Wednesday, September 24, 2008

Ramadan yang akan ditinggalkan

24 hari sudah kita berpuasa, enam hari lagi berlalulah Ramadan meninggalkan kita. Sungguh beruntunglah mereka yang menghidupkan Ramadan dengan ibadah.

Aku merasa sayu mengenangkan apakah akan ada Ramadan untuk ku, atau inikah yang terakhir. Ku renung kembali, Ramadan kali ini lebih istimewa, Syukur padaMu Ya Allah. Ramadan kali ini aku menyambutnya di rumah Mak. Setiap hari berbuka di sana kecuali Sabtu dan Ahad.

Aku dapat bertarawih bersama Mak di surau walaupun tidak setiap hari atas keuzurannya.

Aku dapat melalui hari-hari yang melelahkan kerana urusan kerja yang menimbun dengan penuh rasa syukur dan nikmat yang Allah beri pada bulan Ramadan ini.

Sesungguhnya bulan Ramadan ini sangat istimewa, semoga aku tergolong dalam mereka yang mendapat keberkahannya. Mudah-mudahan.

No comments: