Friday, December 28, 2007

Aidil Adha 2007





Altho Aidil Adha dah seminggu berlalu, tapi tak kisah la kan.



20-dec-2007 umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Adha. Seronoknya bagi yang sedang mengerjakan haji di Baitullah, menjadi tetamu Allah. Semoga semua yang menunaikan haji tahun ini mendapat haji mabrur.


Ya Allah berilah kami rezeki dan kesihatan badan yang baik agar dapat pula kami menjadi tetamuMu Ya Rabbi. Amin.

Malam 9 Zulhijjah aku pandang ke langit, bulan sudah sempurna bulatnya cuma belum terang lagi. Ingatan aku terus pada tahun 2006, waktu bulan mengambang penuh tu la ayah meninggalkan kami. 10-01-2006 bersamaan 10 Zulhijjah adalah Raya kami yang terakhir bersama-sama ayah. 14 Zulhijjah (14-January-2006) ayah pergi untuk selamanya. Ya Allah, ampunilah dosa ayahku. Tempatlah dia bersama orang-orang yang kau kasihi. Amin.


Alhamdulillah tahun ni aku sempat membuat ibadah korban buat pertama kalinya, walau hanya sebagian lembu, tapi aku bersyukur kerana dapat juga aku menyempurnakan ibadah itu. Pahalanya aku sampaikan pada arwah ayah.






No comments: