Wednesday, March 24, 2010

Something I miss

Hari yang sangat memenatkan.

Pagi2 aku dah tercongok kat tempat client. Menanti for a slot to meet the CEO. Apparently he's attending a meeting. OK. Meeting will usually takes like 3 hours, the most 4. AKu pun tunggu punya tunggu dari pagi sampai la ke petang. Finally, at 6.00 pm, the PA called and told CEO now ready to meet me. I rushed down and there's this man i anxiously waiting from morning, puffing in his not so big room.

"Yes, Noorin, mai mai masuk. How can i help you ?"

I gave him my warmest smile and sit in front, inhaling the cigarette smoke lingering in his not so big room. Told him my purpose of meeting him, dia angguk2. We discussed the matter and i was a little frustrated as he can't decide, anything related to payment must have the consent of the BOD. I am not asking for a big chunk of amount, just some portion. Nevertheless i sat thru and we chit chat. All I can say is I enjoyed every moment chatting with him and tak sedar almost 2 hours aku melayan orang tua ni, melayan cerita dari zaman2 dulu, touch a little bit pasal cucu2 dia, then go back to the days when life is much simpler. Sitting in his not so big room i have no option but to also enjoy the smoke from his endless chain-smoking.

I left his room after 2 hours feeling happy, patut aku berduka la sebab tujuan perjumpaan aku tu nak kutip hutang tak terlaksana [pagi ni aku kena menjawab soklan-soklan yang tak seronok dengan BOD aku pulak..huh]. Nevertheless aku realise the 2 hours light chit chat with this funny old man is something that i miss doing with arwah Ayah. Cara dia cakap and his jokes remind me so much of Ayah. :)...hmmmm....

Thinking back of how my day ended yesterday, well.... tak de la teruk mana pun.

:)

Hidup ni terlalu pendek untuk bermuram ... apa2 pun face it with a smile !

Monday, January 04, 2010

Personality Test

Advanced Global Personality Test Results
Extraversion||||||||||||||||63%
Stability||||||||||||50%
Orderliness||||||||||||43%
Accommodation||||||||||||||||||76%
Intellectual||||||||||||50%
Interdependence||||||||||||50%
Mystical||||||||||||50%
Materialism||||||||||||50%
Narcissism||||||||||||||60%
Adventurousness||||||||||||50%
Work ethic||||||||||||||60%
Conflictseeking||||||||||40%
Need to dominate||||||30%
Romantic||||||||||||||60%
Avoidant||||||||||40%
Anti-authority||||||||||||50%
Wealth||||||||||40%
Dependency||||||||||||50%
Change averse||||||||||||50%
Cautiousness||||||||||||50%
Individuality||||||||||||||60%
Sexuality||||||||||||||60%
Peter pancomplex||||||||||40%
Histrionic||||||||||||||60%
Vanity||||||30%
Artistic||||||||||||||||70%
Hedonism||10%
Physicalfitness||||||||||||||||||||90%
Religious||||||||||||||||||||90%
Paranoia||||||30%
Hypersensitivity||||||||||||50%
Indie||10%

Take Free Advanced Global Personality Test
personality test by similarminds.com



Stability results were medium which suggests you are moderately relaxed, calm, secure, and optimistic.

Orderliness results were moderately low which suggests you are, at times, overly flexible, improvised, and fun seeking at the expense of reliability, work ethic, and long term accomplishment.

Extraversion results were moderately high which suggests you are, at times, overly talkative, outgoing, sociable and interacting at the expense of developing your own individual interests and internally based identity.

trait snapshot:
expressive, open, self revealing, loves large parties, loud, social, outgoing, does not like social isolation, assertive, social chameleon, positive, always busy, likes to fit in, likes to stand out, enjoys leadership, brutally honest, trusting, optimistic, desires attention, dominant, aggressive, attachment prone, wants to be understood, realistic

Friday, January 01, 2010

I have no Reasons

010110 - tengahari

feeling a little uneasy. rasa cam nak nangis dah ni. why ? i simply can figure out why... simply no reason. benda2 yang tak leh explain.

hmmm i am goin to my Bob. "I want your shoulder ...."


kekekekekekek....

