Hari ni aku bosan gila. Aku tarak mood. Idea tak datang, malas melata dalam diri. Nak gi tengok wayang tapi tengah kerja. Nak kerja tapi nak tengok wayang.....camna tu.
Tadi konon aku main online game, Scramble. End up aku hangin dengan game nih. Aku jadi tambah stress plak....apa dah jadi nih.
Bila aku renung skrin, tak de satu pun terjadi. Skrin pun dah pandai buat muka bosan dengan aku....
Aku cuba pulak edit manuskrip yang tak berusik berminggu-minggu, aku jadi marah dengan karektor-karektor, rasa BODOH pula cerita aku ni. Sudahnya aku simpan lagi. Bila nanti datang mood aku edit lagi. Sekarang tak boleh nanti hancur jadinya.
Aku cuba pulak menulis di BLOG ni...ternyata aku tak de mood, hanya jari-2 ku saja kubiar mengetuk. SO kalau entry ni tak make sense jangan marah sebab memang aku tak gunakan kepala otak ku utk berfikir, ku serahkan pada 10 jari yang terus-terus mengetuk kekunci.
Dalam waktu-waktu macam ni la aku selalu tanya pada diri aku...KO NAK JADI APA ? aku tak punya jawapan, jari2 ku juga tak punya jawapan.
Sekarang jari-2 ku ini berhenti dari mahu menulis. Dia juga malas nak mengetuk mengeluarkan apa yang patut aku rasa. Dia marah sebab aku biarkan dia sendiri mengetuk.
Sudahnya jari telunjukku menekan butang PUBLISH POST. HABIS CERITA.
2 comments:
oooo...n3 ni jari yg buat..bukan otak kau..hmmm...hebat..ha ha ha.
ihihi...nak buat camna otak dia malas nak fikir...jawab si jari
Post a Comment