Semalam aku kalut cari lesen. Lesen aku dah mati and tahun ni dah masuk dua tahun lesen aku mati. Since aku nak pi renew road tax (yang terlambat renew 4 hari), aku pun menggelabah la nak renew lesen. sebab ada kutu sudah takut-2kan aku, depa kata kalu tak renew within 2 years lepas lesen tu mati, aku kena p amik test dan kembali menjadi P. jadi dengan gigihnya aku menunggu post office bukak. kol 8 aku dah tercongok, rupanya depa start kerja kol 8.30 (inikah di namakan emmm perkhidmatan yang cekap ? - ingat lagi iklan post ofis masa kecik2 dulu ihihihi).
Once pintu post office bukak aku masuk dan di depan aku sudah ada lebih kurang 10 orang. Aku duduk dan di layan dlam masa tak sampai 5 minit (wah ! sudah cekap !)
aku dengan muka selamba bagi lesen dan cakap "Renew lesen dan road tax ye dik." dalam hati aku berdoa sangat agar adik kaunter tu renew je lesen aku despite dah lebih 2 tahun. Aku intai terminal dia, dan menanti alert mesej berwarna merah dengan mesej "LESEN INI TIDAK LAGI AKTIF." tapi TAK terjadi. dia tanya, "Nak renew berapa tahun kak ?" , "5 tahun." , aku cakap kat dia, "Nasib baik, akak ingat dah tak boleh renew, sebab dah exceed 2 tahun." dia dengan penuh hemah bagitahu, "Tak pe kak, jangan lebih 3 tahun...." LAAA....aku ada 1 tahun lagi, ceh RUGI.
Tapi tak apa lah, dah renew lesen aku senang hati, paling tidak aku ada 8 tahun lagi sebelum mengelabah katak macam pagi tadi. Kenapa 8 tahun pula ? Sebab 5 tahun + 3 tahun free ...ha ha ha....
Pagi tadi aku lalu depan Polis pun aku boleh siul2 lagi tanpa rasa bersalah !