010110

010110 - Nice binary Number eh ?

Pagi January 1, 2010.

Aku masih bernyawa lagi. Alhamdulillah.

Thursday, December 31, 2009

31122009

Last day of 2009.Aku kerja cam biasa. Jalan tak jem, so ok.

Sampai ofis aku terus buat gerakan membersihkan ofis. Aku kuli so apa nak heran.
Semua pc yang dah barai aku angkut seketul2 dan masukkan dalam 'store'.
Kertas-2 A4 yang tepi photostat machine aku susun kemas-kemas. Lepas ni siapa main tarik je aku jentik tangan korang satu-2.

Now aku nak kemas bilik aku ni. Cermin yang aku buat cam white board aku kena lap elok-elok. Tu semua nota/checklist tahun 2009. Aku kena readykan utk tahun 2010. Fuh....

2010....i foresee a lot of things gonna happen. Hopefully suma turns out good, and better for all. There are few plans utk tahun depan, satunya hopefully aku dapat mengerjakan umrah with my dear Hubby and my best friend, Ms SS. Insya Allah.

So as i sit here writing this piece, i have nothing to say to myself then just GOOD LUCK Noorin ! C u in 2010. :)

Monday, December 28, 2009

I have nothing on my mind

letih arh lately ni. see i have nothing to type, i stared blankly to the screen. wow. this is something really disturbing. hmmm.


GILA

serious i have nothing on my mind


this is crazy......

Tuesday, December 01, 2009

So Syiok or Shocked

Aiya.....i dunno what to say; syiok or shocked ?
but i am more comfortable to be in shocked state of mind.
let it just be that way for the time being.
hmmmm

Wednesday, November 11, 2009

Di Situ Aku Belajar.....

Pagi tadi went to Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) for a meeting. Aku bukanlah penulis or sasterawan negara :P, tapi kat DBP ni lah aku mula mengenal erti kehidupan, cewah (feeling2 writer jap). Way back in 1996, i was assigned to DBP to develop depa punya HR and Payroll System, and it was my first big project selepas graduated from ITM (altho sebelum tu aku kerja kat UH as programmer tu tak kira sangat la..sebab aku develop inhouse system for clinic..so cabaran dia kurang sangat).

Aku ketaq gak fes time develop sistem yang akan digunakan nanti..selama ni suma projek hanya suka2..asal boleh pass exam..idok le aku ni bersungguh sangat kan....Masa tu aku under one Project Manager, a lady yang sukar aku nak describe personality dia (aku belajar banyak ngan dia ni....tq Kak !). I was involved in the requierement study right to the programming, and my user mostly kakak-kakak yang sangatla baik hatinya. Tapi the HR manager, pulak sangat detail orangnya, sampaikan dia pernah amik ruler, mengukur betapa margin aku lari, dan dia mahu setiap field tu ada certain coordinate, and aku remembered that i cried in front of him...at that time aku ni tak kisah sangat akan nak mencantikkan report, to me ada je data kira dah ok la kan....mana taknya HRMS tu aku kena buat sorang je...dah la banyak modules...report pulak bukan satu dua, berpuluh2....menangis hiba le aku depan dia sampai dia terkedu. Terpaksa le dia mujuk aku plak...ahahhaha...and lepas tu dia tak pernah komplen dah pasal report aku tu and aku pulak cuba sebaik mungkin to produce presentable report (bertitik tolak dari hari tu, report aku sekarang sudah sangatlah cantik...)

HR tu ok lagi la sbb tak de la susah sangat nak buat coding nya...tapi bila aku pun kena buat Payroll aku ada susah hati skit. Ye la mau tidak, di buatnya aku kira salah gaji depa, ada yang kena lambung keluar tingkap (sib baik masa tu bangunan DBP yang buruk tu, kalau la ni, mampus aku kena baling dari tingkat 27...). Aku pun hentam le buat coding Payroll, masa tu nak tanya ngan senior2 takut, garang oo senior2 aku (tapi now they are all my best buddy and sorang tu my CEO dah...ihihi). Satu hari project manager aku ni bukak la program aku ni, konon nak tengok aku buat betul ke idok kan...tapi last-2 dia ckp dia pening kepala tengok ahahaha...eleh pening konon, yang ye nya dia malas ihihi propa jek ...

So hari utk implement Payroll akhirnya tiba. Aku pun buat-2 la muka confident tapi dalam hati, Allah je tahu betapa aku takut. User check reports and ada la skit salah, aku betulkan...akhirnya ok la..tapi ntah camna, income tax plak boleh terlepas nak check dan sistem tak calculate, sampai bising la kat Management Meeting hujung bulan tu....apa nak buat aku pun bagi assurance yang takan terjadi lagi....

Looking back, i really thanked all my users who were very very very patient with me...ye la aku budak baru belajo kan, so kadang (most of the time aahaha) aku buat mistake tapi depa tetap layan aku baik2 dan tak banyak songeh. Bukan setakat ngan user je aku baik, hatta ngan Pak Guard pun , mana tak, aku selalu balik lambat dan aku pulak agak ramah tamah ngan pak guard ni suma, senang aku nak kluar masuk kan, sabtu pun aku datang kerja..kira aku ni pekerja yang rajin la taim tu kan..eheheheh....sampaikan ke Mamak kat tepi Mirama Building tu pun sangat2 kamceng.

So tadi, bila aku ke sana, it felt like coming back home to all the warm and friendly faces, dan aku sempat mengimbau la saat-2 manis kat sana...kat DBP tu la aku mula main Alamak , IRC dan jugak ICQ. ish rasa tua beno aku kan...Alamak tu ntah ada ke idok lagi....

:)

Tuesday, November 10, 2009

Kena Tahan

Cerita pasal kena tahan ngan polis, aku ada banyak kes-kes yang bodo-bodo.

First incident (tak ingat bila tapi masa tu aku masih sangat muda) masa aku pi amik adik aku kat Pudu. Pagi-pagi buta aku and ayah pi la membelah kota, sampai kat satu tempat yang tak boleh u-turn, aku di arahkan untuk u-turn juga.
"Tapi sini mana buleh U-turn"
"Tak pa..polis suma dok tidok lagi" selamba ayah ku membalas.

Aku pun apa lagi, kang membantah di caj anak derhaka kan...elok je aku u-turn polis sudah baik punya tahan...
"Alamak, camna ni Ayah ?" aku panik sebab aku memang tak dak Lesen. muahahah..kira pemandu haram le time tu.
"Relax, ayah tau la nak settle..." so ayah sudah ayat baik punya aku dok sengap ja....polis tu pun gamaknya kesian dia lepaskan aku...selamat.

So aku pun terus gak memandu tanpa lesen ke sana ke mari dari selatan ke utara..dan selama tu aku tak pernah kena tahan. Tapi last-last aku gi gak amik lesen.

Incident kedua , sekitar 1998, aku kena tahan masa buat u-turn gak. Aku seriously tak nampak no u-turn sign and bukannya fes time aku buat gitu, dah bertime-time so aku kira halal la kan.
"Awak tak nampak ke tak leh u-turn ?"
"Baru letak ke Encik ?" serious aku tanya aku tak gurau senda masa tu ok...
"Dah lama dah..."
"Ye ke..saya selalu buat ok je..."
"Aaaa hari ni awak buat tak ok.." ek ene kerek plak, "Bak lesen" sambung dia.
Lesen aku dah mati lama tapi bab-bab nak renew lesen amatlah malasnya, aku biarkan je...bila dia tanya aku terus buat-buat bukak purse aku...
"Alamak...mana pulak lesen saya ni..." polis tu dah muka cuak...
"Ni nak kena saman ni..."
"Ala jangan la...tolong la saya...saya tak buat dah..ni lesen saya mesti tinggal kat mana2 ni Encik." aku buat muka sedih...polis tu gamaknya malas nak layan aku, dia lepas aku.

Incident ke-3 setahun dua yang lepas.
Aku tak pakai seat belt. Kena tahan. Lesen pun tak renew.
"Lesen"
Aku selamba hulur MyKad.
"Saya nak Lesen."
"Semua dalam tu Encik." Polis tu renung aku. "Kerja mana ?"
"Saya meniaga kecil2 je kat Pasar Malam."
"Suami ?"
"Pun sama Encik" aku buat muka sedih dan tidak berduit.
"Jalanlah....tapi jangan lupa pakai seat belt"

Heheheheh lepas lagi....

Incident ke 4 (bawah jambatan - aku U-turn salah lagi)
Aku nampak road block, tapi aku dah termasuk jalan tu..so buat selamba je la kan.
"Lesen" aku tengok polis yang tak tahan tak pakai badge, name tag pun tak de.
Aku bagi MyKad lagi...as usual masa aku kena tahan masa tu la aku tak renew lesen lagi.
"Ok saya check , kalau lesen awak tak de or mati saya antar saman ..."
"Tak kisah la encik, check la....lagipun encik ni main2 tahan orang siap bukak badge and name tag pun tak pakai...kot nanti saya buat aduan pulak..." polis tu terkejut akan keceluparan mulut aku.
"Jalan..." hahahah dia terus suruh aku blah tanpa buat apa2.

Incident terakhir (baru2 ni kat Putrajaya)
Tak pakai seat belt and talking on the phone (lesen mati gak). Masa ni patrol car siap bukak siren suruh aku berenti.....
"Assalamualaikum Encik."
"Waalaikumsalam."
"Saya tau saya salah Encik. Saya minta maaf sangat."
Polis tu tengok aku.
"Saya terpaksa jawab sebab orang Kementerian Pertanian telefon saya..." aku tipu..ahahhaha
"Emm...lain kali jangan buat lagi ye. Nak cakap telefon berenti kat tepi jalan. Dan pakai seat belt tu"
Aku lepas lagi, kali ni tak payah tunjuk lesen ahahahahha.....

Setakat ni aku bernasib baik la.....esok lusa aku tak tau...makanya aku kena renew lesen sebab dah mati lagi...emm dah setahun lebih....aduh.....malasnya.....

Nota : kalau anda seorang Polis dan membaca post ni...jangan tahan saya ok....esok saya gi renew !

Monday, November 09, 2009

Macam-Macam Le.....

Menyampah betul aku kalau pergi majlis kenduri kena tunggu pengantin berjam-jam. Kami sampai kol 8 malam, sebabkan hujan, walaupun jalan agak clear dari Sungai Buloh ke Ampang, tapi ada gak tempat-tempat yang sangkut. Majlis nampak grand lah, ngan pelaminnya yang glamor, silap lak aku tak amik gambo. Kol 8.30 pengantin tak nampak bayang lagi...tunggu-tunggu kat kol 8.40 masuk plak tetamu kehormat, ntah sapa lah aku pun tak heran nak tau....pengantin tetap tak turun....nak kata mereka dari tempat lain mustahil sbb depa buat kat Hotel...dah nama buat kat Hotel mestile ada bilik di beri khas kan...ater apa yang buat lama....aku kesian tengok tetatmu-tetamu yang datang, sure lapor la kan...aku pun lapo gak sbb dah pass dinner time tu weh....

Last-last turun la si pengantin, berjalan beriringan kat kapet merah...sbb aku dah angin aku pun tak amik pot le mereka jalan dari pintu masuk sampai la ke pelamin. Dah dok atas pelamin, pengacara pun start la pot pet pot pet, baru aku tau yang pompuan tu kengkononnya pelakon, berlakon baru satu felem, Antu Fighter...ntah aku tak pernah tengok pun jadi aku tak kenal, so kategori suam-suam kuku le....tu le antara faktor depa lambat turun kot...kengkonon feeling Siti Nurhaliza ..kah kah kah...so ok la since dah pengantin turun aku ingat sekejap lagi leh makan la kan, mandang jam pun dah kol 9 lebih....tapi tak juga...pengacara keep on membebel sampai satu part membuat aku geli nak dengo...chissss kadang dik klu waktu mengacara benda-2 yang sayang sayang antara dua pengantin tu tak payah le ko heboh, semua orang tau pengantin baru mesti loving each a other...tak payah ko nak bercerita yang buat makcik-pakcik yang ada nampak tersipu2 malu.....

