Thursday, March 06, 2008

Loya, Pening

Semalam aku tak masuk kerja...kapla ada pusing, rasa meloya and nak muntah...
maybe migraine aku kembali , altho a mild one tapi sampai ke hari ni aku masih rasa lagi kepala otak aku ni tak sihat...adusssssssss....

Monday, March 03, 2008

My Latest Project

"....Dia punya harapan, cuma dia harus mengapainya. Dia tersenyum dalam hati, inilah yang terakhir, aku mahu bebas. Aku mahu merdeka. Aku mahu hijrah. Inilah jihad aku, jihad memerangi hawa nafsuku sendiri. Jihad inilah juga yang teramat sukar di lakukan. Moga Allah memberkati usahanya. Unggas petang melayang pulang. Matahari perlahan-lahan beredar. Sebentar lagi hari ini menjadi kenangan, esok menjelma dengan seribu misteri. Itulah kehidupan yang penuh liku, onak dan duri. Tapi cukuplah, dia mahu menyusuri jalan indah pula."

"..Perjuangan aku belum tamat lagi, mana mungkin aku boleh membahagiakan dia. Aku takut untuk melukai sekeping hati yang tulus. Tidak boleh, tidak adil aku lakukan itu pada manusia sebaik Azura."

"...hatiku untuk mu sayang, seluruhnya untuk mu. Andai tiba hari jasadku di usung pergi cintaku tetap bersemi selamanya..."

Di atas sedutan dari novel yang sedang aku usahakan. Title ? belum dapat lagi. Hopefully aku boleh siapkan by mid year...and harap2 adale publisher yang berminat nak publish novel aku ni...hmmmm

Orchid

Orchid pak mentua aku. Rajin dia menanam. Kalau kat rumah dia tu, hijau dan berbunga-bunga.










Hujan Lebat

Weekend ni aku kat PD coz ada kenduri kawin, all went well, tapi masa on the way nak balik punya la lebat hujan, start all the way from Dengkil sampai ke rumah aku, but the worst was kat rumah, sampai basah lencun la aku membuka gate....tapi Alhamdulillah, sekarang dah musim hujan balik, Nabi saw pun bersabda waktu2 yang bagus untuk berdoa adalah waktu turunnya hujan. Maka kalau hujan turut janganlah kita anggap satu kepayahan altho kita sangkut dalam jem ke hapa ke, anggaplah ianya satu rahmat dan perbanyakkanlah doa.