Wednesday, November 11, 2009

Di Situ Aku Belajar.....

Pagi tadi went to Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) for a meeting. Aku bukanlah penulis or sasterawan negara :P, tapi kat DBP ni lah aku mula mengenal erti kehidupan, cewah (feeling2 writer jap). Way back in 1996, i was assigned to DBP to develop depa punya HR and Payroll System, and it was my first big project selepas graduated from ITM (altho sebelum tu aku kerja kat UH as programmer tu tak kira sangat la..sebab aku develop inhouse system for clinic..so cabaran dia kurang sangat).

Aku ketaq gak fes time develop sistem yang akan digunakan nanti..selama ni suma projek hanya suka2..asal boleh pass exam..idok le aku ni bersungguh sangat kan....Masa tu aku under one Project Manager, a lady yang sukar aku nak describe personality dia (aku belajar banyak ngan dia ni....tq Kak !). I was involved in the requierement study right to the programming, and my user mostly kakak-kakak yang sangatla baik hatinya. Tapi the HR manager, pulak sangat detail orangnya, sampaikan dia pernah amik ruler, mengukur betapa margin aku lari, dan dia mahu setiap field tu ada certain coordinate, and aku remembered that i cried in front of him...at that time aku ni tak kisah sangat akan nak mencantikkan report, to me ada je data kira dah ok la kan....mana taknya HRMS tu aku kena buat sorang je...dah la banyak modules...report pulak bukan satu dua, berpuluh2....menangis hiba le aku depan dia sampai dia terkedu. Terpaksa le dia mujuk aku plak...ahahhaha...and lepas tu dia tak pernah komplen dah pasal report aku tu and aku pulak cuba sebaik mungkin to produce presentable report (bertitik tolak dari hari tu, report aku sekarang sudah sangatlah cantik...)

HR tu ok lagi la sbb tak de la susah sangat nak buat coding nya...tapi bila aku pun kena buat Payroll aku ada susah hati skit. Ye la mau tidak, di buatnya aku kira salah gaji depa, ada yang kena lambung keluar tingkap (sib baik masa tu bangunan DBP yang buruk tu, kalau la ni, mampus aku kena baling dari tingkat 27...). Aku pun hentam le buat coding Payroll, masa tu nak tanya ngan senior2 takut, garang oo senior2 aku (tapi now they are all my best buddy and sorang tu my CEO dah...ihihi). Satu hari project manager aku ni bukak la program aku ni, konon nak tengok aku buat betul ke idok kan...tapi last-2 dia ckp dia pening kepala tengok ahahaha...eleh pening konon, yang ye nya dia malas ihihi propa jek ...

So hari utk implement Payroll akhirnya tiba. Aku pun buat-2 la muka confident tapi dalam hati, Allah je tahu betapa aku takut. User check reports and ada la skit salah, aku betulkan...akhirnya ok la..tapi ntah camna, income tax plak boleh terlepas nak check dan sistem tak calculate, sampai bising la kat Management Meeting hujung bulan tu....apa nak buat aku pun bagi assurance yang takan terjadi lagi....

Looking back, i really thanked all my users who were very very very patient with me...ye la aku budak baru belajo kan, so kadang (most of the time aahaha) aku buat mistake tapi depa tetap layan aku baik2 dan tak banyak songeh. Bukan setakat ngan user je aku baik, hatta ngan Pak Guard pun , mana tak, aku selalu balik lambat dan aku pulak agak ramah tamah ngan pak guard ni suma, senang aku nak kluar masuk kan, sabtu pun aku datang kerja..kira aku ni pekerja yang rajin la taim tu kan..eheheheh....sampaikan ke Mamak kat tepi Mirama Building tu pun sangat2 kamceng.

So tadi, bila aku ke sana, it felt like coming back home to all the warm and friendly faces, dan aku sempat mengimbau la saat-2 manis kat sana...kat DBP tu la aku mula main Alamak , IRC dan jugak ICQ. ish rasa tua beno aku kan...Alamak tu ntah ada ke idok lagi....

:)

Tuesday, November 10, 2009

Kena Tahan

Cerita pasal kena tahan ngan polis, aku ada banyak kes-kes yang bodo-bodo.

First incident (tak ingat bila tapi masa tu aku masih sangat muda) masa aku pi amik adik aku kat Pudu. Pagi-pagi buta aku and ayah pi la membelah kota, sampai kat satu tempat yang tak boleh u-turn, aku di arahkan untuk u-turn juga.
"Tapi sini mana buleh U-turn"
"Tak pa..polis suma dok tidok lagi" selamba ayah ku membalas.

Aku pun apa lagi, kang membantah di caj anak derhaka kan...elok je aku u-turn polis sudah baik punya tahan...
"Alamak, camna ni Ayah ?" aku panik sebab aku memang tak dak Lesen. muahahah..kira pemandu haram le time tu.
"Relax, ayah tau la nak settle..." so ayah sudah ayat baik punya aku dok sengap ja....polis tu pun gamaknya kesian dia lepaskan aku...selamat.

So aku pun terus gak memandu tanpa lesen ke sana ke mari dari selatan ke utara..dan selama tu aku tak pernah kena tahan. Tapi last-last aku gi gak amik lesen.

Incident kedua , sekitar 1998, aku kena tahan masa buat u-turn gak. Aku seriously tak nampak no u-turn sign and bukannya fes time aku buat gitu, dah bertime-time so aku kira halal la kan.
"Awak tak nampak ke tak leh u-turn ?"
"Baru letak ke Encik ?" serious aku tanya aku tak gurau senda masa tu ok...
"Dah lama dah..."
"Ye ke..saya selalu buat ok je..."
"Aaaa hari ni awak buat tak ok.." ek ene kerek plak, "Bak lesen" sambung dia.
Lesen aku dah mati lama tapi bab-bab nak renew lesen amatlah malasnya, aku biarkan je...bila dia tanya aku terus buat-buat bukak purse aku...
"Alamak...mana pulak lesen saya ni..." polis tu dah muka cuak...
"Ni nak kena saman ni..."
"Ala jangan la...tolong la saya...saya tak buat dah..ni lesen saya mesti tinggal kat mana2 ni Encik." aku buat muka sedih...polis tu gamaknya malas nak layan aku, dia lepas aku.

Incident ke-3 setahun dua yang lepas.
Aku tak pakai seat belt. Kena tahan. Lesen pun tak renew.
"Lesen"
Aku selamba hulur MyKad.
"Saya nak Lesen."
"Semua dalam tu Encik." Polis tu renung aku. "Kerja mana ?"
"Saya meniaga kecil2 je kat Pasar Malam."
"Suami ?"
"Pun sama Encik" aku buat muka sedih dan tidak berduit.
"Jalanlah....tapi jangan lupa pakai seat belt"

Heheheheh lepas lagi....

Incident ke 4 (bawah jambatan - aku U-turn salah lagi)
Aku nampak road block, tapi aku dah termasuk jalan tu..so buat selamba je la kan.
"Lesen" aku tengok polis yang tak tahan tak pakai badge, name tag pun tak de.
Aku bagi MyKad lagi...as usual masa aku kena tahan masa tu la aku tak renew lesen lagi.
"Ok saya check , kalau lesen awak tak de or mati saya antar saman ..."
"Tak kisah la encik, check la....lagipun encik ni main2 tahan orang siap bukak badge and name tag pun tak pakai...kot nanti saya buat aduan pulak..." polis tu terkejut akan keceluparan mulut aku.
"Jalan..." hahahah dia terus suruh aku blah tanpa buat apa2.

Incident terakhir (baru2 ni kat Putrajaya)
Tak pakai seat belt and talking on the phone (lesen mati gak). Masa ni patrol car siap bukak siren suruh aku berenti.....
"Assalamualaikum Encik."
"Waalaikumsalam."
"Saya tau saya salah Encik. Saya minta maaf sangat."
Polis tu tengok aku.
"Saya terpaksa jawab sebab orang Kementerian Pertanian telefon saya..." aku tipu..ahahhaha
"Emm...lain kali jangan buat lagi ye. Nak cakap telefon berenti kat tepi jalan. Dan pakai seat belt tu"
Aku lepas lagi, kali ni tak payah tunjuk lesen ahahahahha.....

Setakat ni aku bernasib baik la.....esok lusa aku tak tau...makanya aku kena renew lesen sebab dah mati lagi...emm dah setahun lebih....aduh.....malasnya.....

Nota : kalau anda seorang Polis dan membaca post ni...jangan tahan saya ok....esok saya gi renew !

Monday, November 09, 2009

Macam-Macam Le.....

Menyampah betul aku kalau pergi majlis kenduri kena tunggu pengantin berjam-jam. Kami sampai kol 8 malam, sebabkan hujan, walaupun jalan agak clear dari Sungai Buloh ke Ampang, tapi ada gak tempat-tempat yang sangkut. Majlis nampak grand lah, ngan pelaminnya yang glamor, silap lak aku tak amik gambo. Kol 8.30 pengantin tak nampak bayang lagi...tunggu-tunggu kat kol 8.40 masuk plak tetamu kehormat, ntah sapa lah aku pun tak heran nak tau....pengantin tetap tak turun....nak kata mereka dari tempat lain mustahil sbb depa buat kat Hotel...dah nama buat kat Hotel mestile ada bilik di beri khas kan...ater apa yang buat lama....aku kesian tengok tetatmu-tetamu yang datang, sure lapor la kan...aku pun lapo gak sbb dah pass dinner time tu weh....

Last-last turun la si pengantin, berjalan beriringan kat kapet merah...sbb aku dah angin aku pun tak amik pot le mereka jalan dari pintu masuk sampai la ke pelamin. Dah dok atas pelamin, pengacara pun start la pot pet pot pet, baru aku tau yang pompuan tu kengkononnya pelakon, berlakon baru satu felem, Antu Fighter...ntah aku tak pernah tengok pun jadi aku tak kenal, so kategori suam-suam kuku le....tu le antara faktor depa lambat turun kot...kengkonon feeling Siti Nurhaliza ..kah kah kah...so ok la since dah pengantin turun aku ingat sekejap lagi leh makan la kan, mandang jam pun dah kol 9 lebih....tapi tak juga...pengacara keep on membebel sampai satu part membuat aku geli nak dengo...chissss kadang dik klu waktu mengacara benda-2 yang sayang sayang antara dua pengantin tu tak payah le ko heboh, semua orang tau pengantin baru mesti loving each a other...tak payah ko nak bercerita yang buat makcik-pakcik yang ada nampak tersipu2 malu.....

Merenjis dah siap dengan mak pak tok nek, mak penakan pak penakan suma...tapi nasi tak mai-2 lagi. Bila MC announce acara makan,aku rasa suma lega kot...tapi buat aku bengkek, amik masa 5 minit gak nak membawa nasi tu, nak beratur bagai, kendian masuk le kengkonon hulubalang mempersembahkan kat dua ekor yang feeling anak raja tu...ihihi...last2 kol 9.30 baru leh makan.....sib baik la food pun sedap....

Aku tak kisah ko nak buat acara 3-4 jam pun nak bercerita detik2 pertemuan tapi klu dah tahu nak cerita panjang berjela, korang turun le awal2 skit..ini idok....tau la kome raja sehari tapi tetamu kena hormat la juga dik oi....

Malam tu gak geng NS ngan Kelantan tengah kejo sebijik bola kat padang bukit jalil. NS menang Kelantan kalah, abis di bakonya kerusi, apa lak di bako nya kerusi baik ko lempang je team Kelantan yang main cam hapa tu kan...terajang sekor-2, baru la pueh hati kan...ni nak ngamuk pegi baling botol ke cameraman RTM...dia bukan player la bahlul, dia cameraman jek....apa la....hahahahhaha.....

Wednesday, November 04, 2009

Tuesday, November 03, 2009

Apa dah Jadi ?

Apa dah jadi ye ngan Malaysia sekarang nih.

Ulama bagi ceramah kena tangkap.
Belacan tak cukup kandungan protein (skit sangat % yang dikurangkan) kena siasat secara sangat teliti.
Nak sebat sbb minum arak , umat Islam sendiri menghalang dan mencemuh...

tapi

TAK tangkap2 lagi penjenayah yang culik dan rogol budak
TAK tau siapa kontraktor buat jambatan gantung mengorbankan budak sekolah
TAK cuba nak bangunkan sahsiah diri remaja2 sekarang, masalah sosial makin meningkat,
budak2 mengandung luar nikah pun dah jadi cam benda biasa,
TAK cuba nak kumpulkan Mat-Mat Rempit utk di beri basic pengetahuan tentang ajaran agama
Islam. Kalau ada iman Insya Allah tak de ramai nak jadi Mat Rempit, Bohsia dan Bohjan.
TAK buat tau pasal rasuah di kalangan kakitangan kerajaan. Nak dapat projek je mesti mau
hulur. Pak Haji pun nak kena bawak gi goyang2 kat dangdut,...tu la pasal klu ada ceramah
pergi dengar, bukan tangkap penceramah...
TAK teruskan siasatan kes2 yang melibatkan orang2 penting.
TAK ambil tahu pasal banyak benda yang patut mereka TAHU.

Kalaulah betul2 nak mengutamakan rakyat buatlah sesuatu yang memberi kesejahteraan pada rakyat, bukan buat sesuatu untuk kepentingan sekelompak individu saja..sorry la Pak Najib, u dah cam bukan PM tapi kepala gangster..huhuhuhu...kalau kena tangkap pasal tulisan ni..lu orang TAK rock la..kah kah kah....