Saturday, June 11, 2011

3 Jantung Hati - Uncut Version IV

Watak Midon sebenarnya di potray sebagai seorang yang agak kelakar. Semasa cerita ini dikongsi bersama kawan-kawan di Forum cari.com, ada satu perkataan Midon yang menjadi trademark. Perkataan TUNGO yang digunakan telah menjadi ikutan para forummers. Di dalam versi cetak, sms Midon yang ada perkataan itu bagaimanapun telah di potong.

Suka saya berkongsi dengan teman2 di sini, beberapa scene tentang MIDON.



I - Midon berjaya menjejak Nadira yang menumpang di banglo Nadim.

MIDON keluar dari kereta yang dipakir di celah-celah rimbun pokok beberapa meter dari rumah itu. Dia memerhati dari luar, beberapa kamera yang terpasang membuatkan agak sukar masuk ke dalam. Kawalan kawasan perumahan elit itu sangat ketat. Dia menggaru pipi bila seekor lalat menghampiri. Baru dia mahu melangkah, seorang peronda keselamatan berhenti, dan dari atas motor, dia menggamit memanggil Midon.


“Wak…”

Cheh ! Muka aku cam Indon ke….Midon bengang.

“Ye …”

“Ko’e ada urusan di sini ?”

“Emm…Ada, mau betulkan wiring.” Midon cuba menukar cara cakap walaupun ada sedikit bunyi pelik.

“Dafter di depan sono. Ora iso melebu ..”

Midon terpisat pisat, amenda dia ni cakap.

Lelaki di atas motor itu mengulang percakapan, “Daftar depan sana, tak boleh masuk terus…”.

Midon menghela nafas dan dengan hati yang berat dia ikut saja menuju ke pos pengawal yang terletak beberapa kilometer dari banglo Nadim dengan menaiki motor pengawal ronda itu.

“Encik Nadim, ada masalah dengan wiring ya ?”

Sebaik sahaja Midon mendaftar di sebuah buku, seorang lagi pengawal keselamatan terus menghubungi Nadim. Semasa Midon masuk tadi, pos pengawal itu kosong dan dia terus saja memecut masuk.

“Tak. Tak de.”

“Tapi ada ni tukang elektrik..”

“Emm, mungkin dia salah rumah. Jangan benarkan dia masuk.”

“Baik Encik Nadim…”

Pengawal itu meletakkan telefon dia mencekak baju Midon.

“Kamu jangan macem-macem di sini, lari atau kami panggil pak polisi…”

Rayuan Midon untuk mengambil kereta yang terletak di dalam kawasan perumahan itu tidak di endahkan, sebaliknya mereka meminta kunci darinya.

“Kunci tak de…ada dalam kereta tu…”

Pengawal keselamatan terus menghubungi kawan-kawannya yang membuat rondaan dan sekejap selepas itu, ternampak kereta Proton Saga hijau terhogeh-hogeh menuju ke pos pengawal.

Midon dengan muka layu terpaksa memandu kereta itu dengan diiringi dua pengawal keselamatan yang mengekornya hingga ke simpang awal berdekatan jalan besar yang menghala ke kawasan perumahan itu. Hatinya sebal sangat, duit semakin tinggal sedikit, dan pekerjaannya tak selesai-selesai lagi.


II - Midon berjaya kidnap Ensha


Telefon tiba-tiba berdering, ianya seolah mengalihkan tekanan yang mereka rasakan ketika itu. Cepat Nadira membuka beg tangan. Nombor Ensha.


“Mummy !!” suaranya hilang, dan diganti pula dengan suara lelaki yang parau dan garau.

Seluruh tubuh Nadira yang sejuk menjadi beku, dia terpaksa memegang lengan Nadim untuk pastikan dia tidak jatuh. Melihat keadaan muka yang pucat lesi, Nadim merampas telefon.

“..dan jangan cuba-cuba bawak hero awak tu..kalau mahu anak ini selamat.”

Talian di matikan. Nadira sudah pun berjalan pantas tanpa menunggu Nadim.

“Dira…tunggu..” Nadim berlari anak mendapatkan Nadira yang sudah memasuki lorong menyambungkan antara pantai dan bangunan hotel. Dia terus saja berjalan tanpa menghiraukan teriakan Nadim. “Sayang, relax..” tangan Nadira di tarik sampaikan tubuh yang bergetar ketakutan terpusing menghadap Nadim.

“I tak boleh relax, 1 minit I lambat, Ensha dalam bahaya.” Suaranya mulai pecah. Mata Nadira merenung tepat ke arah Nadim.

“Dia cakap apa mula tadi ?”

“Dia tunggu kat B2.” Nadira mula bergerak. Nadim menarik tangan sekali lagi dan cepat dia menepis kasar. “Nadim, I need to go and get Ensha..” suaranya keras.

“Listen to me…”

“No.. I am not listening to anyone…Ensha is my Baby, and she’s with someone who wants to hurt me…” air mata sudah bergenang, tangannya mengeletar.

Nadim terus mengikut gerak langkahnya yang semakin laju.



Ensha 09:18:19 pm


Kami tungo. Ingat jgn bawak Nadim. Kalo mau anak salamat.

Friday, June 10, 2011

3 Jantung Hati - Uncut Version III

Babak seterusnya, percubaan Nadim di dapur !



Banglo itu senyap sunyi sahaja, dia terjengket-jengket menuju ke dapur. Sedikit bunyi pun tak berdetik apalagi bau-bauan. Dia menghampiri dan tampak bayang-bayang Nadim dan Ensha dari panel gelas kabut. Nadira tertunduk-tunduk, tidak mahu mereka nampak bayangan dia. Dia menguping di balik panel gelas tersebut, dan tersengih-sengih mendengar dialog lucu Nadim dan Ensha.


“Honey cuba baca, berapa lama kita nak goreng bawang ni before masuk tomato.”

“Dia tak tulis…”

“Hmm…uncle belasah je lah eh….”

“Honey tak tau…betul ke Uncle boleh masak ni ?”

Nadim ketawa dan menarik hidung Ensha.

“Honey tak cuba lagi, kalau cuba mesti nak lagi. Mummy pun kalah tau.”

Nadira sudah tidak tahan dari hendak ketawa, dia duduk bertinggung dan terus mendengar.

“Alamak Honey…udang ni dah rentung sikit la …”

“Tu kan Honey dah suruh alih, Uncle kata belum lagi …belum lagi..”

“Tak pe , tak pe…Uncle tau la kita kasi mekap lawa-lawa ok la nanti..”

Ensha ketawa, “Nanti kena ambil beg mekap Mummy la !”

“Yupe, kita pakaikan udang ni lipstick pink Mummy tu…”

Nadira menekup mulutnya dari ketawa besar dan perutnya sudah rasa senak menahan ketawa.

“Uncle , pasal pasta tu nampak lembek je cam bubur dah..”

“Hah ?”

Serentak dengan itu Nadira terdengar bunyi senduk jatuh dan botol atau tin berlaga dengan kaunter stainless steel di bahagian tempat masak.

“Shit ! ”

“Hey , watch you word Uncle !”

“Sorry Honey !”

Nadira tidak dapat menahan diri lagi, dia dapat rasakan keadaan sangat kritikal di dalam dapur. Dia berdiri di laluan masuk dapur, matanya terbeliak. Memang kalut ! Dapur yang tadi berkilat dan tersusun, sekarang menjadi sangat huru hara, dengan pasta yang jatuh berserakan di atas kaunter masak dan juga di lantai, sos tomato yang tertumpah menitik dari ruang masak ke lantai yang bertiles hitam itu mewujudukan warna yang sungguh kontras. Nadim kalut cuba mengangkat periuk pasta yang terlebih rebus sambil kakinya pula menendang senduk di lantai yang menganggu gerak gerinya. Bau hangit keluar dari salah satu kuali leper dan bau bawang rentung memenuhi ruang dapur itu. Ensha pula sedang duduk manis memerhati kekalutan dari atas kerusi tinggi memegang buku resipi sambil memberi arahan itu ini pada Nadim yang makin kalut.

“Ya Allah..apa dah jadi ??” Nadira berlari mendapatkan dapur, api yang marak terus dia padamkan

Mereka berpaling serentak dan dua-dua melopong melihat Nadira yang terkejut dan tergelak pada masa yang sama. Air panas dari periuk terpercik dan Nadim menjerit kecil. Dia masih terkial-kial dengan seperiuk pasta yang sudah tidak nampak seperti pasta lagi. Nadira tidak henti geleng kelapa, Nadim ditolaknya jauh dari sinki.

“Hmmm…” Nadira mengetap bibir, menahan ketawa melihat Nadim mengangkat bahu seolah mengatakan Ops !

“Pasta ni tak boleh di selamatkan lagi !” kata Nadira dalam ketawa yang masih berbaki.

Nadim mengigit bibir dan mukanya merah. Dia sendiri NGERI melihat pasta yang sudah macam bubur lambuk !

“Tolong boleh ?”

“Apa ?” tanya Nadim merapati Nadira kembali.

“Tolong keluar dari dapur ni kejap ….” Nadira masih ketawa sampai tersedu-sedu dan Nadim cuba tersenyum manis. “Sekarang !!! Dan bawak Ensha sekali ye !”

Nadim terus meluru mendapatkan Ensha, dia angkat Ensha yang masih duduk di kerusi tinggi dan mereka bergegas meninggalkan Nadira.

“Kita nak makan apa nanti ????” Nadira tertangkap soalan Ensha pada Nadim.

“Emm….biar Mummy uruskan.. ok ? ” Dia terus melangkah keluar dengan Ensha masih dalam dukungannya. Sempat juga Nadim mengerling ke arah Nadira yang bercekak pinggang berkira-kira hendak bermula dari mana. Udang besar dah rentung dan mengerekot dalam kuali leper ! Nadira menarik kabinet dan dia tersenyum, syukur, ada sesuatu yang boleh dijadikan makan malam mereka.







SUASANA di ruang makan tidak begitu memberangsangkan bagi Nadim. Mana tidak, dari tadi dia asyik diperli oleh Nadira dan Ensha. Sup Mee Maggi di hirup perlahan-lahan, telinganya dah rasa macam nak tersumbat mendengar ketawa ria Nadira. Geram hatinya geram.

“Pandai Encik Nadim masak kan..what is it call again Penne Pomodoro ? ” usik Nadira sambil memutarkan mee pada garfu sebelum di suap ke dalam mulutnya.

Nadim menggigit bibir, matanya dikecilkan dan dia hanya bermain-main dengan mee maggi perisa ayam itu. Kalau ikut hatinya memang Nadira akan digeletek cukup-cukup. Perli tak habis-habis !

“Tak pe…siapla you lepas ni !” Nadim konon-konon mengeraskan suaranya.

Nadira hanya ketawa dan tidak sedikit pun mengendahkan ugutan Nadim itu.

“Ini last la Honey tolong Uncle kat dapur…” Ensha terus menyudu sup dan tak habis-habis menggeleng kepalanya.

“Ensha, bila ada lelaki cakap nak masak untuk Ensha nanti, don’t ever trust them..” giliran Nadira pula mengenyet mata pada Nadim yang tersenyum kelat.

“Ye…..Ensha akan ingat tu sampai bila-bila. Nasib baik ada maggi kan Mummy…” dia menjeling sedikit pada Nadim dan tersengih memerli, membuat Nadim makin geram.

“Honey kan geng Uncle…” kata Nadim sambil mencebik.

“Hari lain Honey nak geng, malam ni TAK NAK. Dah lah Honey suka makan udang…abis semua dah rentung !”

Nadim ketawa dan menarik hidung Ensha dua kali.

“Esok kita cari udang, ok ?”

Ensha mengangguk dan terus menghabiskan mee.

3 Jantung Hati - Uncut Version II

Babak seterusnya.
Ini selepas piknik ringkas di taman KLCC.



Selesai makan tenghari yang agak ringan dan ringkas, awan mendung bergerak menghambat langit yang cerah dan mengugurkan hujan titik demi titik. Mereka bergegas memasukkan saki baki makanan dan berlari perlahan menuju ke bangunan KLCC  tetapi akhirnya terpaksa memecut apabila titik hujan sudah mulai kasar.

“Aduh….dah cam cerita Tamil.. berlari dalam hujan pulak kita..”

Nadim tercungap-cungap sambil menurunkan Ensha dari dukungan, dia mengibas lengan bajunya yang agak basah. Sampai saja mereka di bawah bumbung, hujan mulai turun mencurah-curah.

“Habis basah dah my HunnyBunny ni..” dia membetulkan sedikit cap baseball yang terpusing.
“Apa la Uncle, lari sikit dah penat, tengok Mummy, relax je..”
“You are really fit eh..” dia menghela nafas berat apabila teringat kisah di FRIM.
“See the leg la..”

Mata Nadim nakal merenung ke kaki yang terbalut seluar berwarna coklat tua.

“Hey !!” lengannya di tampar kuat.
“Kesian Uncle, sakit tau..” Ensha melangut melihat Nadira, wajahnya serius sahaja.
“Tah apa-apa Mummy ni kan, dah jom Bunny, jangan layan Mummy..”
“It rhymes !” Ensha tergelak.
“Dah jom Bunny, jangan layan Mummy, Mr Bear loves Honey..” Nadim berhenti mencari kata.
“and Uncle Naddy loves Mummy..” sambung Ensha di sambut ketawa Nadim.
“Kenapa Uncle Naddy ?” tanya Nadim sambil tangannya dan tangan Ensha berayun-ayun.
“Nadim..Naddy..” balas Ensha yang ketawa sampai menutup-nutup mulutnya, Nadim menarik hidung mancung Ensha dan dia berkeriut menahan pedih.
“Yippie we are so lovey dovey…” Nadim menyambung sambil mengerling ke arah Nadira yang dari tadi memilih untuk mendengar sahaja, sambil cuba hendak menyambung puisi berima, tiba-tiba terlintas di fikirannya.
“Owh you Mr. Naddy so very the wacky !” Nadira cepat menyambung sebagai balasan pada katanya itu, Nadim berhenti dan merenung terus.
“Call me Wacky but don’t call me Naddy, I am in love with Honey and Mummy.” Dia mengenyet mata kanan untuk Nadira, kemudian mengenyet mata kiri untuk Ensha.
“Uncle so funny..make me happy..i want to lafy” Ensha menyambung sambil mereka berjalan santai melepasi kedai-kedai di KLCC itu.
“Lafy ?” tanya Nadim mengerut kening.
“Laugh..”
“Mana ada perkataan Lafy…”
“So what !”

Nadim geram terus menggeletek pinggang Ensha, tapi Ensha tidak berasa geli atau apa. Mereka terus ketawa ke arah Nadim yang terpinga-pinga.

“Stop before we go crazy like a bunch of zany !” Nadira cuba mengakhiri sesi bodoh-bodoh mereka petang itu, kerana terasa orang yang lalu lalang sudah memandang mereka dengan pelik.
“Ok dokie Miss Zany come sit on my lappy..” Nadim galak membalas.

Mereka ketawa terbahak-bahak dan berhenti di tepi railing mengambil nafas. Nadira mencuri pandang pada Nadim, pipinya merah kerana terlalu banyak ketawa.

Kenapalah awak ni manis sangat Nadim….

“Uncle nanti kita main macam ni lagi ok ?” kata Ensha setelah menyudahkan ketawanya.
“Okie dokie HunnyBunny !”

3 Jantung Hati - Uncut Version 1

Dalam satu karya, pasti ada bahagian yang menjadi kesukaan penulis.

Dalam 3 Jantung Hati misalnya, ada beberapa babak yang menjadi kesukaan saya. Sayangnya ianya telah dipotong semasa proses suntingan.

Saya akan tempekkan dari masa ke semasa untuk dikongsi rakan pembaca sekalian.

Babak ini adalah permulaan pengenalan Nadim dan Ensha Hani.



- selepas pulang dari klinik (kejadian Nadira jatuh di FRIM)



Nadim memerhati sekeliling. Sunyi saja.


“Uncle nak minum ?” tanya Ensha.

Nadira yang baru lepas di injek ubat tahan sakit berasa stone dan melayang. Pandangannya kabur dan hanya dapat melihat Ensha dan Nadim hilang ke dapur.

“Doktor cakap Mummy akan ok sehari dua lagi. Kesian Mummy. Tapi nasib baik tak terseliuh.” Nadim mengangguk sambil memerhati jari-jari kecil itu menuang air sirap ke dalam mug comel polka-dot hijau dan kuning.

“Emmm…ayah Honey tak ada pergi mana ? Kerja ?”

“Tak…dah 3 tahun meninggal…masa tu Ensha..emm Honey kecik je lagi…”

“Ohhh..” dia mengelus lembut kepala Ensha. Hatinya merasa sayu, anak secomel Ensha Hani telah di duga untuk tidak mengenal kasih seorang ayah. Dalam sayu tu ada juga rasa suka terselit di celah-celah jantungnya. Apakah ini takdir untuk Nadim Syah ? Saat itu dia rasa macam menang loteri ! Tanpa sedar dia tersenyum sedikit, jarinya memegang mug yang di tolak ke arahnya, cuba mententeramkan perasaanya yang melonjak gembira.

“Kenapa Uncle senyum ?” tanya Ensha mematikan khayalannya.

“Emm..tak ada apa.” Dia mencapai mug dan terus meneguk air sirap yang sejuk dan tawar itu. Nadim memarahi diri sendiri kerana terleka dikala budak kecil itu sedang bercerita tentang tragedi yang menimpa dirinya.

“Accident, masa Babah pergi buat kerja-kerja amal kat mangsa-mangsa gempa bumi.” Ensha menyambung bercerita, matanya memandang muka Nadim dengan lesu.

“Kalau Babah ada, umur dia mungkin sama dengan Uncle.” Mata bening itu terus leka memandang wajah lelaki di hadapannya. “Umur Uncle berapa ?”

“38…” Ensha mengetap bibir dan matanya di larikan dari melihat Nadim. Dia mencebik sedikit dan jari-jari kecilnya bergerak-gerak seolah sedang mengira.

“Aa…betul la…sama dengan Babah.” Dia mengangkat muka memandang muka Nadim dan tersenyum sedikit. “Handsome pun sama macam Babah !” celotehnya menggeletek Nadim.

“Ye ke ?” saja Nadim menduga. Ensha mengangguk laju.

“Babah lagi putih dari Uncle la, sebab Tok, Scottish, tapi Nenek orang Melayu.” Jelasnya sekaligus menjawab terkaan Nadim. Raut wajah Ensha menampakkan ada ciri-ciri darah campuran, hidung mancung, rambut kerinting halus yang sedikit keperangan dan pemikiran yang agak kehadapan dari budak seusia dirinya membuatkan cara bicaranya tampak lebih matang.

“Babah reporter ke ?” tanya Nadim ingin tahu.

“Tak, Babah doktor.” Ensha tersenyum. “Uncle nak sirap lagi ke ?”

“Thank you. Uncle nak balik ni. Tapi tunggu kawan uncle tadi. Dia dah call, on the way, harap-harap la dia tak sesat.”

“Ala, Subang Jaya bukan jauh kan…Uncle duduk mana ?” tanyanya terus.

Ensha mengambil satu lagi coklat dengan pembalut berwarna biru. Dia memberi pada Nadim sebelum dia mengambil lagi sebiji.

“Damansara Heights.”

“Oh….emm kat Bangsar ?”

“Dekat-dekat la….Honey selalu pergi Bangsar ke ?”

“Dulu, masa Nenek ada, tapi bila Nenek dah meninggal, tak pergi dah. Kadang je Uncle Lan, abang Babah datang tengok Honey, bawak Honey gi tengok wayang, tapi Uncle Lan pun dah tak ada sini, dia kerja kat emm….lupa dah..” Ensha ketawa sambil menutup mulutnya

Nadim angguk-anguk mendengar jawapan panjang lebar si comel itu, dan turut ketawa bersama-sama. Dia terdengar dengkur Nadira dan mengetap bibir dari hendak ketawa.

“Uncle..nanti boleh jumpa lagi tak ?” tanyanya sambil mengigit hujung coklat yang berbentuk bunga ros. Mata jernih itu melihat dengan penuh harapan.

“Honey nak jumpa Uncle lagi ke ?” Nadim menyibak rambut yang terjurai di dahi, selepas itu mengurut janggut di dagunya. Ada chance baik ni, telah hati Nadim.

“Nak…kita kan dah jadi kawan.”

Nadim senyum dan angguk-angguk.

“Ni phone number Uncle, kalau Honey nak sembang ke ..apa ke , just call.”

“Thank you Uncle. You are so kind.” Ensha senyum, dia membaca kad yang di tangan sebelum menyimpan kad tersebut ke dalam poket seluarnya.

“CEO tu apa ?”

“Chief Executive Officer.”

“You’re a chief ??” tanya Ensha, matanya bulat dan kagum.

“Er…camtu la lebih kurang….”

“Chief tu buat apa ? Selalu dengar chef, chief tak pernah dengar…” tanyanya penuh minat, dan Nadim mengerut kening.

“Emm chief manage the running of an office…”

“Oh….just that ?” tanyanya lagi, mata Ensha makin bulat dan dia betul-betul hendak tahu apakah pekerjaan seorang CEO.

Nadim mengecilkan sebelah mata cuba mencari ayat paling mudah bagi menerangkan bidang kerjanya.

“Ada, banyak lagi, attend meetings, pastikan semua orang kerja bersungguh-sungguh…”

“Oh, macam Honey, I am class monitor, selalu kena pastikan semua hantar kerja rumah, tapi Honey tak attend meeting lah, cikgu je attend meeting.”

Nadim ketawa dan mencubit pipi Ensha, dia geram mendengar mulut yang keletah berbicara.

“Ya, jadi, esok bila pergi sekolah, cakap kat kawan-kawan Honey adalah CEO kelas…”

“A’ah…lagi best kan….i am CEO of the Class…”

Nadim mengigit bibirnya sekaligus tersenyum. Anak kecil di depannya terlalu bijak dan comel pula tu, hati mana tak tertarik, tambahan pula mummynya sekarang ‘available’. Memang kena loteri berganda si Nadim Syah nampak gayanya !

“Mummy dah tidur la..heheh…Uncle dengar tak Mummy dengkur.”

“A’ah…kuatnya…” mereka berdua ketawa dan dengkuran Nadira makin kuat bergegar-gegar.

Wednesday, June 08, 2011

H.A.W.A.U.


Whilst i cracked my head to write the oracle scripts, trying to cater all users' requirements (which can be so tricky), she called and blurted, 'The working directory in the Production Server dissapears."

Much to my annoyance. How can a directory suddenly disappears and ... in a linux server ?

I asked her what she's doing prior to the incident, told me that she's just transfering some files, bla bla bla
and then the network went down, and when she reconnects, THE WHOLE damn directory disappeared.

To make my heart boiled even more, she add, maybe due to the connection disruption the directory just vanished.Wohoo, a simple and very self-defensive conclusion. Like don't blame me blame the network. SHIT !

MY MY MY. I have been in the IT industry for quite some time, don't bullshit me for something unacceptable.

Told her to figure it out and don't call me unless she has settled the problem.

See, I am trying to teach her. To come out with a solution. (Actually all the files that's gone missing are backed up in the development server. If she used her brain, she can just simply copy everything over. SIMPLE RIGHT ???)

But....

This morning i called her and asked how's thing. This is what i got. "TAK DE KERJA AKU NAK DELETE."

Some ppl are so arrogant, and with her haughty behaviour, it will take her nowhere.

Let it be then,I told her the solution, a step by step on how to recover everything and hopefully she will learn something.

oh, there is the word "THANK YOU" if you dont know if it ever exists !

Hmm !