Dalam satu karya, pasti ada bahagian yang menjadi kesukaan penulis.
Dalam 3 Jantung Hati misalnya, ada beberapa babak yang menjadi kesukaan saya. Sayangnya ianya telah dipotong semasa proses suntingan.
Saya akan tempekkan dari masa ke semasa untuk dikongsi rakan pembaca sekalian.
Babak ini adalah permulaan pengenalan Nadim dan Ensha Hani.
- selepas pulang dari klinik (kejadian Nadira jatuh di FRIM)
Nadim memerhati sekeliling. Sunyi saja.
“Uncle nak minum ?” tanya Ensha.
Nadira yang baru lepas di injek ubat tahan sakit berasa stone dan melayang. Pandangannya kabur dan hanya dapat melihat Ensha dan Nadim hilang ke dapur.
“Doktor cakap Mummy akan ok sehari dua lagi. Kesian Mummy. Tapi nasib baik tak terseliuh.” Nadim mengangguk sambil memerhati jari-jari kecil itu menuang air sirap ke dalam mug comel polka-dot hijau dan kuning.
“Emmm…ayah Honey tak ada pergi mana ? Kerja ?”
“Tak…dah 3 tahun meninggal…masa tu Ensha..emm Honey kecik je lagi…”
“Ohhh..” dia mengelus lembut kepala Ensha. Hatinya merasa sayu, anak secomel Ensha Hani telah di duga untuk tidak mengenal kasih seorang ayah. Dalam sayu tu ada juga rasa suka terselit di celah-celah jantungnya. Apakah ini takdir untuk Nadim Syah ? Saat itu dia rasa macam menang loteri ! Tanpa sedar dia tersenyum sedikit, jarinya memegang mug yang di tolak ke arahnya, cuba mententeramkan perasaanya yang melonjak gembira.
“Kenapa Uncle senyum ?” tanya Ensha mematikan khayalannya.
“Emm..tak ada apa.” Dia mencapai mug dan terus meneguk air sirap yang sejuk dan tawar itu. Nadim memarahi diri sendiri kerana terleka dikala budak kecil itu sedang bercerita tentang tragedi yang menimpa dirinya.
“Accident, masa Babah pergi buat kerja-kerja amal kat mangsa-mangsa gempa bumi.” Ensha menyambung bercerita, matanya memandang muka Nadim dengan lesu.
“Kalau Babah ada, umur dia mungkin sama dengan Uncle.” Mata bening itu terus leka memandang wajah lelaki di hadapannya. “Umur Uncle berapa ?”
“38…” Ensha mengetap bibir dan matanya di larikan dari melihat Nadim. Dia mencebik sedikit dan jari-jari kecilnya bergerak-gerak seolah sedang mengira.
“Aa…betul la…sama dengan Babah.” Dia mengangkat muka memandang muka Nadim dan tersenyum sedikit. “Handsome pun sama macam Babah !” celotehnya menggeletek Nadim.
“Ye ke ?” saja Nadim menduga. Ensha mengangguk laju.
“Babah lagi putih dari Uncle la, sebab Tok, Scottish, tapi Nenek orang Melayu.” Jelasnya sekaligus menjawab terkaan Nadim. Raut wajah Ensha menampakkan ada ciri-ciri darah campuran, hidung mancung, rambut kerinting halus yang sedikit keperangan dan pemikiran yang agak kehadapan dari budak seusia dirinya membuatkan cara bicaranya tampak lebih matang.
“Babah reporter ke ?” tanya Nadim ingin tahu.
“Tak, Babah doktor.” Ensha tersenyum. “Uncle nak sirap lagi ke ?”
“Thank you. Uncle nak balik ni. Tapi tunggu kawan uncle tadi. Dia dah call, on the way, harap-harap la dia tak sesat.”
“Ala, Subang Jaya bukan jauh kan…Uncle duduk mana ?” tanyanya terus.
Ensha mengambil satu lagi coklat dengan pembalut berwarna biru. Dia memberi pada Nadim sebelum dia mengambil lagi sebiji.
“Damansara Heights.”
“Oh….emm kat Bangsar ?”
“Dekat-dekat la….Honey selalu pergi Bangsar ke ?”
“Dulu, masa Nenek ada, tapi bila Nenek dah meninggal, tak pergi dah. Kadang je Uncle Lan, abang Babah datang tengok Honey, bawak Honey gi tengok wayang, tapi Uncle Lan pun dah tak ada sini, dia kerja kat emm….lupa dah..” Ensha ketawa sambil menutup mulutnya
Nadim angguk-anguk mendengar jawapan panjang lebar si comel itu, dan turut ketawa bersama-sama. Dia terdengar dengkur Nadira dan mengetap bibir dari hendak ketawa.
“Uncle..nanti boleh jumpa lagi tak ?” tanyanya sambil mengigit hujung coklat yang berbentuk bunga ros. Mata jernih itu melihat dengan penuh harapan.
“Honey nak jumpa Uncle lagi ke ?” Nadim menyibak rambut yang terjurai di dahi, selepas itu mengurut janggut di dagunya. Ada chance baik ni, telah hati Nadim.
“Nak…kita kan dah jadi kawan.”
Nadim senyum dan angguk-angguk.
“Ni phone number Uncle, kalau Honey nak sembang ke ..apa ke , just call.”
“Thank you Uncle. You are so kind.” Ensha senyum, dia membaca kad yang di tangan sebelum menyimpan kad tersebut ke dalam poket seluarnya.
“CEO tu apa ?”
“Chief Executive Officer.”
“You’re a chief ??” tanya Ensha, matanya bulat dan kagum.
“Er…camtu la lebih kurang….”
“Chief tu buat apa ? Selalu dengar chef, chief tak pernah dengar…” tanyanya penuh minat, dan Nadim mengerut kening.
“Emm chief manage the running of an office…”
“Oh….just that ?” tanyanya lagi, mata Ensha makin bulat dan dia betul-betul hendak tahu apakah pekerjaan seorang CEO.
Nadim mengecilkan sebelah mata cuba mencari ayat paling mudah bagi menerangkan bidang kerjanya.
“Ada, banyak lagi, attend meetings, pastikan semua orang kerja bersungguh-sungguh…”
“Oh, macam Honey, I am class monitor, selalu kena pastikan semua hantar kerja rumah, tapi Honey tak attend meeting lah, cikgu je attend meeting.”
Nadim ketawa dan mencubit pipi Ensha, dia geram mendengar mulut yang keletah berbicara.
“Ya, jadi, esok bila pergi sekolah, cakap kat kawan-kawan Honey adalah CEO kelas…”
“A’ah…lagi best kan….i am CEO of the Class…”
Nadim mengigit bibirnya sekaligus tersenyum. Anak kecil di depannya terlalu bijak dan comel pula tu, hati mana tak tertarik, tambahan pula mummynya sekarang ‘available’. Memang kena loteri berganda si Nadim Syah nampak gayanya !
“Mummy dah tidur la..heheh…Uncle dengar tak Mummy dengkur.”
“A’ah…kuatnya…” mereka berdua ketawa dan dengkuran Nadira makin kuat bergegar-gegar.
No comments:
Post a Comment