Monday, November 17, 2008

My Sunday Plak.....

Aku tengok bobdanial's blog (my dearest la...) his sunday mmg rileks gila, aku plak

Minggu yang tak ke pasar
6.00 bangun
6.30 basuh baju, basuh pinggan2, menyapu, mengemop
8.00 sidai baju and masuk plak 2nd load
8.15 gi kedai beli paper, n cari breakfast (klu rajin buat la nasi goreng ke cucur ke)
8.45 siapkan breakfast (klu kena goreng kuetiau ke apa ke)...
9.00 sidai baju yang 2nd load...
10-11 baca paper, time ni che abang baru nak bfast
11-noon masak
2.00 mandi n solat
2.30-5 relax ; baca buku, tengok tv or take a short nap or lunch yang dah sangat lewat sbbkan
bfast yang dah lambat
5.15 turun angkat kain di jemuran, lipat kain, simpan dalam cabinet
6.00-8.00 tengok tv, or menung; maghrib
8.15 prepare dinner, makan and basuh pinggan, kemas dapur..(klu hubby kenyang lagi aku
paksa gak ihihihi....apa2 pun before 9 dapur dan dewan makan tutup ye...lepas waktu itu
self service)
9-10.30 tengok tv
10.30 Tidor

Minggu ke pasar

5.30 bangun, siap2 masuk kain dalam washing machine
6.45 sidai baju
7.00 keluar gi pasar tani
8.00 sampai rumah, prepare breakfast..
8.15 siang ikan, ayam, simpan2 barang2 yang di beli kat pasar
9.30 baca paper jap
--- the routine continue cam kat atas

WAH..betapa penuh dan padatnya activity during weekend...wat to do...

Good Mood

I am in a very good mood today...bukanlah nak kata aku ni selalu bad mood...tapi ntah la dalam hati ni rasa seronok je...tak tau kenapa...tapi seronok...seronok for no particular reason...

Friday, November 14, 2008

Cepatnya...

Aik cepatnya dah Jumaat...rasanya penat weekend lepas tak abis lagi dah datang weekend yang baru...

Betapa pantasnya masa berlalu sekarang ye.... Makanya, adakah ini bermakna ;

a) dunia ini berputar semakin cepat ?
b) aku semakin dekat dengan kematian ?
c) kiamat semakin hampir ?
d) aku dah bersedia ?

Hmmm.....dan masih lagi banyak perkara yang berlalu tanpa ada pengisian.....

Tuesday, November 11, 2008

Floating Market, Damnoen Saduak

Dapat la teman merasa kemeriahan Pasar Terapung, kami ke Damnoen Saduak, original floating market..dari hotel lebih kurang 1 jam perjalanan. Memang seronok tengok barang-barang yang di jual samada dari kedai2 yang di bina di tepi2 sungai atau pun dalam boat sendiri....



The boat



Seorang makcik peniaga buah-buahan



Boleh jem ooooo...



Goreng-goreng pun ada.... nampak tong gas tu...



















Ke Chaktuchak

Few months back, sebelum posa aku and few of my closest frens ke Bangkok... gambo2 ni aku capture masa aku nak ke Chaktuchak, sorang2...yang lain2 ke Wat apantah namanya tengok buddha....



simpang dari Hotel ke Victory Monument Station, ada la dalam 15 minit jalan



Victory Monument



People's Park




capture ni jek....malas nak ronda satu park...save energy nak berjalan kat Chaktuchak iihihi



salah satu pintu dari pintu-pintu masuk ke Chaktuchak..




Berenti Lagi.....

Aduhai....sorang lagi plak nak berenti...huh.....apa hal suma nak berenti ek....dengan ekonomi tak tentu hala sekarang...baik la dok dendiam...company bukan tak bayo gaji..on time lagi....ada bonus lagi...klu project siap on time akan di beri project bonus lagi....abis kenapa suma nak berenti nih ?

Pening kepala aku.....hai entahla......

Thursday, November 06, 2008

Aku Hanya Seorang Kuli

Ingat lagi satu entry pasal aku hangin dengan main contractor....

Aku hanya pekerja kecil yang keputusan aku tidak di ambil kira. Aku bersuara, suara aku di dengar tapi tidak diendahkan. Apa la gunanya bila berdegar-degar di canang di mana2 aku ni "partnernya" tapi realitinya aku tetap seorang pekerja yang harus ikut saja.

Sampai bila harus aku ikut saja ? Selagi mana aku bernama pekerja yang setiap bulan di bayar upah berupa gaji walau nama tercatat atas kertas seolah aku yang punya kompeni....

Hari ini aku ingatkan diriku....rupanya aku hanya seorang kuli .....

Kesian aku...

Semalam aku terkedu depan pc.....bila kena gelak dek sorang teman...betul2 aku terkedu...
tak de class sangat ke kalu beli barang kat PASAR TANI...

