Saturday, June 11, 2011

3 Jantung Hati - Uncut Version IV

Watak Midon sebenarnya di potray sebagai seorang yang agak kelakar. Semasa cerita ini dikongsi bersama kawan-kawan di Forum cari.com, ada satu perkataan Midon yang menjadi trademark. Perkataan TUNGO yang digunakan telah menjadi ikutan para forummers. Di dalam versi cetak, sms Midon yang ada perkataan itu bagaimanapun telah di potong.

Suka saya berkongsi dengan teman2 di sini, beberapa scene tentang MIDON.



I - Midon berjaya menjejak Nadira yang menumpang di banglo Nadim.

MIDON keluar dari kereta yang dipakir di celah-celah rimbun pokok beberapa meter dari rumah itu. Dia memerhati dari luar, beberapa kamera yang terpasang membuatkan agak sukar masuk ke dalam. Kawalan kawasan perumahan elit itu sangat ketat. Dia menggaru pipi bila seekor lalat menghampiri. Baru dia mahu melangkah, seorang peronda keselamatan berhenti, dan dari atas motor, dia menggamit memanggil Midon.


“Wak…”

Cheh ! Muka aku cam Indon ke….Midon bengang.

“Ye …”

“Ko’e ada urusan di sini ?”

“Emm…Ada, mau betulkan wiring.” Midon cuba menukar cara cakap walaupun ada sedikit bunyi pelik.

“Dafter di depan sono. Ora iso melebu ..”

Midon terpisat pisat, amenda dia ni cakap.

Lelaki di atas motor itu mengulang percakapan, “Daftar depan sana, tak boleh masuk terus…”.

Midon menghela nafas dan dengan hati yang berat dia ikut saja menuju ke pos pengawal yang terletak beberapa kilometer dari banglo Nadim dengan menaiki motor pengawal ronda itu.

“Encik Nadim, ada masalah dengan wiring ya ?”

Sebaik sahaja Midon mendaftar di sebuah buku, seorang lagi pengawal keselamatan terus menghubungi Nadim. Semasa Midon masuk tadi, pos pengawal itu kosong dan dia terus saja memecut masuk.

“Tak. Tak de.”

“Tapi ada ni tukang elektrik..”

“Emm, mungkin dia salah rumah. Jangan benarkan dia masuk.”

“Baik Encik Nadim…”

Pengawal itu meletakkan telefon dia mencekak baju Midon.

“Kamu jangan macem-macem di sini, lari atau kami panggil pak polisi…”

Rayuan Midon untuk mengambil kereta yang terletak di dalam kawasan perumahan itu tidak di endahkan, sebaliknya mereka meminta kunci darinya.

“Kunci tak de…ada dalam kereta tu…”

Pengawal keselamatan terus menghubungi kawan-kawannya yang membuat rondaan dan sekejap selepas itu, ternampak kereta Proton Saga hijau terhogeh-hogeh menuju ke pos pengawal.

Midon dengan muka layu terpaksa memandu kereta itu dengan diiringi dua pengawal keselamatan yang mengekornya hingga ke simpang awal berdekatan jalan besar yang menghala ke kawasan perumahan itu. Hatinya sebal sangat, duit semakin tinggal sedikit, dan pekerjaannya tak selesai-selesai lagi.


II - Midon berjaya kidnap Ensha


Telefon tiba-tiba berdering, ianya seolah mengalihkan tekanan yang mereka rasakan ketika itu. Cepat Nadira membuka beg tangan. Nombor Ensha.


“Mummy !!” suaranya hilang, dan diganti pula dengan suara lelaki yang parau dan garau.

Seluruh tubuh Nadira yang sejuk menjadi beku, dia terpaksa memegang lengan Nadim untuk pastikan dia tidak jatuh. Melihat keadaan muka yang pucat lesi, Nadim merampas telefon.

“..dan jangan cuba-cuba bawak hero awak tu..kalau mahu anak ini selamat.”

Talian di matikan. Nadira sudah pun berjalan pantas tanpa menunggu Nadim.

“Dira…tunggu..” Nadim berlari anak mendapatkan Nadira yang sudah memasuki lorong menyambungkan antara pantai dan bangunan hotel. Dia terus saja berjalan tanpa menghiraukan teriakan Nadim. “Sayang, relax..” tangan Nadira di tarik sampaikan tubuh yang bergetar ketakutan terpusing menghadap Nadim.

“I tak boleh relax, 1 minit I lambat, Ensha dalam bahaya.” Suaranya mulai pecah. Mata Nadira merenung tepat ke arah Nadim.

“Dia cakap apa mula tadi ?”

“Dia tunggu kat B2.” Nadira mula bergerak. Nadim menarik tangan sekali lagi dan cepat dia menepis kasar. “Nadim, I need to go and get Ensha..” suaranya keras.

“Listen to me…”

“No.. I am not listening to anyone…Ensha is my Baby, and she’s with someone who wants to hurt me…” air mata sudah bergenang, tangannya mengeletar.

Nadim terus mengikut gerak langkahnya yang semakin laju.



Ensha 09:18:19 pm


Kami tungo. Ingat jgn bawak Nadim. Kalo mau anak salamat.

No comments: