Wednesday, August 10, 2011

Butter Prawn - Egg Floss

Kami sekeluarga suka betul dengan Butter Prawns samada di restaurant Siam dan Cina Muslim. Hidangan ini agak mahal oleh kerana udang digunakan. Selalu nak buat tapi failed every time cuba hasilkan egg floss yang cantik macam yang dihidangkan di restaurant.

I've searched in the internet on how to make the egg floss but somehow never get the texture that i wanted. Yesterday morning i googed the reaction of egg and cream of tartar (as in cake making, it will produce lighter cake if the egg and cream of tartar are beat till soft peak), and i found one site on making good scrambled eggs where one of the recipe is just egg and cream of tartar.

"Cream of tartar is an acid powder. Combined with baking SODA it makes baking POWDER. It's placement in scrambled egg recipes stems from its valued use in dessert recipes. The acidic cream of tartar acts to stabilize egg white when they are beaten to form peaks - as in meringues. I had already written the note "Cream of tartar belongs in dessert not breakfast" before I'd tried the recipe. I couldn't have been more wrong.

The recipe I followed instructed using 1/8th teaspoon of cream of tartar per every 2 eggs - no other ingredients - and beat for at least a minute.
The result was surprisingly good. The cream of tartar brought out a richer yellow color to the eggs and the texture was more porous and cake-like. I repeated the experiment again. This time for comparison, I simultaneously created the same recipe without the cream of tartar. There was no detectable difference in taste, but the texture and color of the eggs with cream of tartar were fuller and more pleasing." extracted from MrBreakfast

I have it a try as there is no harm to it. Alhamdulillah, the egg floss turned out as what i wanted. The only slacking is the technique I used, first time i pour the mixture thru sifter and i didn't get thin hair threads. Second time i used piping bag and the results are better.


don't quite get the thin hair threads, I've to improved on the mixture flow thru a perforated spoon or something alike.


I love to share the recipe :)


EGG FLOSS

2 eggs (whole)
1/8 tsp cream of tartar

- whisk for one minute.
- heat up oil (enough for a medium deep frying)
- using a piping bag with a small hole at the end of it, steadily hold it high above the wok and let the egg mixture flow in a steady single stream. At this point use your other hand to vigorously 'scrambled' the eggs.
- fry till golden brown.

For Butter Prawns
- 10 Prawns
- salt
- cili padi
- daun kari
- 1 tbsp

- mix prawns with a dash of salt
- fry the prawns with 1 tbsp oil (depending on the quantity) ; fry just for awhile till the prawns turned red in color
- keep aside.
- in the same wok, put in butter to the oil, fry cili padi, and daun kari, follow by the prawns.
- take 1/2 of the egg floss and 1 tsp sugar, mix it well with the prawns.
- before serve, put the balance egg floss on top.
- serve with hot piping rice !

Saturday, June 11, 2011

3 Jantung Hati - Uncut Version IV

Watak Midon sebenarnya di potray sebagai seorang yang agak kelakar. Semasa cerita ini dikongsi bersama kawan-kawan di Forum cari.com, ada satu perkataan Midon yang menjadi trademark. Perkataan TUNGO yang digunakan telah menjadi ikutan para forummers. Di dalam versi cetak, sms Midon yang ada perkataan itu bagaimanapun telah di potong.

Suka saya berkongsi dengan teman2 di sini, beberapa scene tentang MIDON.



I - Midon berjaya menjejak Nadira yang menumpang di banglo Nadim.

MIDON keluar dari kereta yang dipakir di celah-celah rimbun pokok beberapa meter dari rumah itu. Dia memerhati dari luar, beberapa kamera yang terpasang membuatkan agak sukar masuk ke dalam. Kawalan kawasan perumahan elit itu sangat ketat. Dia menggaru pipi bila seekor lalat menghampiri. Baru dia mahu melangkah, seorang peronda keselamatan berhenti, dan dari atas motor, dia menggamit memanggil Midon.


“Wak…”

Cheh ! Muka aku cam Indon ke….Midon bengang.

“Ye …”

“Ko’e ada urusan di sini ?”

“Emm…Ada, mau betulkan wiring.” Midon cuba menukar cara cakap walaupun ada sedikit bunyi pelik.

“Dafter di depan sono. Ora iso melebu ..”

Midon terpisat pisat, amenda dia ni cakap.

Lelaki di atas motor itu mengulang percakapan, “Daftar depan sana, tak boleh masuk terus…”.

Midon menghela nafas dan dengan hati yang berat dia ikut saja menuju ke pos pengawal yang terletak beberapa kilometer dari banglo Nadim dengan menaiki motor pengawal ronda itu.

“Encik Nadim, ada masalah dengan wiring ya ?”

Sebaik sahaja Midon mendaftar di sebuah buku, seorang lagi pengawal keselamatan terus menghubungi Nadim. Semasa Midon masuk tadi, pos pengawal itu kosong dan dia terus saja memecut masuk.

“Tak. Tak de.”

“Tapi ada ni tukang elektrik..”

“Emm, mungkin dia salah rumah. Jangan benarkan dia masuk.”

“Baik Encik Nadim…”

Pengawal itu meletakkan telefon dia mencekak baju Midon.

“Kamu jangan macem-macem di sini, lari atau kami panggil pak polisi…”

Rayuan Midon untuk mengambil kereta yang terletak di dalam kawasan perumahan itu tidak di endahkan, sebaliknya mereka meminta kunci darinya.

“Kunci tak de…ada dalam kereta tu…”

Pengawal keselamatan terus menghubungi kawan-kawannya yang membuat rondaan dan sekejap selepas itu, ternampak kereta Proton Saga hijau terhogeh-hogeh menuju ke pos pengawal.

Midon dengan muka layu terpaksa memandu kereta itu dengan diiringi dua pengawal keselamatan yang mengekornya hingga ke simpang awal berdekatan jalan besar yang menghala ke kawasan perumahan itu. Hatinya sebal sangat, duit semakin tinggal sedikit, dan pekerjaannya tak selesai-selesai lagi.


II - Midon berjaya kidnap Ensha


Telefon tiba-tiba berdering, ianya seolah mengalihkan tekanan yang mereka rasakan ketika itu. Cepat Nadira membuka beg tangan. Nombor Ensha.


“Mummy !!” suaranya hilang, dan diganti pula dengan suara lelaki yang parau dan garau.

Seluruh tubuh Nadira yang sejuk menjadi beku, dia terpaksa memegang lengan Nadim untuk pastikan dia tidak jatuh. Melihat keadaan muka yang pucat lesi, Nadim merampas telefon.

“..dan jangan cuba-cuba bawak hero awak tu..kalau mahu anak ini selamat.”

Talian di matikan. Nadira sudah pun berjalan pantas tanpa menunggu Nadim.

“Dira…tunggu..” Nadim berlari anak mendapatkan Nadira yang sudah memasuki lorong menyambungkan antara pantai dan bangunan hotel. Dia terus saja berjalan tanpa menghiraukan teriakan Nadim. “Sayang, relax..” tangan Nadira di tarik sampaikan tubuh yang bergetar ketakutan terpusing menghadap Nadim.

“I tak boleh relax, 1 minit I lambat, Ensha dalam bahaya.” Suaranya mulai pecah. Mata Nadira merenung tepat ke arah Nadim.

“Dia cakap apa mula tadi ?”

“Dia tunggu kat B2.” Nadira mula bergerak. Nadim menarik tangan sekali lagi dan cepat dia menepis kasar. “Nadim, I need to go and get Ensha..” suaranya keras.

“Listen to me…”

“No.. I am not listening to anyone…Ensha is my Baby, and she’s with someone who wants to hurt me…” air mata sudah bergenang, tangannya mengeletar.

Nadim terus mengikut gerak langkahnya yang semakin laju.



Ensha 09:18:19 pm


Kami tungo. Ingat jgn bawak Nadim. Kalo mau anak salamat.

Friday, June 10, 2011

3 Jantung Hati - Uncut Version III

Babak seterusnya, percubaan Nadim di dapur !



Banglo itu senyap sunyi sahaja, dia terjengket-jengket menuju ke dapur. Sedikit bunyi pun tak berdetik apalagi bau-bauan. Dia menghampiri dan tampak bayang-bayang Nadim dan Ensha dari panel gelas kabut. Nadira tertunduk-tunduk, tidak mahu mereka nampak bayangan dia. Dia menguping di balik panel gelas tersebut, dan tersengih-sengih mendengar dialog lucu Nadim dan Ensha.


“Honey cuba baca, berapa lama kita nak goreng bawang ni before masuk tomato.”

“Dia tak tulis…”

“Hmm…uncle belasah je lah eh….”

“Honey tak tau…betul ke Uncle boleh masak ni ?”

Nadim ketawa dan menarik hidung Ensha.

“Honey tak cuba lagi, kalau cuba mesti nak lagi. Mummy pun kalah tau.”

Nadira sudah tidak tahan dari hendak ketawa, dia duduk bertinggung dan terus mendengar.

“Alamak Honey…udang ni dah rentung sikit la …”

“Tu kan Honey dah suruh alih, Uncle kata belum lagi …belum lagi..”

“Tak pe , tak pe…Uncle tau la kita kasi mekap lawa-lawa ok la nanti..”

Ensha ketawa, “Nanti kena ambil beg mekap Mummy la !”

“Yupe, kita pakaikan udang ni lipstick pink Mummy tu…”

Nadira menekup mulutnya dari ketawa besar dan perutnya sudah rasa senak menahan ketawa.

“Uncle , pasal pasta tu nampak lembek je cam bubur dah..”

“Hah ?”

Serentak dengan itu Nadira terdengar bunyi senduk jatuh dan botol atau tin berlaga dengan kaunter stainless steel di bahagian tempat masak.

“Shit ! ”

“Hey , watch you word Uncle !”

“Sorry Honey !”

Nadira tidak dapat menahan diri lagi, dia dapat rasakan keadaan sangat kritikal di dalam dapur. Dia berdiri di laluan masuk dapur, matanya terbeliak. Memang kalut ! Dapur yang tadi berkilat dan tersusun, sekarang menjadi sangat huru hara, dengan pasta yang jatuh berserakan di atas kaunter masak dan juga di lantai, sos tomato yang tertumpah menitik dari ruang masak ke lantai yang bertiles hitam itu mewujudukan warna yang sungguh kontras. Nadim kalut cuba mengangkat periuk pasta yang terlebih rebus sambil kakinya pula menendang senduk di lantai yang menganggu gerak gerinya. Bau hangit keluar dari salah satu kuali leper dan bau bawang rentung memenuhi ruang dapur itu. Ensha pula sedang duduk manis memerhati kekalutan dari atas kerusi tinggi memegang buku resipi sambil memberi arahan itu ini pada Nadim yang makin kalut.

“Ya Allah..apa dah jadi ??” Nadira berlari mendapatkan dapur, api yang marak terus dia padamkan

Mereka berpaling serentak dan dua-dua melopong melihat Nadira yang terkejut dan tergelak pada masa yang sama. Air panas dari periuk terpercik dan Nadim menjerit kecil. Dia masih terkial-kial dengan seperiuk pasta yang sudah tidak nampak seperti pasta lagi. Nadira tidak henti geleng kelapa, Nadim ditolaknya jauh dari sinki.

“Hmmm…” Nadira mengetap bibir, menahan ketawa melihat Nadim mengangkat bahu seolah mengatakan Ops !

“Pasta ni tak boleh di selamatkan lagi !” kata Nadira dalam ketawa yang masih berbaki.

Nadim mengigit bibir dan mukanya merah. Dia sendiri NGERI melihat pasta yang sudah macam bubur lambuk !

“Tolong boleh ?”

“Apa ?” tanya Nadim merapati Nadira kembali.

“Tolong keluar dari dapur ni kejap ….” Nadira masih ketawa sampai tersedu-sedu dan Nadim cuba tersenyum manis. “Sekarang !!! Dan bawak Ensha sekali ye !”

Nadim terus meluru mendapatkan Ensha, dia angkat Ensha yang masih duduk di kerusi tinggi dan mereka bergegas meninggalkan Nadira.

“Kita nak makan apa nanti ????” Nadira tertangkap soalan Ensha pada Nadim.

“Emm….biar Mummy uruskan.. ok ? ” Dia terus melangkah keluar dengan Ensha masih dalam dukungannya. Sempat juga Nadim mengerling ke arah Nadira yang bercekak pinggang berkira-kira hendak bermula dari mana. Udang besar dah rentung dan mengerekot dalam kuali leper ! Nadira menarik kabinet dan dia tersenyum, syukur, ada sesuatu yang boleh dijadikan makan malam mereka.







SUASANA di ruang makan tidak begitu memberangsangkan bagi Nadim. Mana tidak, dari tadi dia asyik diperli oleh Nadira dan Ensha. Sup Mee Maggi di hirup perlahan-lahan, telinganya dah rasa macam nak tersumbat mendengar ketawa ria Nadira. Geram hatinya geram.

“Pandai Encik Nadim masak kan..what is it call again Penne Pomodoro ? ” usik Nadira sambil memutarkan mee pada garfu sebelum di suap ke dalam mulutnya.

Nadim menggigit bibir, matanya dikecilkan dan dia hanya bermain-main dengan mee maggi perisa ayam itu. Kalau ikut hatinya memang Nadira akan digeletek cukup-cukup. Perli tak habis-habis !

“Tak pe…siapla you lepas ni !” Nadim konon-konon mengeraskan suaranya.

Nadira hanya ketawa dan tidak sedikit pun mengendahkan ugutan Nadim itu.

“Ini last la Honey tolong Uncle kat dapur…” Ensha terus menyudu sup dan tak habis-habis menggeleng kepalanya.

“Ensha, bila ada lelaki cakap nak masak untuk Ensha nanti, don’t ever trust them..” giliran Nadira pula mengenyet mata pada Nadim yang tersenyum kelat.

“Ye…..Ensha akan ingat tu sampai bila-bila. Nasib baik ada maggi kan Mummy…” dia menjeling sedikit pada Nadim dan tersengih memerli, membuat Nadim makin geram.

“Honey kan geng Uncle…” kata Nadim sambil mencebik.

“Hari lain Honey nak geng, malam ni TAK NAK. Dah lah Honey suka makan udang…abis semua dah rentung !”

Nadim ketawa dan menarik hidung Ensha dua kali.

“Esok kita cari udang, ok ?”

Ensha mengangguk dan terus menghabiskan mee.

3 Jantung Hati - Uncut Version II

Babak seterusnya.
Ini selepas piknik ringkas di taman KLCC.



Selesai makan tenghari yang agak ringan dan ringkas, awan mendung bergerak menghambat langit yang cerah dan mengugurkan hujan titik demi titik. Mereka bergegas memasukkan saki baki makanan dan berlari perlahan menuju ke bangunan KLCC  tetapi akhirnya terpaksa memecut apabila titik hujan sudah mulai kasar.

“Aduh….dah cam cerita Tamil.. berlari dalam hujan pulak kita..”

Nadim tercungap-cungap sambil menurunkan Ensha dari dukungan, dia mengibas lengan bajunya yang agak basah. Sampai saja mereka di bawah bumbung, hujan mulai turun mencurah-curah.

“Habis basah dah my HunnyBunny ni..” dia membetulkan sedikit cap baseball yang terpusing.
“Apa la Uncle, lari sikit dah penat, tengok Mummy, relax je..”
“You are really fit eh..” dia menghela nafas berat apabila teringat kisah di FRIM.
“See the leg la..”

Mata Nadim nakal merenung ke kaki yang terbalut seluar berwarna coklat tua.

“Hey !!” lengannya di tampar kuat.
“Kesian Uncle, sakit tau..” Ensha melangut melihat Nadira, wajahnya serius sahaja.
“Tah apa-apa Mummy ni kan, dah jom Bunny, jangan layan Mummy..”
“It rhymes !” Ensha tergelak.
“Dah jom Bunny, jangan layan Mummy, Mr Bear loves Honey..” Nadim berhenti mencari kata.
“and Uncle Naddy loves Mummy..” sambung Ensha di sambut ketawa Nadim.
“Kenapa Uncle Naddy ?” tanya Nadim sambil tangannya dan tangan Ensha berayun-ayun.
“Nadim..Naddy..” balas Ensha yang ketawa sampai menutup-nutup mulutnya, Nadim menarik hidung mancung Ensha dan dia berkeriut menahan pedih.
“Yippie we are so lovey dovey…” Nadim menyambung sambil mengerling ke arah Nadira yang dari tadi memilih untuk mendengar sahaja, sambil cuba hendak menyambung puisi berima, tiba-tiba terlintas di fikirannya.
“Owh you Mr. Naddy so very the wacky !” Nadira cepat menyambung sebagai balasan pada katanya itu, Nadim berhenti dan merenung terus.
“Call me Wacky but don’t call me Naddy, I am in love with Honey and Mummy.” Dia mengenyet mata kanan untuk Nadira, kemudian mengenyet mata kiri untuk Ensha.
“Uncle so funny..make me happy..i want to lafy” Ensha menyambung sambil mereka berjalan santai melepasi kedai-kedai di KLCC itu.
“Lafy ?” tanya Nadim mengerut kening.
“Laugh..”
“Mana ada perkataan Lafy…”
“So what !”

Nadim geram terus menggeletek pinggang Ensha, tapi Ensha tidak berasa geli atau apa. Mereka terus ketawa ke arah Nadim yang terpinga-pinga.

“Stop before we go crazy like a bunch of zany !” Nadira cuba mengakhiri sesi bodoh-bodoh mereka petang itu, kerana terasa orang yang lalu lalang sudah memandang mereka dengan pelik.
“Ok dokie Miss Zany come sit on my lappy..” Nadim galak membalas.

Mereka ketawa terbahak-bahak dan berhenti di tepi railing mengambil nafas. Nadira mencuri pandang pada Nadim, pipinya merah kerana terlalu banyak ketawa.

Kenapalah awak ni manis sangat Nadim….

“Uncle nanti kita main macam ni lagi ok ?” kata Ensha setelah menyudahkan ketawanya.
“Okie dokie HunnyBunny !”

3 Jantung Hati - Uncut Version 1

Dalam satu karya, pasti ada bahagian yang menjadi kesukaan penulis.

Dalam 3 Jantung Hati misalnya, ada beberapa babak yang menjadi kesukaan saya. Sayangnya ianya telah dipotong semasa proses suntingan.

Saya akan tempekkan dari masa ke semasa untuk dikongsi rakan pembaca sekalian.

Babak ini adalah permulaan pengenalan Nadim dan Ensha Hani.



- selepas pulang dari klinik (kejadian Nadira jatuh di FRIM)



Nadim memerhati sekeliling. Sunyi saja.


“Uncle nak minum ?” tanya Ensha.

Nadira yang baru lepas di injek ubat tahan sakit berasa stone dan melayang. Pandangannya kabur dan hanya dapat melihat Ensha dan Nadim hilang ke dapur.

“Doktor cakap Mummy akan ok sehari dua lagi. Kesian Mummy. Tapi nasib baik tak terseliuh.” Nadim mengangguk sambil memerhati jari-jari kecil itu menuang air sirap ke dalam mug comel polka-dot hijau dan kuning.

“Emmm…ayah Honey tak ada pergi mana ? Kerja ?”

“Tak…dah 3 tahun meninggal…masa tu Ensha..emm Honey kecik je lagi…”

“Ohhh..” dia mengelus lembut kepala Ensha. Hatinya merasa sayu, anak secomel Ensha Hani telah di duga untuk tidak mengenal kasih seorang ayah. Dalam sayu tu ada juga rasa suka terselit di celah-celah jantungnya. Apakah ini takdir untuk Nadim Syah ? Saat itu dia rasa macam menang loteri ! Tanpa sedar dia tersenyum sedikit, jarinya memegang mug yang di tolak ke arahnya, cuba mententeramkan perasaanya yang melonjak gembira.

“Kenapa Uncle senyum ?” tanya Ensha mematikan khayalannya.

“Emm..tak ada apa.” Dia mencapai mug dan terus meneguk air sirap yang sejuk dan tawar itu. Nadim memarahi diri sendiri kerana terleka dikala budak kecil itu sedang bercerita tentang tragedi yang menimpa dirinya.

“Accident, masa Babah pergi buat kerja-kerja amal kat mangsa-mangsa gempa bumi.” Ensha menyambung bercerita, matanya memandang muka Nadim dengan lesu.

“Kalau Babah ada, umur dia mungkin sama dengan Uncle.” Mata bening itu terus leka memandang wajah lelaki di hadapannya. “Umur Uncle berapa ?”

“38…” Ensha mengetap bibir dan matanya di larikan dari melihat Nadim. Dia mencebik sedikit dan jari-jari kecilnya bergerak-gerak seolah sedang mengira.

“Aa…betul la…sama dengan Babah.” Dia mengangkat muka memandang muka Nadim dan tersenyum sedikit. “Handsome pun sama macam Babah !” celotehnya menggeletek Nadim.

“Ye ke ?” saja Nadim menduga. Ensha mengangguk laju.

“Babah lagi putih dari Uncle la, sebab Tok, Scottish, tapi Nenek orang Melayu.” Jelasnya sekaligus menjawab terkaan Nadim. Raut wajah Ensha menampakkan ada ciri-ciri darah campuran, hidung mancung, rambut kerinting halus yang sedikit keperangan dan pemikiran yang agak kehadapan dari budak seusia dirinya membuatkan cara bicaranya tampak lebih matang.

“Babah reporter ke ?” tanya Nadim ingin tahu.

“Tak, Babah doktor.” Ensha tersenyum. “Uncle nak sirap lagi ke ?”

“Thank you. Uncle nak balik ni. Tapi tunggu kawan uncle tadi. Dia dah call, on the way, harap-harap la dia tak sesat.”

“Ala, Subang Jaya bukan jauh kan…Uncle duduk mana ?” tanyanya terus.

Ensha mengambil satu lagi coklat dengan pembalut berwarna biru. Dia memberi pada Nadim sebelum dia mengambil lagi sebiji.

“Damansara Heights.”

“Oh….emm kat Bangsar ?”

“Dekat-dekat la….Honey selalu pergi Bangsar ke ?”

“Dulu, masa Nenek ada, tapi bila Nenek dah meninggal, tak pergi dah. Kadang je Uncle Lan, abang Babah datang tengok Honey, bawak Honey gi tengok wayang, tapi Uncle Lan pun dah tak ada sini, dia kerja kat emm….lupa dah..” Ensha ketawa sambil menutup mulutnya

Nadim angguk-anguk mendengar jawapan panjang lebar si comel itu, dan turut ketawa bersama-sama. Dia terdengar dengkur Nadira dan mengetap bibir dari hendak ketawa.

“Uncle..nanti boleh jumpa lagi tak ?” tanyanya sambil mengigit hujung coklat yang berbentuk bunga ros. Mata jernih itu melihat dengan penuh harapan.

“Honey nak jumpa Uncle lagi ke ?” Nadim menyibak rambut yang terjurai di dahi, selepas itu mengurut janggut di dagunya. Ada chance baik ni, telah hati Nadim.

“Nak…kita kan dah jadi kawan.”

Nadim senyum dan angguk-angguk.

“Ni phone number Uncle, kalau Honey nak sembang ke ..apa ke , just call.”

“Thank you Uncle. You are so kind.” Ensha senyum, dia membaca kad yang di tangan sebelum menyimpan kad tersebut ke dalam poket seluarnya.

“CEO tu apa ?”

“Chief Executive Officer.”

“You’re a chief ??” tanya Ensha, matanya bulat dan kagum.

“Er…camtu la lebih kurang….”

“Chief tu buat apa ? Selalu dengar chef, chief tak pernah dengar…” tanyanya penuh minat, dan Nadim mengerut kening.

“Emm chief manage the running of an office…”

“Oh….just that ?” tanyanya lagi, mata Ensha makin bulat dan dia betul-betul hendak tahu apakah pekerjaan seorang CEO.

Nadim mengecilkan sebelah mata cuba mencari ayat paling mudah bagi menerangkan bidang kerjanya.

“Ada, banyak lagi, attend meetings, pastikan semua orang kerja bersungguh-sungguh…”

“Oh, macam Honey, I am class monitor, selalu kena pastikan semua hantar kerja rumah, tapi Honey tak attend meeting lah, cikgu je attend meeting.”

Nadim ketawa dan mencubit pipi Ensha, dia geram mendengar mulut yang keletah berbicara.

“Ya, jadi, esok bila pergi sekolah, cakap kat kawan-kawan Honey adalah CEO kelas…”

“A’ah…lagi best kan….i am CEO of the Class…”

Nadim mengigit bibirnya sekaligus tersenyum. Anak kecil di depannya terlalu bijak dan comel pula tu, hati mana tak tertarik, tambahan pula mummynya sekarang ‘available’. Memang kena loteri berganda si Nadim Syah nampak gayanya !

“Mummy dah tidur la..heheh…Uncle dengar tak Mummy dengkur.”

“A’ah…kuatnya…” mereka berdua ketawa dan dengkuran Nadira makin kuat bergegar-gegar.

Wednesday, June 08, 2011

H.A.W.A.U.


Whilst i cracked my head to write the oracle scripts, trying to cater all users' requirements (which can be so tricky), she called and blurted, 'The working directory in the Production Server dissapears."

Much to my annoyance. How can a directory suddenly disappears and ... in a linux server ?

I asked her what she's doing prior to the incident, told me that she's just transfering some files, bla bla bla
and then the network went down, and when she reconnects, THE WHOLE damn directory disappeared.

To make my heart boiled even more, she add, maybe due to the connection disruption the directory just vanished.Wohoo, a simple and very self-defensive conclusion. Like don't blame me blame the network. SHIT !

MY MY MY. I have been in the IT industry for quite some time, don't bullshit me for something unacceptable.

Told her to figure it out and don't call me unless she has settled the problem.

See, I am trying to teach her. To come out with a solution. (Actually all the files that's gone missing are backed up in the development server. If she used her brain, she can just simply copy everything over. SIMPLE RIGHT ???)

But....

This morning i called her and asked how's thing. This is what i got. "TAK DE KERJA AKU NAK DELETE."

Some ppl are so arrogant, and with her haughty behaviour, it will take her nowhere.

Let it be then,I told her the solution, a step by step on how to recover everything and hopefully she will learn something.

oh, there is the word "THANK YOU" if you dont know if it ever exists !

Hmm !

Wednesday, May 04, 2011

Cerita Baru

Salam.

Sekarang sedang menulis kisah Lili dan Gibran. Tajuknya belum ada lagi, cuma draft title. Ghazal ... (something) tapi entahlah sama de sesuai ke idak.

Sedikit sedutan



I

“Cik…” suara Gibran menegur.


Langkah kaki longlai terus berhenti. Lili memaling. Lelaki itu !

“Awak tertinggal ni…” dia menyerahkan satchel coklat tua.

Ya Allah ! Betul-betul Lili lalai. Memang tepat gelaran “minah cicir” di beri padanya waktu zaman sekolah, dan nampaknya gelaran itu sudah kembali lagi.

“Terima kasih…..” Lili menawarkan segaris senyuman dan terus mengambil beg yang terisi segala khazanah penting dalam hidupnya.

“Hati-hati, kat sini tunggu je nak sambar beg mahal macam ni….” Kata Gibran, matanya tunduk, tidak memandang tepat.

“Bukannya ada apa pun…”

“Mereka tak tahu apa kat dalam, tapi jenama tu dah cukup buat orang mengagak isinya juga mahal..” Kali ini mata mereka tertembung pula, cepat-cepat mula mata mencari titik tumpuan lain.

Lili hanya senyum tawar. Nak perli pun sikit-sikit dah la, beg tu bukan ori pun. Berlambak di jual di sekitar Jalan Masjid India atau tempat famous barang ciplak, Petaling Street.

“Selalu nampak awak kat sini…reporter ke ?” Gibran merujuk pada bag kamera yang tersangkut di bahu. Selalu dia nampak wanita itu merakamkan aksi mereka dengan mengacu kamera, lagaknya nampak profesional saja. Pernah juga dia google mana tahu terjumpa gambarnya di ruang alam maya, tapi tak pernah pula terserempak di mana-mana.

Lili mengangguk dan menggeleng cepat-cepat. Angguk untuk mengiakan dia selalu ke situ untuk dapat hiburan percuma dan geleng kerana dia bukan reporter, dia menangkap gambar bukan untuk dilaporkan tapi untuk menjadikan ianya kenangan.

“Saya suka dengar live show, dan kat sini FREE… petang ini awak bawa lagu Ghazal kesukaan saya.” katanya seiring dengan mata yang dibulatkan.

Gibran ketawa sedikit. Memang tipikal orang Malaysia, kalau bagi free semua berduyun-duyun !


II

TAMAN di belakang rumah Suraya Dato Majid semakin surut dengan orang yang tadi penuh. Acara sambut menantu walaupun hanya untuk saudara dan teman-teman rapat tetap meriah dan mewah. Konsep garden wedding memang nampak romantis sangat, senyum lebar terpamer pada kedua-dua wajah pengantin. Harith nampak gembira sekali. Ya dia pernah melaluinya dulu bersama Lili tapi merasai sekali lagi bersama orang yang di cintai amat berbeza. Hatinya penuh dengan bunga. Bunga cinta.


“Ili…..glad that you can make it…” Harith tersenyum, gembira Lili sudi juga datang bertandang. Bapanya awal-awal lagi sudah boikot, dan ibunya terpaksalah ikut sekali. Abang dan kakaknya juga sedang melancarkan perang saudara. Semua tidak mengerti tindakan Harith. Sampai abang sulungnya Megat Adi mengecop Harith lelaki miang sibuk nak berbini baru.

“Ya, I am glad too..”suara Lili tenggelam. Dia senyum sedikit dan apabila pengantin perempuan berkumpul bersama mereka Lili masih mempamer senyum. Matanya curi-curi melihat Suraya. Cantik ! Dia sangat cantik !

“Congrats…” tangan di hulur, dan sebungkus hadiah dibalut pembalut putih dengan riben kertas crepe berwarna kuning cair bertukar tangan.

“Thanks, and thanks for this…” kata si pengantin perempuan dengan mata yang bulat. Cantik sangat !

“Oh just a small gift…”

Harith menghilang diri. Pandai betul. Dibiarkan isteri dan bekas isteri mengenali diri masing-masing. Selama ini hanya nama mereka saja disebut-sebut.

“I banyak dengar cerita pasal you.” Mula Suraya sambil menarik kerusi. Matanya melihat ke pinggan Lili yang berisi nasi kabsah sesenduk dan daging seketul.

Aku kan ‘penasihat’ pada si Harith masa dia hendak menawan kamu dulu !

“Oh….I hope tak ada cerita yang buruk pasal I …” Lili ketawa sedikit dan matanya mengerling Harith yang bersembang dengan Zali. Dia kenal Zali. Sebenarnya dia kenal semua kawan Harith, tentulah kan !

“No..none. Harith bagitahu you are an excellent photographer..and..”

“And a lousy cook !” sambung Lili cepat.

Suraya tergelak.

“Dia tak cakap tu, but indirectly dia cakap dia lagi suka makan kat mamak !” Suraya senyum. Dia memang manis. Mungkin juga mereka boleh berkawan baik kalau dia bukan isteri Harith !

Lili mengunyah daging. Sambil mengunyah, otaknya ligat menjana. Apa aku buat kat sini. Makan nasi kenduri bekas suami sambil mendengar celoteh isteri pada bekas suami dan pura-pura tersengih mendengar jenaka dia. Oh ! Ini sangat menyedihkan! This is totally pathetic !


III

DI HIMPIT di antara bangunan-bangunan lama, satu warung mamak penuh dikunjungi orang ramai yang mahu pekena teh sebelum pulang ke rumah. Mereka memilih satu meja yang baru dikosongkan sekumpulan budak-budak despatch. Dua cawan teh tarik yang berbuih dan suam-suam menemani bual mereka petang itu. Geseran daun pokok sena bertambah pula riuh kicau burung yang sibuk sama hendak pulang, menjadikan suasana minum teh di bawah pokok, di celah-celah bangunan usang begitu nostalgia sekali. Setiap detik terus terakam dalam minda Lili. Sudah bertahun lamanya dia tidak duduk semeja, berbual kosong dan berkongsi jenaka sambil menikmati teh yang manis lemak berkrim. Petang itu adalah petang yang memecahkan semua kesedihan yang terhimpun begitu lama. Dia ketawa, dan ketawa sampaikan terpaksa memesan satu cawan teh tarik lagi. Roti inti kelapa menjadi kuih mereka petang itu. Makanan yang simple tapi dengan ambiance yang begitu indah terasa sedap sangat, kalah makan dekat kopitiam.


“Memang kaw teh tarik ni dan memang saya dah ‘gila’ nak minum teh ni lagi.” Kata Lili ketika mereka berjalan menuju ke Pasar Seni semula.

“Tulah saya dah cakap.” Gibran jadi hairan sejak tadi melihat Lili yang tersenyum tidak henti-henti dari tadi.

“Awak nampak happy saja…” katanya perlahan.

“Ye ke ?” Lili terus berhenti senyum.

Gibran angguk.

“Saya lebih suka tengok awak senyum dari menangis. Macam malam tu…”

Lili tidak berkata apa-apa. Seperti biasa, dia hanya mengebam bibir. Tiada dialog lagi dan dua-dua terus berjalan. Matahari sudah terbenam. Sayup azam berkumandang. Dua-dua menghayati suara muazzin dalam remang senja, menghayun kaki menuju ke surau.

Thursday, April 21, 2011

Token of Appreciation


Limited, ada 20 pcs,
First 10 yang beli buku 3Jantung Hati on 24/4 and 30/4 akan dapat Cherry Blossom Love Coaster !


Galvanized Mini Pail Bucket + gula2
100pcs to be given as gift.

So come and meet me on 24th and 30th April at Jemari Seni Booth, PWTC during KL International Book Fair (22/4-01/5).


Tuesday, March 15, 2011

CERPEN : Syyyy !

Butang lif ditekan. Dia mendongak memerhati lif bergerak turun dari tingkat 4. Di dalam hati membilang serentak 4, 3, 2, 1, G dengan pergerakan menurun nombor yang terlekat di dinding. Di dalam lif di membilang lagi, G, 1, 2, 3, pintu lif terbuka dan dia melangkah perlahan. Perpustakaan masih lagi lenggang pagi itu. Imran terus ke meja yang selalu. Di tepi tingkap dan paling hujung sekali berdekatan sebuah pintu. UNTUK KAKITANGAN SAHAJA, plak tanda berwarna perak itu terlekat di pintu kayu berwarna coklat. Ada seorang perempuan India sedang membuat kerja. Tekun melukis dengan pensil dan pembaris di atas kertas graf. Imran kembali menatap ke buku yang sudah di ambil dari rak. Dia membuka buku setebal 300 muka itu dan memerhati jam. 2 minit lagi. Bibirnya mengukir senyum. Menanti dalam ruang yang sejuk, kosong dan beku begitu azab rasanya. Dia melihat sekali lagi. Sudah dua minit, tapi tidak ada ! Di luar kebiasaan ni. Mana dia ? Ok kita tunggu lagi dua minit. Buku terbuka di biar tidak ditatap, matanya tepat ke arah pintu coklat. Dua minit berlalu tapi tiada juga. Imran mengetap bibir. Mana dia ? Hmm.

Telefon bergetar dalam saku seluar khaki coklat tuanya. SMS dari boss.

Tak masuk ofis today ?Need to discuss. See me at 11 ?

Imran mengetap bibir lebih rapat lagi. Dia lihat jam telefon, 10.30. Dari sini ke sana ambil masa lebih kurang 45 minit. Kalau dia gerak sekarang tidak akan sempat jam 11.

Dia membalas pendek. 12.

Tiada balasan, dan Imran menebak cadangannya diterima.

Boleh tunggu lagi dua minit kot. Saat berdetik perlahan sekali. Satu minit setengah sudah berlalu dan masih tiada. Pintu itu terus tertutup rapat. Dia menutup buku berkulit keras dan menarik nafas panjang. Rasa hampa bersarang di dada. Dua minit lagi lah ! Masih ada ruang waktu untuk temu janji. Dia menompang dagu, tiga minit sudah berlalu tapi ruang itu tetap beku dan kosong. Perempuan India memaling sebentar, pelik dengan perangai lelaki yang memandang tepat ke arah pintu. Dia turut sama memandang ke arah itu, kemudian kembali melihat lelaki itu. Senyum bertukar dan dia kembali melukis di kertas graf. Imran terpaksa juga bangun, punggungnya rasa ada magnet yang cuba menariknya kembali untuk duduk tapi apakan daya, ada temujanji yang perlu dia hadiri.

Sudah seminggu dia tiba-tiba jadi pengunjung tetap perpustakaan itu. Semuanya jadi secara kebetulan. Seminggu yang sudah dia ‘melarikan’ diri dari kekalutan kerja. Tidak tahu mahu ke mana dia memilih tempat sunyi itu untuk menyembunyikan diri. Tenggelam dalam buku dan bau buku yang memenuhi ruang sejuk beku itu membuatkan dia rasa baru boleh bernafas. Setengah hari dia tekun membaca sampailah ada seseorang menegur. Kerana satu teguran itulah buatkan dia macam gila bayang pula. Setiap pagi sanggup dia datang dari jauh hanya untuk melihat kelibat si dia. Sanggup melencong jauh dari arah ke pejabat hanya untuk melihat si dia menolak troli dengan buku yang penuh. Comel sahaja si dia di balik timbunan buku. Ada tikanya si dia akan berhenti sekejap dan membaca sebuah buku. Wajahnya akan tersenyum dan matanya akan membulat. Lepas itu nampak macam termenung, mungkin berangan jadi heroin. Imran pula yang teruja semacam melihat ekspersi si dia yang bermacam-macam. Paling dia suka kalau mata bulat itu tidak berkelip membaca baris-baris selari. Macam mata itu boleh menembus buku itu dan membawa dia ke alam yang dicipta sang penulis. Memang mengujakan. Bila mata itu diangkat dari buku, mata Imran pula cepat-cepat melihat buku di atas meja, tapi dicuba juga menjeling sipi-sipi pun jadilah.

Hmmm, gila aku ni ! Kalau si Ijal tahu, mati kena gelak saja. Imran menggeleng kepala dan terus masuk ke dalam kereta. Hari mendung tapi tidak hujan, kereta di undur dan ketika itulah dia nampak si dia. Berjalan dari pintu pagar terbuka luas dengan kepala tertunduk menuju ke bangunan perpustakaan. Langkahnya teratur saja. Sampai terhenti Imran di situ, asyik dengan si dia ! Pak guard meniup wisel dan dengan wajah panas hati menyuruh Imran segera bergerak. Apa lah kacau daun betul !

Apa nama dia ye.

Dan di sepanjang perjalanan ke pejabat, Imran macam kena serang demam kepialu ! Seram sejuk dan berdebar-debar tak menentu. Syok sendiri ! Parah betul anak teruna Nadim Syah ni.

***

Skrin di skrol ke bawah. Matanya meneliti satu per satu tajuk hasil dari pencariannya. Senarai ‘how to approach a librarian” mencecah 6 juta tapi satu pun tidak relevan. Rizal yang berdiri di belakang terangguk-angguk melihat senarai pencarian Imran. Apa pulak ni.

“Librarian ???”

Imran terus menarik skrin laptop dan membetulkan kaca matanya.

“Biar betul ? Tengah usha librarian, of all people ? You find them sexy huh ?”

Imran membaling belakang badan ke kerusi malas. Dia memerhati Rizal dengan geram. Sibuk je.

“Wonder apa korang akan cakap during dating. Eh librarian bercakap ke ? They only know how to do the Syyy sound !” Rizal tergelak mengekek. Imran rasa nak hempuk kepalanya dengan laptop, biar termasuk leher macam kura-kura, tahu nak menyakat saja !

“Apa susah, buat-buatlah nak cari buku ke, terjatuhkan buku ke, atau paling bodoh sekali buat-buat la bising, nanti mesti kena marah dengan librarian tu…” Rizal memberi cadangan tanpa diminta, dia kan selalu cuba jadi penasihat pada Imran kalau bab-bab nak mengayat. Imran mengerut. Boleh pakai juga. Aduh kenapa la ilmu mengayat tak menurun kat aku. Semua ke Rizal.

Rizal memerhati Imran yang diam dari tadi. Tak ada respon sikit pun. Dia bangun dan menggeleng kepala. Kacau Mummy pulak lah ! Lantas meninggalkan Imran yang sedang berkira-kira hendak menggunakan taktik mana satu. Dia senyum dan tersengih. Ok esok aku cuba buat-buat terjatuh buku. Memanglah nampak cam cara kuno tapi mana tau ada kesan. Mungkin juga Rizal dah gunakan taktik tu masa sekolah lagi. Tak pe esok aku tengok camna. Kot-kot ada hasil. Tak ada lah macam ayam tertanggal bulu je, mengelupur sorang-sorang. Imran tinggalkan ruang balkoni yang bersambung dengan dapur dengan hati bersorak-sorak. Sedikit pun tak perasan mata Nadira yang asyik memerhati. Seminggu ni dia perasan kalau Imran ada lain sikit. Macam di alam khayalan. Tak de nak sembang lepas balik dari kerja.

“Imran, ok ke ?” Nadira terpaksa tanya bila lihat Imran lalu depan dia pun tak nampak dia berdiri.

“Emm…ok je …why ?”

Nadira cepat-cepat letakkan belakang tangan atas dahi Imran. Normal.

“Mum, I’m ok, nothing….just something at work bothers me …”

“Ada apa dengan perpustakaan…”tiba-tiba Rizal menyampuk. Nadira cepat menoleh dan membulatkan mata.

“Next time, Mummy tak payah beli buku. Minta je dengan librarian tu…”

Imran menggigit bibir, hantu betul !

Rizal angkat-angkat kening.
“Hmm…interesting !” mata Nadira bercahaya.

Imran hanya senyum dan cepat-cepat keluar dari dapur. Dia perlukan ketenangan, sejak dia nekad untuk jatuhkan buku esok, dadanya sudah berdebar kencang. Teruk betul la Imran Syah bin Nadim Syah.

***

Hari ini dia ambil cuti. Dia juga batalkan dua temujanji. Dia sudah ada rencana di dalam kepala. Kalau dibiarkan terlalu lama terperuk saja dalam otaknya mahu kembang kepalanya dan takut meletup nanti. Pagi tadi pun dia sudah menyelinap ke dalam bilik studi Nadim. Menarik buku How To Be Romantic yang tersusun bersama-sama journal lain. Dia tahu buku itu sudah berjasa pada Amir, dan tentunya banyak jasa pada Nadim. Jadi pasti ada sesuatu untuknya juga. Asyik menyelak satu satu muka surat. Matanya laju membaca dan otaknya juga laju merakam apa yang penting.

“Hmm….”

Berderau darahnya bila suara Nadim betul-betul depannya.

“I was waiting all these time for either you or Rizal untuk tengok buku tu. Finally !”

“Rizal don’t need this !” kata Imran. Malu juga kena tangkap basah macam tu.

Nadim tergelak lantas menarik kerusi di hadapan meja studi. Habis subuh tadi, dia dan Nadira tidak jadi ‘morning walk’ mengelilingi tasik disebabkan hujan. Jadi dia mahu habiskan membaca di ruang studi itu sahaja, tidak sangka pula bilik itu ‘diceroboh’. Tekun betul Imran, sampai tidak sedar dia masuk, dan bila Nadim nampak buku apa yang menarik minat anaknya itu, dia terus jadi paham.

“Dengarnya seorang librarian …” semalam Nadira dengan gembira bercerita.

Imran mengigit bibir. Dia tutup ‘kitab’ tersebut dan duduk bertentangan.

“Kenapa semua jadi kalut ? Imran tak de apa…”

“Sebab we are all happy, at least now I know you are normal !”

Terjojol biji mata Imran.

“What ! Apa Babah ingat Imran gay ke ?”

“Tak, Babah ingat Imran tak de perasaan je !”

Imran geleng kepala dan macam tidak percaya.

“Am I that bad ???”

Nadim gelak dan mengangguk.

“Tapi kalau Mummy dia akan cakap you are the sweetest person on earth, cuma Imran terlalu possessed ngan study back then and now with work …”

“Hmm…there’s something bout this girl.” Imran mula nak bercerita, dan Nadim senang hati mendengar.

“What about her ?”

“Something that I can’t literaly define, but she makes me crazy….”

Nadim tergelak. Aik cam aku dulu je !

“Then do something … mungkin she’s the one !”

Imran tersengih.

“Pinjam ni .. I need to study from cover to cover !”

Nadim mengangguk.

“Tapi tak semua boleh pakai dalam buku tu, sometimes you just need to be yourself, be creative and most important thing of all, be truthful, jujur dengan apa juga yang you cakap and buat.”

Imran menarik nafas. Tok guru dah bagi sikit petua. Dia cepat-cepat merakam dalam kepala otaknya.

“All the best. And the door is always open to welcome her.” Nadim mengenyet mata membuatkan Imran tersipu.

Baru saja nak cuba mengayat, Babah yang teruja lebih pulak nih. Memang la keluarga aku ni pelik !

***
Tempat sama, pintu kayu masih tertutup rapat. Dua minit lagi mesti dia akan keluar dengan menolak troli. Imran tidak duduk, tapi kali ini dia berdiri di rak yang bertentangan dengan pintu itu. Dia mengukur-ngukur dan mengira-ngira. Perfecto !

Pintu terbuka, troli di tolak. Bunyi kriuk-kriuk membuatkan jantung Imran berkeriuk lagi teruk dari roda yang dah lama tak taruk minyak.

One.

Two.

Three.

Buku berterabur. Pinggang Imran terasa sengal pulak. Kuat juga dia menghentam dirinya pada troli besi tu. Silap budget, tapi kalau tak kuat tak de effect pun tak guna juga. Kalau tahu dek Rizal mesti kena gelak bertahun-tahun !

“Maaf. Saya tak perasan.”

“Syyy !” satu jari automatik di atas bibir dan matanya mengecil mula-mula kemudian dibulatkan. Comel betul ! 

Imran mengulum senyum, teringat pada usikan Rizal semalam. Librarian pandai cakap Syyy sahaja.

“Sorry..” kali ini Imran merendahkan suaranya dan sibuk sama-sama mengutip buku yang bertaburan.

Perempuan India yang masih lagi melukis di atas kertas graf mengangguk-angguk. Dia baru tahu kenapa lelaki itu selalu datang dan merenung pintu kayu. Bukan baca tapi macam jadi watchdog plak. Ooo rupanya mau buat drama. Ayo yo macam-macam. Dia tersenyum dan terus melukis lagi.

“Thank you.” Dia cepat-cepat mengambil buku yang hendak di letak Imran. Tadi dia sudah susah payah menyusun mengikut rak. Jadi kerjanya senang, terus saja meletakkan buku-buku pada tempatnya.

Mata Imran tangkas melihat pada name tag. Dia senyum, nama secomel orangnya.

Sekarang babak kedua pula, hatinya tersengih-sengih. Cepat saja dia mengambil barang-barang miliknya di atas meja.

***

Muka penjaga kaunter sukar diertikan. Dia melihat sampul surat dan wajah Imran berselang seli.

“Tolong ye. Sangat penting untuk surat itu sampai pada Cik Nana.”

“Tapi kat sini ada dua Nana, Nana Malek atau Nana Irawati Nasir.”

Imran mengecil matanya.

“Nana yang selalu kat tingkat 3.”

“Oh, Nana Malek.” Dia tersenyum dan terus menangguk. “Nanti waktu lunch saya beri pada dia.”

“Terima kasih ye.”

***
Nana merenung kad yang ada gambar tiga kuntum bunga Peony putih

Di dalam pula ada tulisan tangan.

“Sorry I sengaja ‘langgar’ untuk tahu nama you, Nana !”

Nana tutup mulut dari terkejut. Tadi dia terkejut kena langgar, sekarang dia terkejut sebab jantungnya hampir luruh. Jantung dia betul-betul luruh sebab sekarang lelaki itu betul-betul ada depan dia. Tengah tersenyum manis dengan lesung pipit terbenam di pipi.


Babak satu dah berjaya.
Babak dua pun sudah selesai.
Babak tiga. Entah bilalah !


TAMAT !