Tuesday, September 30, 2008

Best Friends....Last Forever....





Aku boleh di katakan orang yang tak punya ramai kawan....tapi aku ada kawan-kawan yang paling HEBAT....paling BEST .... paling HAPPENING...bukan pening tau ihihihi

Suzana : sweet, and adorable....dia ni tak suka gaduh-gaduh.....tapi aku paling suka buli dia sbb cam one way street, aku tak akan kena marah balik ihihhi....Miss Organiser, Miss Planner pun ye gak...apa2 kami nak buat dia akan plan and organise...so kerja kami jadi mudah ihihihi...good girl !!


SUZANA

Nur : agak ganas...suka berleter macam orang tua ihihi aku mesti kena ngan dia nanti...tapi she always gave the best advice....klu ada party2 Nur bawak cream puff yang gebu cam dia...sedap siut.....

Shari : paling kecik.....tapi paling banyak cakap..... bila dia cakap non-stop, so kami akan ANGGUK ANGGUK GELENG GELENG hihih....a mother to a 2 cute princess , bisnes woman yang berjaya....kira dia PALING KAYA la antara kami ihihihihi

Mimi : Super kalut.... suka buat orang terkejut dengan aksi spontan.....tapi she got the nicest and sweetest smile ...... a genuine smile.... and also a kind heart.....Mimi.....ko mesti suka nih !!!

Farha : the Brainy among us...opss its...Dr. Farha Naomi....ada PHd....boleh ckap bahasa melayu, english dan jepun (ada lain bahasa lagi ke ?) .... bila dia ckap jepun kami semua akan alih bahasa cam citer doremon la plak ihihihi ... dia suka explain to the detail.... sweet and slim (tapi kuat makan dowh.....) ...


Noorin : aku le...si CUTE ahahahahahhaah



NUR, MIMI, FARHA and SHARI (with Dania)

Monday, September 29, 2008

WFB 5454...










Sudah setahun lebih aku terpisah dengan kereta yang kuberi nama 5454 ni... kereta paling best, 10 tahun kami hidup bersama-sama, menghadapi segala suka duka kehidupan, menyusuri jalan-jalan di KL, PJ. Sama-sama sesak kat Jalan Tun Razak yang menyeksakan bila time nak pegi and balik kerja, sama-sama pegi shopping , kau gak la yang bawak aku pegi jumpa online boyfren aku, yang sekarang dah jadi suami aku....kau gak la yang tau suka duka aku, yang terpaksa dengar aku membebel bercerita tentang hari aku yang best dan tak best. Kau gak la yang terpaksa dengar aku maki kalau ada orang buat kurang ajar atas jalan raya. Kau gak la yang sama-sama pecut kejar siapa-siapa yang bawak kereta macam gampang. Kau memang best, dan aku terpaksa berpisah dengan kau sebab keuzuran kau.....tapi aku kadang menyesal sbb kau la paling senang nak maintain, paling2 pun tayar ko je selalu bagi aku problem.....dan kau mmg tak suka MANDI ihihihii......

Tapi tak apa lah, wahai kereta yang paling banyak berjasa pada aku....TERIMA KASIH atas semua pengorbanan kau. ADIOS BABEHHHHHHHHHHHH


p/s mana la kau sekarang...harap ko dapat owner yang baik cam aku, yang cute cam aku...dan paling penting yang HORMAT kau lebih dari sekadar KERETA.....ok baby !!!!

Ayah...Noorin Rindu Ayah

Tadi pagi masa tengah drive aku teringat Ayah. Hati tiba-tiba jadi sayu. Tak lama lagi Syawal menjelang, lebaran akan di sambut tanpa Ayah. Terkenang Ayah, airmata terus laju keluar. Aku hanya berani menangis mengenangkan Ayah pabila aku sendiri. Aku tidak bisa menumpahkannya ketika aku bersama Emak, bukan apa, aku harus kuat untuknya. Kalau aku sedih Emak tentulah lagi.


Di saat-saat Hari Raya, Ayahlah orang yang paling kalut. Dua tiga hari sebelumnya tentu dia sudah sibuk mencari daun palas. Ruang dapur akan jadi sangat kalut bila mana ayah mula membuat kelongsong ketupat palas.


Tiba hari masak, seperti biasa Mak dan aku akan sibuk memasak rendang dan lain-lainnya, Ayah pula dengan kain pelikat 3/4 dan singlet Pagodanya membuat ketupat palas. Dia akan sentiasa ingatkan Mak kalau pulut tu jangan lupa di taruh garam.


Selesai semuanya dia akan merebus ketupat palas dan selalunya dia akan pesan pada kami untuk menjaga air jangan sampai kering, pernah sekali Mak dan aku keluar entah ke mana, dan Ayah pula tertidur, balik-balik ketupatnya rentung....hihihi..sian Ayah.


Ayah, moga roh mu di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Moga kuburmu di luaskan dan ianya merupakan taman-2 syurga. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahku dan tempatkanlah dia bersama-2 orang yang Kau kasihi, Amin.

Sunday, September 28, 2008

Friday, September 26, 2008

Dunia Tiada Sempadan


Sarah danHuriyah


Memang canggih la sekarang ni, dengan teknologi yang sangat maju kita boleh berhubung antara satu sama lain. Tak kisah la duk kat ceruk mana, asalkan ada internet connection, jarak yang jauh terasa sangat dekat.

Tahun ni abang aku yang no 4, Malek dah ke Arab Saudi...satu keluarga kesana, mereka pergi seminggu sebelum puasa. Jadi tahun ni mmg sunyi la kami ketika lebaran menjelang.

Yang aku nak ceritakan adalah betapa kerinduan kami kepada mereka semua terubat bila kami dapat ber video chat ....dah la free , tu yang penting...budak2 tu semua teruja, aku pun sama la...




Hussien dan Sarah

Mood Raya

Hari ini aku menukar diriku masuk dalam Mood Hari Raya....soalnya aku penat dah dengan kerja-kerja yang menimbun tu....so dengan senang hati aku menukar mood , kerja akan aku pikir lepas raya saja .....

So hari ni aku hanya bersantai-santaian di depan komputer....melayani kawan-kawan ku chatting...menulis-nulis di blog ... dan memerhati dari bilikku, programmer2 yang masih tekun menyiapkan tugasan mereka. Aku hanya tersenyum melihat kesungguhan mereka, dan patutnya aku membekalkan mereka dengan HOMEWORK , sbb mereka budak baru konon aku nak dera perasaan mereka di hari raya...tapi aku sendiri tidak lagi siap design untuk di serahkan. Mana mungkin kalau aku dah tukar ke MOOD HARI RAYA....so untunglah mereka mereka yang bekerja di bawah pengawasan aku...AHAHAHAHA

Wednesday, September 24, 2008

Ramadan yang akan ditinggalkan

24 hari sudah kita berpuasa, enam hari lagi berlalulah Ramadan meninggalkan kita. Sungguh beruntunglah mereka yang menghidupkan Ramadan dengan ibadah.

Aku merasa sayu mengenangkan apakah akan ada Ramadan untuk ku, atau inikah yang terakhir. Ku renung kembali, Ramadan kali ini lebih istimewa, Syukur padaMu Ya Allah. Ramadan kali ini aku menyambutnya di rumah Mak. Setiap hari berbuka di sana kecuali Sabtu dan Ahad.

Aku dapat bertarawih bersama Mak di surau walaupun tidak setiap hari atas keuzurannya.

Aku dapat melalui hari-hari yang melelahkan kerana urusan kerja yang menimbun dengan penuh rasa syukur dan nikmat yang Allah beri pada bulan Ramadan ini.

Sesungguhnya bulan Ramadan ini sangat istimewa, semoga aku tergolong dalam mereka yang mendapat keberkahannya. Mudah-mudahan.

Takut

Pernah tidak anda menghadapi satu situasi di mana perasaan cemas mendahului fikiran dari berfikir dengan rational.

Semalam malam aku mengalami satu kejadian yang sangat menakutkan. Tidak dapat aku bayangkan sekiranya yang aku takuti itu terjadi. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana nanti hari-hari yang aku lewati sekiranya perkara itu terjadi semalam.

Mak, Mak yang aku sayangi terkulai jatuh dalam pangkuan aku. Dari jarak yang sangat-sangat dekat aku dapat melihat bagaimana saat-saat kematian. Sangat aku takut waktu itu. Aku tidak dapat berfikir apa waktu itu, cuma aku menyuruh Mak mengucap dan di mataku hanya membayangkan yang terburuk. Seluruh tubuhku mengeletar. Keadaan menjadi sangat kalut ketika itu.

Syukur pada ketika aku kaku untuk melakukan apa-apa, adik beradik ku dan suami ku cepat bertindak di waktu kecemasan itu. Cepat-cepat mereka menarik Mak dalam posisi duduk dan Alhamdulillah waktu itu pernafasannya menjadi lebih lancar. Kebimbangan dan ketakutan aku mula berkurang bila melihat Mak kembali membuka mata dan bernafas dalam keadaan normal.
Kegusaran kami semua menjadi lega pabila Mak dapat tersenyum kembali. Allah masih beri kami semua kesempatan bersama-sama Mak. Alhamdulillah ku ucap padamu Ya Rabbi. Sekiranya perkara yang takut untuk aku hadapi terjadi malam semalam , tidak aku tahu bagaimana rupanya hari ni.