Aku tengok tak de cacat celanya barang beli kat PASAR TANI. Untuk middle class cam aku ni, ok saja..tak perlu barang-barang di boutique yang harga mahal melampau. Apa-apa yang di atas RM50 pada aku consider mahal. Contoh sehelai seluar; di PASAR TANI aku leh dapat RM45 (kalu tawar dia bagi RM43) , quality baik, kalu jaga boleh tahan 2-3 tahun. Untuk quality yang sama jika di beli di toko-2 besar, aku kena bayar dua kali atau tiga kali hanya untuk jenama / brand, Penting ke benda tu ? Tapi bagi mereka yang jaga penampilan mungkin benda ini penting, pada aku yang lebih utama adalah keselesaan, murah dan tak de nya orang nak check dengan menyelak seluar/skirt/baju brand apa ko pakai.

Tapi apa-apa pun ini semua pilihan, dan aku tidak peduli pun kalau orang tu nak beli kat mana...kalau yang mampu boleh la berbelanja di toko2 ternama, kalau yang biasa2 cam aku, PASAR TANI sudah cukup memadai....tak payah la kita ikut peribahasa BIAR PAPA ASAL BERGAYA.....yang penting hujung bulan aku tak pening dengan hutang2 bank yang berjela2.

Wednesday, November 05, 2008

Mana leh Lawan !!

Hari ni ada sorang lagi nak resign...pening la pula kepala aku. Project tengah banyak, dateline semakin hampir.

Adik yang nak berhenti ni aku mmg ada harapan besar kat dia. Masa aku interview aku terus suka and bila dia start kerja, apa yang aku expect dari dia sungguh terjadi. Dia ni rajin and berani. Satu lagi she's a fast learner. So tak de la aku banyak abis air liur mengajor....

Tapi sayang, after almost 1 and a half years, dia dapat offer dari JPA. Aku tak terkata apa. Sungguh aku rasa patah sebelah tangan. Tapi nak kata apa, co. ni kecik tak terlawan dengan offer kerajaan yang offer lebih skit. Tapi...ada tapinya...gomen tak leh lawan increment kami ! ahahahaha....

Satu lagi sayang, technical skill yang ada padanya takut tak di gunakan. Mostly Pegawai Sistem Maklumat yang aku jumpa di govt agency hanya evaluate tender, manage project, do paperwork, masuk meeting kluar meeting.

Tapi apa nak kata, maybe budak2 sekarang lebih suka pilih govt sebab stability, banyak benefit...ntah la...

Class Monitor

Masa aku form 4 aku jadi Assistant class monitor... and masa form 4 tu kami kena buat Choral Reading...and tahun tu tak dapat sambutan dari budak2 kelas..masa tu budak2 ni gila brutal...kira samseng jalanan la...ihihi now suma dah jadi orang, bagus bagus.....So dengan susah payahnya Monitor kami cuba gak coordinate Choral Reading ni...sian dia sampai nangis2...bila tiba hari persembahan separuh dari kelas tak datang...termasuk aku assistant class monitor...hahahaha...cikgu kami memang hangin gila masa tu...sebagai denda, hari isnin, lepas assembly, kami di suruh naik ke pentas dan buat Choral Reading tu, budak2 yang datang mmg jeling semacam je la kat kami...So dengan tepukan gemuruh kami naik ke pentas. Cikgu siap cakap, "Nilah pertama kali tiada semangat kerjasama..bla bla..."

Yang terkejutnya kami buat BEST....memang best....lirik tak lupa, action mantap...and siap bergegar dewan masa tu dek kerana tepukan gemuruh....cikgu2 lagi la angin ahahahahaha....

Naik form 5, di sebabkan sikap aku yang blues, aku di pilih jadi Class Monitor plak...lagi la budak2 naik syok...tak masuk kelas, aku tak carik....pegi recess dua kali (kami ada 2 kali recess satu junior , form 3/4 kot dan satu utk form 5) aku buat dunno, sampai cikgu tanya, "Noorin mana budak2 ni ?" Aku cakap , "Ntah..ada la, jap lagi naik ...." konsep aku senang...korang nak belajar , belajar..tak nak sudah....aku nak cari korang tak kuasa ..muahahahahaha....

Monday, November 03, 2008

Isnin Yang Biru

Isnin datang lagi..aduhai malasnya nak ke kantor. Andai je tak payah kerja tapi ada duit banyak dan boleh bersenang-senang... boleh aku bersantai setiap hari sambil minum air fresh oren di tepi kolam renang (citer melayu kan suka minum fresh oren ihihii)...hmmmm...

Aku di panggil ke alam realiti..stop berangan walaupun free ! ahahahaah..... Dari Saujana Utama ke rumah mak aku , anto barang2 dulu then terus ke KL. Ok la hiway tak jem...kira aku bole bawak dengan selesa. Parking kat Hotel Midah kena RM5, ok la dari kat tempat Keling dah la open dia caj aku Rm8....cheh...

Aku hari ni whole day kat Koperasi Polis... bangunan ni lebih tua dari aku, dan sistem yang mereka pakai pun dah wujud masa aku 5 tahun...serious nih...aku bukan nak kutuk tapi tulah namanya jimat ! Tak merugikan duit tuko sistem..bagus2...tapi now mereka dlm proses tukar sistem baru, ye lakan orang suma dah web deme masih pakai dumb terminal...zaman dah berubah..sistem pun kena la berubah....

So hari ni aku main ngan data je...walaupun aku masih rasa biol lagi disebabkan hujung minggu aku yang aku gunakan sebaik mungkin...aku tak buat hapa 2 hari.. serious tak de buat apa..syok gila...Sambil2 migrate and convert data, aku check status project lain, via YM jek...ahahah aku rasa budak2 ingat aku chatting la...tapi weh aku tengah kerja ok.

Balik keje hujan....Alhamdulillah dah lama tak hujan. Lebat jugak. Jalan tak jem, mau tak aku ikut TOL...ahaha so mestila tak jem...klu ikut Federal mau tersangkut2...

Kira Isnin aku ni tak le se biru mana...masih oke lagi...masih tenang lagi. Esok aku kena gi Melaka...malasnya...tapi tak pe...mana tau kot2 aku dapat title Datuk plak ahahahaha....

Saturday, November 01, 2008

Kompang Di Palu, Pengantin Duduk Malu


Setiap kalu klu aku dengar bunyi kompang mesti tetiba ada rasa sedih terselit di sanubari. Kenapa ? Aku pun tak leh nak explain kenapa.

Mungkin ;-
  • org pompuan cam aku dah jadi isteri; bererti aku tak boleh nak mengarut tak tentu hala..muahahaha
  • hari tu di sambut meriah, tapi apakah hari-2 yang akan kita lalui bersama-2 pasangan sentiasa meriah, biasa la hidup rumahtangga mesti ada pasang surutnya, ada gaduh dan selisih fahamnya.
  • aku merasakan kesedihan mak aku, ketika mana anak yang dulu dalam kandungannya, di jaga , di susui dan di belai penuh kasih akan diserahkan pula pada seseorang.huk sedih ...
Entoh la.... but this feeling hanya wujud lepas aku naik pelamin 7 tahun lalu. Dan setiap kalu aku attend kenduri kawin, orang lain happy dengo kompang aku plak sedih. Biol tul. Korang nak cakap aku feeling terlebih cakap la..tapi tu la yang aku rasa. Dan aku akan tambah sedih klu kompang tu nanti berbunyi bilamana tiba masa aku akan menyerahkan anak aku tak kira la pompuan ke laki ke ke pasangannya.

Huk...huk ...huk...




Alamak ! Entry ni mengundang pertanyaan suami ku...Ada ke dia tanya "apasal Nen sedih ? Nen Tak suka ke kawin ngan Abang ?" .. yenadei !!! Cer cer baca betui2....





Lazatnya...Lasagna

Tadi buat lasagna...aku kalau di suruh buat lasagna ke spaghetti ke aku suka banget. Sebab ? Senang. Ya, serious senang. Sebab pakai ready made sos jek. Tu la pasal senang. OK now for the recipe.

Lasagna or lazatnya punya recipe ni aku main boh je yek. Tapi ok la untuk aku makan tak de la sampai termuntah...cer korang cuba.




RECIPE :

1 box Lasagna sheet (tengok kat kotak, klu instant tak payah rebus..klu tak kena rebus cam kita rebus spaghetti)
Mozzarella cheese
Tomato Sos.

2 tin sos Prego
1 tin button mushroom - slice nipis2

500g daging - di cincang halus
1 biji bawang beso (kuning) - potong cube

1-2 sb olive oil or minyak jetun

- Tumis bawang dalam minyak olive , biar layu skit
- Masuk daging, masak sampai daging tu tukar warna
- masuk mushroom
- masuk sos Prego
- masuk 2-3 sb cili sos
- masuk 2 sudu makan gula - optional siapa suka masam tak yah campo dah

Bechamel sos or White Sos

50 g butter
3/4 cawan tepung gandum
1 cawan susu , or klu tak nak; stock sayur or stock ayam oso can

- Melt butter
- Bila dah cair masuk gandum dan guna hand whisker, blend well
- Campur susu, and whisk making sure tarak ketul2
- Sos ni pekat


Assemble :

- Dalam ovenproof dish, masukkan skit sos tomato
- Lay lasagna sheet sampai cover dish tu, tuangkan sos tomato, sos bechamel dan cheese, lapiskan berselang-seli dengan lasagna sheet. Last layer (yang atas sekali) cover dengan lasagna sheet dan bechamel sos serta cheese. Letak skit butter di atas dan bakar 180 C untuk 30 minit.