Sunday, October 19, 2008

Ikhlas

Ada satu ketika aku di duga dengan satu dugaan yang agak besar dari Allah swt. Dugaan yang menguji kesabaran dan keimanan ku serta suami. Soalnya sejauh manakah kita ikhlas menerima dugaan itu. Redha mengharungi cobaan yang pasti di hadapkan. Coretan ini bukanlah untuk aku mengungkapkan bagaimana kami menghadapi semua itu, tapi aku mahu menceritakan dalam mengharungi setiap detik waktu yang sukar ada juga Hamba-hamba Allah yang sangat IKHLAS membantu.

Tanpa mengira waktu dan lelah, mereka telah menghulurkan bantuan, memanjatkan doa dan memberi kata-kata semangat yang tidak putus2. Keikhlasan mereka ini dapat dilihat dengan tiada meminta apa2, cuma keredhaan dari Pencipta yang Khaliq.

Aku dapatkan rasakan keikhlasan mereka menjadikan apa yang kami tanggungi dan lalui lebih mudah, doa orang2 yang ikhlas ini amat ampuh dan Allah menyukai orang2 yang ikhlas. Pada mereka ini aku sentiasa mendoakan semoaga Allah menjadikan hidup mereka sentiasa dalam keberkahanNya.

Ikhlas bukan saja dalam ruang lingkup membantu, tapi dalam kita melaksanakan tugas harian. Apakah kita ikhlas selama ini ? Andai semua yang melakukan apa juga pekerjaan dengan keikhlasan, baik pemimpin negara mahupun si tukang sapu aku percaya semua perkara yang terhasil menjadi lebih berkat. Tiada rasuah, tiada penipuan, dan juga tiada akan wujud ketidak adilan.

Seperti juga di mana ketika kita memasak makanan untuk keluarga atau sahabat handai atau juga kita seorang peniaga restoren. Seandainya niat kita menyajikan juadah itu dengan ikhlas aku sangat yakin makanan itu menjadi lebih enak dan lebih berperisa.

Aku terbaca di akhbar pagi tadi, bapa memperkosa anak KANDUNG sendiri. Apakah dia tidak ikhlas menjadi bapa ? Ya , nafsu yang ada mendahului akal. Tapi seandainya dia ikhlas menjadi bapa dan hamba kepada ALLAH, aku yakin juga dia tidak terdorong melakukan ini.

Sesungguhnya agama kita sudah menyeru umatnya melakukan setiap pekerjaan IKHLAS kerana ALLAH, mungkin kita terlalai, mungkin juga kerana mengejar kemewahan dan pujian lantas KEIKHLASAN itu hilang dan menjadi perkara yang sangat jarang di temui ketika ini.


Apa kita pernah terfikir tentang perkara ini ?

No comments: