Tuesday, November 30, 2010

Reminiscence of an ex-PUTRA-LRT commuter


Dah lama tak naik Putra LRT, can't even remember my last train ride in a pack coach.

I used to commute PUTRA from Taman Jaya to Ampang Park station. But since 5 years ago, i've shifted office (Puchong, and now i am a freelancer), commuting PUTRA-LRT adalah satu perkara yang amat jarang aku lakukan, sementelah tempat2 yang aku pergi tidak berdekatan dengan any lrt stations.

Namun semenjak ada projek di pinggir KL dan parking rate yang sangat melampau, aku telah mengambil keputusan untuk menaiki LRT sahaja. Parked my car somewhere near any LRT station (selalunya di Universiti - mengumpul tiket saman - dan tidak sangatlah patut DBKL mengeluarkan tiket saman ni kerana - aku adalah orang yang menyokong PUBLIC TRANSPORTATION kan ?) Anyway, apa yang aku cuba ceritakan adalah, setelah terlalu lama tidak ke stesen LRT aku jadi nanar di hadapan Stesen Masjid Jamek. Aku confuse. Dan setelah berpusing2 sekejap, baru aku teringat Stesen Masjid Jamek hosts 2 railways - PUTRA LRT and the yellow LRT. So aku mencari jalan untuk turun ke stesen underground itu. Di kala menuruni tangga bermotor itulah kembalinya kenangan zaman muda dulu. Dan bau yang berlegar di dalam stesen itu sememangnya membuatkan aku terasa muda 10  tahun..... kenapa ? Sebab bau-bau itulah menemani aku pergi dan balik kerja. dan juga kadang menanti 'che abang' di stesen-stesen LRT (samada Ampang Park, KLCC atau Masjid Jamek) untuk sama-2 pulang ke stesen Taman Jaya, dan setelah itu kami akan berjalan sebentar di situ melihat orang ramai yang berjogging.

Waktu yang dah pergi takan datang kembali, tapi tentunya kenangan itu yang boleh membuatkan aku tersenyum sepanjang berada di dalam stesen LRT, dan di atas LRT itu. Sungguh aku rasa bertenanga dan muda 10 tahun !!