"....Dia punya harapan, cuma dia harus mengapainya. Dia tersenyum dalam hati, inilah yang terakhir, aku mahu bebas. Aku mahu merdeka. Aku mahu hijrah. Inilah jihad aku, jihad memerangi hawa nafsuku sendiri. Jihad inilah juga yang teramat sukar di lakukan. Moga Allah memberkati usahanya. Unggas petang melayang pulang. Matahari perlahan-lahan beredar. Sebentar lagi hari ini menjadi kenangan, esok menjelma dengan seribu misteri. Itulah kehidupan yang penuh liku, onak dan duri. Tapi cukuplah, dia mahu menyusuri jalan indah pula."
"..Perjuangan aku belum tamat lagi, mana mungkin aku boleh membahagiakan dia. Aku takut untuk melukai sekeping hati yang tulus. Tidak boleh, tidak adil aku lakukan itu pada manusia sebaik Azura."
"...hatiku untuk mu sayang, seluruhnya untuk mu. Andai tiba hari jasadku di usung pergi cintaku tetap bersemi selamanya..."
Di atas sedutan dari novel yang sedang aku usahakan. Title ? belum dapat lagi. Hopefully aku boleh siapkan by mid year...and harap2 adale publisher yang berminat nak publish novel aku ni...hmmmm
No comments:
Post a Comment