba-2 di ganggu orang. Hangin satu badan kan. Itu yang aku rasa.... Kemarahan aku ni start minggu lepas lagi.
My Main Contractor sudah pakat ngan 3rd party untuk satu portion of the project. Yang menambah api kemarahan tu sbb dah la tak bagi tau plan tu...alih2 suh 3rd party tu discuss ngan aku plak. Dah aku citer baik punya tetiba budak tu bukak mulut.

Pada aku main con aku ni tak jujur. Dan aku paling tak suka kerja dengan orang yang tak jujur. Huh.....

Aku terus buat decision to stop development of the other portion. Emotional ke aku ? Am i not doing the right decision. The fact aku tak mo continue adalah sekali orang dah kencing ngan aku camni, selamanya la aku tak percaya. Aku lebih suka concentrate dengan project2 yang lebih tinggi priority and yang penting aku ada full control of it. Dan yang paling buat aku berani buat tindakan ini adalah kerana tiadanya apa2 contract antara kami dan the main contractor.

Now the other partner of the Main con tengah merayu for us to take back the project. Dan aku sangat kesian kat dia ni sbb orang lain berak bersepah dia kena cuci...Nasib badan....

Thursday, October 30, 2008

Bunga Pujaan Di Laman Encik Sabudin




Indah menawan memekar harum di taman
Kala melihat si kembang hati terpaut terasa aman
Warna-warni bak pelangi melakar di awanan
Sayangnya Jauh terperi tidak tercapai tangan
Si bunga pujaan setia menguntum memberi senyuman...





















Bunga-bungaan di sekitar Laman En. Sabudin

Indahnya...Andai Saja Aku di Sini....




I received one email from a dear cousin. Beautiful Iran. Look at the picture Subhanallah



kalu tinggal kat sini , i will never leave home lagi




nyamannya...tenteram..hati pasti berdamai..


hati kalau sedih dan gundah di tempat ini semua bisa di larikan ke gunung dan lurah.



walau disini aku bertapa, aku akan tetap bahagia...

Indah.....

2008 yang semakin hampir ditinggalkan...

Esok dah masuk bulan November. Tak lama lagi 2008 pun blah, masuk plak 2009. Hmmm setahun cepat betul berlalu. Apa yang aku dah accomplished sepanjang tahun ni, dan apa yang belum aku sempat buat yang patut aku buat dalam 2008.

Dari segi kerja, selama 10 bulan ni ada few projects aku handle and although awal2nya banyak hiccup , but gradually things are picking up. Tunggu for deployment je... and thru my experience masa deployment ni lah paling kalut. User nak itu ini yang dulu tak pernah pun di minta.

Dari segi masa untuk family plak; aku rasa tahun ni paling banyak aku lepak ngan mak but paling sikit masa aku have with my own husband. Tapi aku paham nature kerja dia...so aku pandai2 la bawak diri. Aku akan indulge myself either in reading a book or writing one.

Dari segi kesihatan; aku gi gym regularly and trying to stick to 4 days a week (trying hard to go 5 times tapi tak kesempatan huhuhuu). Sometimes ada gak hari aku saja malas !! hmm tak bagus tuh. Aku read somewhere one fitness guru, Bob Greene ada quote something like this, "Do exercise like you brushing your teeth every morning". Hmm...so its all about mindset. Personally i think exercising early in the morning put me on the go for the rest of the day. More alert, tak de rasa nak tido , and the best thing is aku rasa alive. So dulunya aku exercise sbb nak kurus, now aku exercise sebab aku feel good after it. Although aku tak lost weight (i gained ahahahah) but somehow it makes me happy, when happy i feel good when feel good i feel healthy....

Tinggal lebih kurang 60 hari jek...aku better catch up with all other things yang patut aku siapkan tahun ni....

Hari ni berlalu pergi menjadi kenangan
Esok datang hari baru bersama harapan

Senjakala Part II

Captured the sunset on the way from Melaka to PD...









all photos captured by Bob Danial

Monday, October 27, 2008

Magic Roaster

Last post aku ada ckp pasal Magic Roaster, here in this entry let me explain...

Ada 4 parts, kuali, grill rack, buffer and rotator...

Roaster ni senang di guna, letak je atas stove, si rotator ni berfungsi untuk men'distribute' heat sama rata ke atas grill. Drippings akan jatuh masuk dalam kuali dan menjamin kebersihan.

Korang boleh anggap post ni cam advertisement la...sbb klu sapa nak :) boleh contact Ms. SS or thru me saja...

Wa cakap mmg senang beb....yang di panggang di jamin enak....cubalah hari ini !!!!







Deepavali Weekend....

Baru jek sampei dari PD, dah masuk kain dalam washing machine aku dok melepak kat sofa, sekarang ni angin kuat saja kat area rumah aku, kalau main layang-layang cun gak...ada tu kat atas tapi malas di tambah aku bukan la seorang Kite Runner ihihi....

This weekend was a bit bz for me... yesterday , invited to Shari's open house... and since the rest of the gang dah mari ke tempat ni aku pun ajak ke rumah aku plak...so before ke rumah Shari aku siapkan dulu makanan; aku hanya buat ayam bakar, and spagetthi. The girls lepak till petang we had a good chat, talk bout life ..how to handle things and problems faced ...

Once depa balik aku clear up the mess and prepare dinner for my dearest husband plak.. tak de apa sgt aku just bakar ayam using my new toy...Magic Roaster...one cool invention...grill dok atas stove...so tak payah susah payah pakai arang bagai....

End Saturday nite with a good movie Kite Runner...there were a few scenes that my throat are tight and i felt a lump there, my heart sank for Hassan one of the character. Lepas dah abis filem tu aku makin bersemangat nak habiskan buku dia plak.

Esoknya, pagi2 went to Pasar Tani, get breakfast - kuetiau and kueh cara bakar. After bfast aku, husband and Piyan ke Melaka to attend a wedding...panasnya ya ampun nasib baiklah di buat dalam Grand Ballroom kat MITC so tak de la aku berpeluh2.....after that kami ke Mahkota Parade,jalan jem gila, manusia penuh merata-rata..sampai nak ke toilet pun kena beratur panjang ish.....membuatkan aku re-think balik was it a good idea klu nak retire kat Melaka...

Hmm abis dah satu weekend yang penuh warna warni, esok start kerja semula...duh ada presentation and aku tak sentuh sikit pun....nampaknya kena Menggoreng laaaaaaaaaaaaaa.....

Thursday, October 23, 2008

Handbag



Masa bosan tunggu traffic lite aku snap gambo handbag aku ... the inside of it. Basically aku campak semua benda dalam this cheap (really cheap RM10 jek) handbag. Altho cheap aku suka the design yang simple dan kelebaran tapaknya, (aku boleh masukkan tupperware makanan dan beberapa barang kering- sayur2, bawang, and newspaper kalu aku gi pasar tani).

Aku selalu tengok women with handbag. macam2 jenis and brand. Size and pattern. And always wonder what's inside it.



To Java or Not To Java

Aku paling phobia ngan JAVA...huih kepala hotak aku ni tak leh terima Java seadanya... CEO aku panggil pagi tadi ckp ada few opportunities but all in JAVA...hmm aku termanggu.

Ok altho now aku tak involve in the detail programming but still i need to manage...and to manage i must know the details..klu tak mati kena tipu jek...

So i gather my team...did some interview. The response was positive... when i asked them ready to Java, jawapannya "YO ISO LAHHHHHHHHHhh"...


yo wes !!!!

Genting Highlands


















Semalam aku pegi naik ke puncak....ada HRDF Conference...the view is more interesting than the talk ..absolutely...