Mak, kami semua sangat-sangat mencintai Mak. Pengorbanan Mak terhadap kami tidak dapat kami balasi dengan apa pun. Terlalu besar. Ampunilah anak-anak Mak yang banyak dosa ini. Ampunilah kami ketika kami lalai akan tanggungjawab kami. Ampunilah kami ketika kami berkata yang tidak enak terhadap mu. Sesungguhnya Mak lah PERMATA HATI kami yang tidak ternilai dengan satu apa pun di dunia ini.

Subhanallah Maha Suci Allah, aku bersyukur padaMu .

Tuesday, September 23, 2008

Kehidupan



Gambar ni aku rakam semasa percutian aku di Bangkok tak lama dulu. Apa yang buat aku terpikir adalah betapa hidup aku ni penuh kekalutan. Penuh mengejar masa, perlu menyiapkan perkara2 mengikut deadline yang ditentukan. Perlu bergegas pulang untuk tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Persoalannya apakah kehidupan seperti itu membawa kedamaian.

Tapi gambar ini menceritakan kehidupan yang 'simple', penuh kedamaian, tiada kekalutan, tiada mengejar dan dikejar. Betapa indahnya hidup ini sekiranya kita dapat menikmati setiap detik waktu dengan tiada rasa tertekan. Indahnya !....

New Look

Sempena hari raya, blog aku ni pun nak le di hias baru.

Aku nak yang simple, tak serabut, so this is what i came out with. Not too much, nothing fancy.

HAPPY BIRTHDAY MOHD DANIAL

Happy Birthday !! hari ni 23/09 birthday suamiku. Dah 36 tahun usianya. Dah 8 kali jugalah kami sambut birthdaynya bersama-sama.


So Happy Birthday Abang, moga sihat selalu, di rahmati Allah dan di berkati hidup dunia dan akhirat. Moga kita terus bersama-sama sambut birthday yang mendatang dalam keadaan yang penuh rasa kasih dan sayang. Moga juga kita terus bersama-sama melewati hari-hari dengan rasa syukur dan penuh rasa kehambaan terhadapNya.


Selalu Nen bake cake, tapi tahun ni belik je la eh ihihihi...tak sempat !!!! But weekend nanti kita gi cari present !!!!

Thursday, September 11, 2008

Kukur Kelapa

Pagi tadi, aku beli santan, while waiting for my santan to be ready aku dok ralit tengok kakak kedai tu belah kelapa. Tiba-tiba aku di bawa balik ke zaman kecil-kecil. Back then we used to buy buah kelapa and kukur sendiri. Ingat lagi Opah akan tetak kelapa tu and kami pakat tadah air tu, sometimes ada buah (or is it umbut kelapa tu...ni kena tanya mak aku) , Pah akan korek and aku suka gigit-gigit. Opah akan duk atas kukur kelapa...zaman sekarang dah tak de ...and dengan expertnya dia mengukur. kukur kelapa tu pulak di jadikan bahan permainan kami kecik2.....syok oo dok atas tu cam duk atas kuda, and Opah akan selalu suruh simpan, dia tak mau kami lasak atas kukur tu ihihi nanti dia tak leh kukur plak. Hmmm tapi zaman2 dulu mmg best lah...tak cam budak2 zaman sekarang....dulu semuanya simple...simple life , simple meal ..

Tuesday, September 09, 2008

7th Anniversary

8 September 2001, the day 7 years ago...today 8th September 2008...aku terlupa our wedding anniversary sampai la pagi tadi husband ku call and wished us happy anniversary...kami dua2 terlupa due to work commitment....off late we are both super bz and me yesterday kena ada kat Melaka for a kick off meeting.

7 great years !! Terima kasih Abang for 7 happy years. Macam-macam kita tempuh within the years, suka , duka, gelak dan tawa. Happy Anniversary Mohd Danial, my dearest husband...thanks for being such a wonderful life partner. Thanks for being right here next to me when i really need you. Thanks for all the love and care u gave unconditionally. I love you more and more each day...Moga hari-hari yang mendatang menguatkan lagi rasa kasih dan cinta antara kita.



Sunday, September 07, 2008

Pakai Baju Cincinlah Suasa...

Pagi ni benda kelaka jadi lagik....aku kalut (seperti biasa) nak ke pasar tani...dalam remang-remang subuh (ihihi....bukan remang2 senja eh!) aku pakai baju...siap ala kadar aku pun cepat-cepat gerak ke shah alam...aku malas kalau lambat parking susah beb. Tengah aku drive di pagi yang mana matahari baru memancarkan cahayanya yang indah aku terperasan butang baju aku di dalam....Ya Allah...aku pakai baju terbalik.....................aduhai....terpaksa la aku buat U-Turn mengejut dan tekan minyak balik rumah sib baik la belum jauh lagi......