Antara buku2 yang aku sambar kat MPH sales di Section 13 PJ. The sales will be till Sunday 3rd May. So all you book lovers, this is something that not to be missed.
Thursday, April 30, 2009
Perkara Bodoh dan Memalukan....
Aku boring hari ni...so aku duduk diam-2 dan teringat satu kisah yang terjadi tahun lepas. Perkara ni memang memalukan.
Satu pagi aku bawak mak aku, 2 anak buah perempuan jalan-jalan. Tak de arah tujuan, aku biarkan je kaki ku menekan minyak kereta membawa kami ke mana2.
Kami sampai ke Kelang. Sebabkan jauh, aku berenti kat satu Mc Donalds outlet. Masa tu aku masih membeli di Mc D (sekarang aku malu nak masuk ke Mc D, sbb aku akan rasa betapa bacul dan lemahnya sekiranya setakat nak boycott Mc D tak kan aku tak leh buat).
Aku pun beratur dan setelah memesan air dan curly fries aku di minta tunggu sebentar. Aku pun pegi ke kaunter sebelah yang masih ditutup (pagi2 lagi...)
Kaunter sebelah seorang gadis cina sedang membuat pesanan, tiba-tiba aku terperasan yang aku tertinggal handphone kat kaunter tadi, dengan cepatnya aku cuba menyambar handphone tu membuat amoi tu terkejut badak lantas mengenggam erat handphone itu. Cashier dan beberapa orang pelanggan tergamam melihat drama tersebut.
"Itu saya punya handphone." kataku sambil buat muka bengang ngan amoi tu. Handpone cikai aku tu pun ko nak ke.....Amoi tu buat muka kat aku..menyirap lagi la aku.
"Ini saya punya la...." dia pulak menjawab. ewah....ewah..
Aku tak puas hati terus buka purse aku untuk membuktikan itu handphone aku, dan sambil terbeliak dan menelan air liur, handphone aku ada dalam tu.
Dengan segan aku berkata pada amoi itu, "Sorry aa, handphone serupa ma...."
Cashier tadi yang tergamam, menghulurkan curly fries yang masih panas, sambil tersengih memerli.
Aku yang kemaluan...terus berlalu sambil dalam hati.....apalah dosa aku pagi ni...uwaaaaaaaaaaaaaa....
Dalam kereta aku menceritakan apa yang terjadi...semua pakat gelak gila-2 kat aku...tiada simpati langsung....
...Ni yang buatkan aku nak pakai Iphone ni ....cheh

Hoi....siapa plak kunci aku nih
Aku melangkah masuk ke dalam tandas antara tingkat 11 dan tingkat 10 bangunan KPD yang lebih tua dari aku.
Sedang aku menunaikan hajat aku, tetiba aku dengar ada orang menyelak pintu bilik kecik tu. Aku pun ngan panik ketuk-ketuk menandakan aku ada kat dalam. Malangnya orang itu buat tak tahu je. Aku ketuk kuat-kuat sambil berpikir perkara paling buruk. Mampus kalau tak ada siapa come to my rescue...takkan aku nak tido kat situ...GILA..dah la tingkat 11 ni terkenal dengan perkara2 mistik.
Dalam kekalutan tu aku terperasan yang aku bawak handphone....puh gila lega. Dengan tak malu aku sudah call someone dan minta dia bukak selak. Muka budak tu confuse gila bila buka selak tu. Aku tau dia nak gelak kuat tapi sebab aku ni darjat tinggi skit dia kulum je.
Sampai sekarang ni kalau aku pegi bilik air kat KPD aku mesti bawak handphone. Gila ...
Persoalannya sekarang, siapakah yang berani-2 buat lawak camni ngan aku ? orang atau penghuni di alam satu lagi....
Atau apa yang aku alami ni adalah balasan kepada kesilapan aku terkunci suami aku dalam bilik air beberapa bulan lalu (its-just-not-bobs-week)
Pesanan aku..."Jangan biarkan hidup anda di kurung dalam jamban........chissssss...."

Tak GUNA punya QUIZ....
Noorinnisyah took the Berapakah gaji yang layak anda terima quiz and the result is RM18
Sesuai lah dgn anda yg sgt pemalas. Kerja tak pernah buat..datang opis lambat..Melawan cakap bos...Busuk hati dgn kawan-kawan opis...Ishhh.. Baik anda berhenti jer keje....
QUIZ YANG BERNIAT JAHAT, BERPRASANGKA BURUK DAN SUKA MELAGA-LAGAKAN ORANG....
TAK BAIK DOWH.....
Karangan...(sambungan)
“Baik, kalau itu yang you mahukan. Salina binti Zaidi, aku ceraikan engkau dengan talak satu.” Ada getar di suaranya, sebak menghiris dadanya.
Dia memusingkan badan dan menarik nafas dalam-dalam, air mata yang ditahan jatuh juga berguguran. Fikirannya jadi kosong, dia hanya mendengar dentuman pintu bilik di hempaskan, jantungnya juga seperti gugur, lemah luluh seluruh badan. Kakinya menggigil, dengan perlahan dia teraba-teraba mencari birai katil, punggung dilabuhkan, satu keluhan nafas berat di lepaskan. Ya Allah…apa yang telah aku lakukan…..Air matanya yang masih mengalir dikesat dengan belakang tangan. Dia menekup mukanya, tangisan halus di lepaskan, segala kesedihan tertumpah keluar. Hatinya masih sayang, hatinya masih cinta. Cintanya tidak pernah hilang, tidak pernah pudar. Sayang, cintanya tidak di pandang lagi. Cintanya sudah dibuang jauh-jauh dari hati wanita itu.
“Babah….” Suara kecil Liya memanggil.
Cepat-cepat dia mengesat air hidung, muka di pusing mengadap suara itu. Dua anak kecil itu menerpa ke arah ayah yang sedang kesedihan.
“Babah....” Liya yang baru berusia 6 tahun itu memaut erat kaki lelaki itu.
Dia tidak mahu kalau babahnya juga pergi seperti ibunya. Takut menyelebungi hati si kecil itu. Aziq diam tunduk memandang ke lantai. Masih jelas di matanya sewaktu ibu bergegas keluar tanpa mengendahkan mereka yang mengejar dari belakang.
Megat menarik badan Liya dan di rangkulnya sambil mengusap belakang badan dengan penuh rasa kasih dan sayang . Di peluk anak itu yang menanggis tidak henti. Sebelah tangan menarik Aziq. Tangannya mengusap lembut kepala anak itu.
“Jangan takut. Babah tak akan pergi mana. Tak akan tinggalkan Aziq dan Liya.”
Malam itu terasa terlalu panjang. Matanya memandang tepat ke siling dalam gelita yang sunyi. Bunyi dengkuran Aziq yang halus bagaikan alunan yang menghiburkan hatinya di kala itu. Bagaikan tidak percaya dia sudah kehilangan cinta seseorang. Esok pagi dia akan pergi tanpa iringan senyum Salina. Malam itu dia seakan sedar, dia sudah kehilangan cinta dan senyuman wanita itu setahun yang lalu. Bila pulang ke rumah, terasa ada bahang yang membuatkan mereka tidak betah bersama. Caci hamun sentiasa menyinggah. Apa yang dia lakukan semuanya salah di mata Salina. Dia juga tidak memperdulikan cerita-cerita yang didengari perihal tingkah isterinya kala dia sibuk mencari rezeki. Sedikit pun dia tidak mempercayai kalau isterinya berlaku curang.

Wednesday, April 29, 2009
Karangan
“Jangan buat I hilang sabar…”
Empat anak mata bulat memerhati dari celah pintu yang terbuka sedikit. Liya, si adik sudah mula mencebik. Aziq, si abang menarik tangan adiknya. Mereka berdua berlari ke bilik di sebelah lalu naik ke katil sambil berpelukan. Ini bukan pertama mereka mendengar pertengkaran yang selalu terjadi balik pintu bilik yang tertutup itu. Sejak akhir-akhir ini suasana terasa tegang sebaik bapa mereka pulang. Tidak sempat menghela nafas penat setelah seharian suntuk di luar untuk memastikan dapur berasap, mengotakan seribu janji yang di tabur untuk kebaikan keluarga itu, hamburan maki hamun pula yang menyambut kepulangan lelaki itu.
“Selama ini I diam dengan tingkah you. Tapi hari ini I tak boleh diam lagi. Dayus kalau I tidak tegur perangai you tu.” Suaranya masih tinggi. Matanya merah memandang perempuan di hadapannya.
“I dah tak tahan lagi, hidup dengan you tak ubah macam pengemis, merempat tak menentu.” Lelaki itu termangu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mungil perempuan itu.
“Lepaskan I, tu yang terbaik untuk kita.” Perempuan itu terus mengasak.
Bukan ini yang pertama diluahkan, sudah terlalu acap kali kata-kata itu dihamburkan ke mukanya. Ego lelakinya dijentik hamunan. Dia menatap wajah di hadapannya. Hilang senyum manis yang dulu menjadi igauannya. Hilang seri wajah yang kuyu dan penuh kelembutan seoarang wanita yang satu ketika dulu menjadi dambaannya. Malam itu, wajah yang selalu memandanganya dengan penuh rasa sayang bertukar sama sekali. Hanya kebencian terpancar dari mata itu.
bersambung.....