Merenjis dah siap dengan mak pak tok nek, mak penakan pak penakan suma...tapi nasi tak mai-2 lagi. Bila MC announce acara makan,aku rasa suma lega kot...tapi buat aku bengkek, amik masa 5 minit gak nak membawa nasi tu, nak beratur bagai, kendian masuk le kengkonon hulubalang mempersembahkan kat dua ekor yang feeling anak raja tu...ihihi...last2 kol 9.30 baru leh makan.....sib baik la food pun sedap....

Aku tak kisah ko nak buat acara 3-4 jam pun nak bercerita detik2 pertemuan tapi klu dah tahu nak cerita panjang berjela, korang turun le awal2 skit..ini idok....tau la kome raja sehari tapi tetamu kena hormat la juga dik oi....

Malam tu gak geng NS ngan Kelantan tengah kejo sebijik bola kat padang bukit jalil. NS menang Kelantan kalah, abis di bakonya kerusi, apa lak di bako nya kerusi baik ko lempang je team Kelantan yang main cam hapa tu kan...terajang sekor-2, baru la pueh hati kan...ni nak ngamuk pegi baling botol ke cameraman RTM...dia bukan player la bahlul, dia cameraman jek....apa la....hahahahhaha.....

Wednesday, November 04, 2009

Tuesday, November 03, 2009

Apa dah Jadi ?

Apa dah jadi ye ngan Malaysia sekarang nih.

Ulama bagi ceramah kena tangkap.
Belacan tak cukup kandungan protein (skit sangat % yang dikurangkan) kena siasat secara sangat teliti.
Nak sebat sbb minum arak , umat Islam sendiri menghalang dan mencemuh...

tapi

TAK tangkap2 lagi penjenayah yang culik dan rogol budak
TAK tau siapa kontraktor buat jambatan gantung mengorbankan budak sekolah
TAK cuba nak bangunkan sahsiah diri remaja2 sekarang, masalah sosial makin meningkat,
budak2 mengandung luar nikah pun dah jadi cam benda biasa,
TAK cuba nak kumpulkan Mat-Mat Rempit utk di beri basic pengetahuan tentang ajaran agama
Islam. Kalau ada iman Insya Allah tak de ramai nak jadi Mat Rempit, Bohsia dan Bohjan.
TAK buat tau pasal rasuah di kalangan kakitangan kerajaan. Nak dapat projek je mesti mau
hulur. Pak Haji pun nak kena bawak gi goyang2 kat dangdut,...tu la pasal klu ada ceramah
pergi dengar, bukan tangkap penceramah...
TAK teruskan siasatan kes2 yang melibatkan orang2 penting.
TAK ambil tahu pasal banyak benda yang patut mereka TAHU.

Kalaulah betul2 nak mengutamakan rakyat buatlah sesuatu yang memberi kesejahteraan pada rakyat, bukan buat sesuatu untuk kepentingan sekelompak individu saja..sorry la Pak Najib, u dah cam bukan PM tapi kepala gangster..huhuhuhu...kalau kena tangkap pasal tulisan ni..lu orang TAK rock la..kah kah kah....

Saturday, October 31, 2009

John Mcdermott -my old man

Found this in Serenity Now blog.

Aku rindu Ayah. Rindu masa2 dengan dia.

Ya Allah, ampunilah dosa2 Ayah. Tempatkanlah ayah ku bersama orang-2 yang Kau kasihi.
Amin.