Thursday, April 23, 2009
Brahmachari (1968) Aaj Kal Tere Mere Pyar Ke Charche
Tetiba aku jadi layan dengan lagu ni...
Kisah bermula aku dengo kat satu segmen KLFM (KLKL petang2 suma lagu2 lama)..
So semalam aku suda call tu DJ tanya nama lagu tu..search punya search jumpa..so layan...............SYOK ooooo
Tuesday, April 21, 2009
Surat Terbuka untuk Drebar Bas dan Lori
Kepada Encik Drebar Bas dan Lori,
Saya dapati cara pemanduan Encik Drebar Bas(DB) dan Drebar Lori(DL) di lebuhraya utara selatan sangat merbahaya. Encik berdua suka-suka hati tukar lane seolah2 Encik saja yang berada di atas jalan tu. Encik bawak laju tanpa mengira perasan pemandu-pemandu lain terutamanya yang memandu kereta2 kecil seperti Kancil.
Bila accident dan bila muka encik keluar kat TV, encik buat muka kesian. Tapi encik pernah tak terpikir nak kesian kat penumpang dan pengguna jalan raya ?
Saya tak pernah kesian tengok muka sekupang encik keluar TV, cuba merayu dengan mengatakan apa akan jadi pada keluarga encik memandangkan encik seorang yang menanggung kehidupan keluarga encik...tapi encik lupa yang penumpang-penumpang atau pengguna jalan raya yang menjadi mangsa encik juga merupakan orang yang menanggung kehidupan keluarga mereka.
Saya harap encik berubahlah..ingatlah bila di belakang stereng encik memikul amanah dan tanggungjawab, jangan jadi pelesit jalanraya...kalau encik sorang je yang mati saya tak kisah...
Sekian.
Terima Kasih.

Friday, April 17, 2009
Aik dah JUMAAT
Lor...
cepatnya dah Jumaat....cepatnya masa berlalu
umur pun makin cepat naik....
pikir-pikir balik apa kita dah buat dengan masa yang pantas berlalu....ada ke benda baik..atau masa berlalu sia-2...
ntah le...apa2 pun saat MATI makin hampir !!!

Thursday, April 16, 2009
Rambut Panjang
'Kak,kalau saya join balik sini, boleh saya simpan rambut panjang ?' tanya seorang Ex-Staff selepas interview semalam.
Aku jawab....'Simpan la panjang mana ko nak, asal bila jumpa client ko pandai2 la sorok...'
'Ok kak, tima kasih.'
Dia nak simpan sbb katanya dia ROCK.
kalau rambut pendek tak boleh rock ke ? huh....macam2 budak sekarang.

Tuesday, April 14, 2009
Monday, April 13, 2009
Hari Isnin
Hari isnin. Masih batuk altho dah banyak kurang. Alhamdulillah. Makan madu.
Nak pegi office tapi migraine plak...
Lepak rumah , buat kerja..siap gak beberapa benda penting....
Pening dah hilang....
Harap esok , sakit tekak plak baik.
Orang cakap musim. Sekarang musim demam. Kesian musim...tak pasal2 dia dipersalahkan.

Tuesday, April 07, 2009
Mendung....
BATUK.PENING KEPALA.SELSEMA.
TAK SIHAT HARI NI.
Bila nikmat sihat di tarik...apa kita selalu bersyukur semasa kita sihat ?

Thursday, April 02, 2009
Satu Pagi...
Aku memerhati dari jendela.... semilir angin pagi menghembus, membuat rambut ku bergerak-gerak. Mata ku terus menerobos ke sinar pagi yang mula menampakkan segaris cahaya.
Aku diam melihat sekumpulan burung merintasi langit menuju ke selatan. Mereka terbang dalam satu kumpulan, ada ketua yang membimbing. Ekor mataku terus mengikut gerak mereka sehingga perlahan-lahan hilang dari pandangan.
Dari kejauhan aku melihat seorang tua menyorong basikal. Basikal usang itu sarat dengan barang-barang yang dikutipnya. Dia berlalu di hadapanku, matanya tetap memandang ke hadapan. Siul kecil terdengar dari bibirnya. Aku lihat ada garis kepayahan dari raut wajah tua itu. Mana anaknya ? mana keluarganya ? Kenapa sehingga usia dikejar senja tua dia harus mengusung basikal, menyusur semak mencari harapan demi menyambung sebuah kehidupan.
Aku mula terpisat-pisat di hadapan jendela...burung sudah semakin hampir ke destinasi mereka, orang tua punya semangat kuat dan utuh untuk menerus drama kehidupan hari ini...dan mengapa aku masih termenung di jendela, dengan kebuntuan yang makin bersarang ... ayuh bangun dan sedarkan diri dari berlama-lama mengelamun...tidak ada apa hasilnya kalau terus melayan sukma...ayuh bangun dan berkumpul bersama-sama orang yang sibuk mencari diri di tengah-tengah kesibukan kota.....

Wednesday, April 01, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)