Monday, October 26, 2009

Atap Bocor....RTM Bodo

Last weekend di abiskan dengan swimming @ Suffiah's new apartment pool. Best sbb tak ramai orang, so by 12 noon, the few residents done with their swimming and left the pool for us alone to enjoy yeay !..setelah berbulan tak berenang..agak penat gak nak mengabiskan one lap. Thankful hari Sabtu tu tak panas sangat so we spent another hour or so teaching Zafira few basics..like how to bubble, the breathing technique and the hand movement....she picked up quite fast , as opposed to me yang masa awal2 dulu fail bila cikgu mengajar eheheheh...

So lepas 2 jam berendam kami pun naik semula and get ready to go back, me to SU and Suffiah with Fira to PJ. Since my DH kerja on Saturday (dah start banyak kerja la tu) aku pun sorang2 melayan astro, tak dak cerita menarik i decided to go to Pasar Malam, bought satay for dinner. Since gaji belum lagi, and my wallet dah semakin nazak aku tak de le beli apa2...so pusing 2 round, and it was drizling at that time...went back home dah dekat nak senja. Prepare dinner - just a simple ayam goreng and lepak tunggu DH balik.

After dinner i was a bit exhausted from the day activities , hence i settle down early..tapi round 12 camtu DH masuk and gempur i....'Atap bilik bocor....' , 'Hujan la tu..', 'Nope, its not raining..'
Earlier (before i tido) i told him that there's a patch of yellowish color kat siling bedroom kami and he just nod and say ok, i will get someone to fix........Makna kata bukan le atap bocor, tapi mesti ada paip bocor kat atas tu...aduhai..mula la scene2 dalam Dark Water muncul satu persatu, and i dok imagaine ada one body of a girl floating dalam tangki atas..duhhhhhhh..tapi being me..i managed gak tido sampai pagi eheheheheh....

Next morning, water still dripping, and the tapping sound just so annoying. Since DH dah plan for us to go and watch Papadom, rasanya takde lah dia nak call Plumber kan. So aku biar kan aje....and continue with my chores...mop the floor and laundry.

Ard 10 kami keluar and had a good time at the cinema. Papadom best ! Habis je cerita, pegi makan lepas tu tak de la kami nak berpoya-poya terus je balik rumah sbb Konsert Jamal Kembara Seniman will be aired ard 3. Since we went to the concert, we (lebih pada I) were eager to catch it on the telly...berebut la DH bawak kereta lelaju (ye lah sian kat bini dia nak tengok Jamal ihihi)..sampai2..aku terus ke bilik tv, ...and betapa frustnya aku bila concert sudah tukar jadi concert lain...dan sempat la aku memaki RTM berbakul2...ahahah....tapi apa nak heran RTM selalu buat kerja bodoh camni....and tu pasal la ramai tak mo tengok RTM...bodo punya RTM...aku masih bengkek lagi duhhhhhhh...kikiki....dengan rasa kekecewaan yang sarat, aku end the day dengan tidak membuat apa2....bosan dowh.....

Note to En Bob...ingat call plumber.....i takut ceiling roboh, ehehehehe......

Monday, September 21, 2009

Raya = Food ?

Nasi Beriani


Sambal Goreng


Rendang Tok


Rendang Ayam Nogori


Ketupat Palas, Nasi Impit, Lemang


Rendang Daging


Wednesday, September 16, 2009

Farmville



Tetiba je aku layan Farmville...ahahahaha....tak pe tak pe

Pertama Ramadan Ini........

Hmm...lately ni i dont have the passion to write...idea tak ada although there are so many things happened to me. So now i am trying to express whatever inside my mind.

I am in my second week of MC. Ya Allah, Ramadhan kali ini aku di uji dengan kesihatan yang tidak baik. After 6 days of agony akhirnya aku surrender...at last aku pegi hospital gak. So last Sunday (6/9/2009) , Bob drove me to Damansara Hospital. Sampai sana the attendant datang with wheel chair but politely i cakap it's better for me to walk...i can't sit !!! hihihi...

So after filling up the registration form, a nurse rushed me to the room.. pagi tu sangatlah sakit in fact the whole of previous night aku tak leh tido, berdenyut eventho aku dah telan all the painkillers..sesungguhnya Allah yang maha penyembuh .... finally doktor ER datang and when aku cakap sakit aku terus dia respond "Potong buang la....", emm, dalam kesakitan yg teramat sangat aku sempat tanya "Is there any other option" i was wondering kot depa leh kasi jab kat situ ka ahahahahhaa....doc geleng..."Kita buat hari ni pun boleh...OT clear today..." wahh that was fast...emm considering its a Sunday and i'm paying the bill myself...(now dah arrange for medical insurance !) aku rela menahan sakit satu hari lagi....apalah satu hari klu aku dah boleh tanggung siksa 6 hari !!!!!...."Ok then...buat esok and you will save few thousands.." chec riban2 ke..duh...so doktor blah and tak tertahan aku panggil nurse suruh jab...after a while that feels like forever..baru nurse mari...cucuk voltaren...slowly the pain hilang...

I was then push to ward 405...so hajat aku tak mo pergi kerja masa Nuzul Quran (aku project site di KL altho office di Puchong, so kami ikut client's waktu kerja) tercapai lah juga ihihihi...Petang tu Dr. Sebastian datang, check and dia cakap akan buat Hemoroid Stapling...wah mau kasi stapler kat situ la ihihih...sbb Doktor ni very nice, aku terus confident....

Malam tu sakit balik...gila2 punya sakit sampai aku tido meniarap kepala terjuntai dari katil...ahahahah...aku minta jab, nurse kasi painkiller...tak mo jalan aku minta di jab..akhirnya kena gak...fuh lega skit...

Next day 7.9.2009 jam 9.00 aku di tolak ke OT...seram gila...my first time ever. Masuk dalam OT aku lagi la seriau..altho my case ni considered small ..tapi for me apa2 yang kena masuk dlam OT sangat menakutkan...aku ditolak masuk satu bilik....semua alat yang selama ni aku tengok dalam TV je betul2 dok depan mata...nurses ada keliling suma muka covered ngan mask...then Dr. Hilmi the anesthetist, dia start cucuk satu ubat, sbb dia terror, masa cucuk jarum tu aku tak rasa sakit pun. Siap je dia masuk satu ubat, tangan aku rasa bisa, aku tanya dia...dia cakap biasa la....then sekejap tu aku tanya lagi sempat aa buse ni tahan till abis procedure..dia cakap tahan..ok..aku pun mengucap, dan berserah ... lepas tu aku dah rasa lalok..(camni kot Mat Fit rasa ihihi) ..then BLANK...

10.30 : kak bangun..dah siap...OHHHH...dah siap...wah..ku tak sedar langsung..syukur Alhamdulillah...all went well....

So 8.9.2009 aku discharged...and i tak sedar pun actually that day is my 8th anniversary...esoknya baru la ku teringat..altho we spent the whole day together...so Happy Anniversary my dearest...macam2 terjadi dlm hidup kita sepanjang 8 tahun ni.. only to make our loves grow deeper ....thanks Abang for all the time you are there when i need u most... :)

Ater 6 hari le aku tak posa memandangkan antibiotic kena ambil 3 times a day....duh..banyak nye nak ganti posa.. banyaknya malam yang terlepas begitu saja...Ya Allah aku mohon padaMu, sekiranya aku diberi peluang, jadikanlah Ramadan ku tahun hadapan, Ramadan yang lebih bagus dari ini...terima kasih Ya Allah...walaupun aku diuji dengan sakit, aku merasakan rahmatMu ...Alhamdulillah....

Thursday, September 03, 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah...lega skit...the throbbing pain aku rasa seharian dah subside. Tadi azan je aku telan nasi then makan ponstan...bukan 1 tapi 2 bijik.....altho prescription kata 1...

Esok pagi aku kena make sure amik lagi dua bijik masa sahur. .harap2 aku ok esok and leh gi for an important meeting.

Padamu Ya Allah aku berserah...moga kau beri aku kekuatan dalam menghadapi semua dugaan ini. Aku hambaMu yang lemah, aku tiada daya dan upaya...seluruh hidupku aku gantungkan padaMu Ya Rabb.....